Thursday, April 1, 2021

Amazing Success-Pelajari Ilmu METALIFE Kenali Energi Diri Melalui Kiraan Tarikh Lahir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini Faries ada sertai satu program belajar kenali diri yang dianjurkan oleh Amazing Sucess. Sebelum ini Faries pernah update entri mengenai program yang ditawarkan oleh Amazing Success ini. Kalau korang belum baca lagi, korang boleh klik disini .Ini merupakan pengalaman pertama sertai program bersiri daripada AS ini secara live. Program siri kali ini dinamakan sebagai Amazing Rezeki yang menekan pengenalan terhadap diri dan melihat potensi diri. Kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.

Tuesday, March 30, 2021

Buffet Ramadan 2021 Review : Restoran Rebung Chef Ismail Membawakan Konsep Sentuhan Warisan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Alhamdulillah tahun ini kita sudah boleh kembali melakukan aktiviti diluar meskipun terhad. Yang penting sama-sama kita menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung pandemik covid 19 ini. Eh sebenarnya nak cerita yang baru-baru ini Faries telah dijemput ke Restoran Rebung Chef Ismail bagi sesi ramadan preview. Serius ini kali pertama kesini dan Faries jatuh cinta tengan konsep restoran ini. Dia punya konsep warisan melayu memang cantik. Sama dengan konsep yang dibawakan untuk Buffet Ramadan 2021 ini iaitu " Sentuhan Warisan Oleh Dato Chef Ismail". Korang nak tahu apa istimewanya buffet ramadan tahun  di Restoran Rebung? Jom baca sampai habis...

Wednesday, March 24, 2021

RICHWORKS Anjur Program Percuma Secara Virtual Online: NAK UBAH HIDUP (EDISI KHAS)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....


Genap setahun kita semua berhadapan situasi sukar berhadapan dengan pandemik covid19 ini. Walaupun pandemik ini dijangka bertambah baik dengan kehadiran vaksin tetapi tetap dirasai sehingga kehari ini dan juga beberapa tahun lagi.

Pandemik covid 19 ini telah memberi banyak kesan dan tekanan hidup kepada masyarakat kita dań juga seluruh dunia, ada yang hilang pekerjaan serta sumber pendapatan, ada juga melalui saat sukar ketika pandemik ini. Bagi yang menjalankan perniagaan turut terasa dengan kehadiran pandemik covid 19 ini.

Jadi pilihan terakhir ialah dengan melakukan perniagaan tidak kira secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Berniaga pula bukan lagi satu pekerjaan yang hanya memberi pendapat sampingan, malah dengan berbisnes juga ada yang mampu menjadikan ia salah satu sumber pendapatan tetap dengan lebih lumayan dari biasa. 

PELUANG USAHAWAN TERKESAN EKORAN PANDEMIK UNTUK BANGKIT BERUBAH