Sunday, September 20, 2020

Mencuba Rawatan Dual Yellow Laser di Klink Dr Chong - Skin and Laser Center, Kepong

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasa macam dah lama tak manjakan kulit muka almaklumlah sibuk dengan kerja dan urusan hari-hari. Faries rasa kali terakhir buat rawatan muka pada pertengahan tahun lepas. Dan korang pun tahu yang lelaki biasalah tidak menitik beratkan sangat pasal penjagaan kulit walaupun Faries boleh dikategorikan sebagai lelaki metroseksual tetapi bab penjagaan kulit ni memang liat sikit. Tapi kalau dah ada tumbuh jerawat atau parut mulalah tak senang duduk.hahaha. Ok macam dah panjang sangat je kan membebel, sebenarnya nak bagitahu yang Faries baru sahaja mendapatkan rawatan laser di Dr Chong Klinik yang terletak di Kepong. Nak tahu Faries buat rawatan apa dan review Faries? Korang kena baca entri ni sampai habis.....

Thursday, September 10, 2020

Shopee 9.9 Super Shopping Day- 12 Juta Barang Dijual Dalam Sejam Pertama!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....


Shopee, platform e-dagang no.1 Malaysia, menyempurnakan 9.9 Super Shopping Day yang paling berjaya setakat ini. Dikuasai oleh ekosistem Shopee yang kukuh, 9.9 Super Shopping Day membawakan hiburan dan tawaran membeli-belah yang hebat kepada pengguna dan mempercepatkan pemulihan ekonomi untuk para penjual dan rakan jenama, dengan lebih 12 juta barangan dijual dalam sejam pertama pada 9 September.

Shopee menunaikan tiga komitmen untuk 9.9 Super Shopping Day di rantau ini

9.9 Super Shopping Day merupakan batu loncatan bagi pemulihan ekonomi kerana para penjual dan rakan jenama di rantau ini memaksimumkan keterlihatan dan jualan mereka di Shopee. Jenama dan penjual yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut menikmati peningkatan jualan, dengan 700,000 produk dijual dalam seminit pada kemuncak 9 September. 

Thursday, September 3, 2020

Smart Rental Menawarkan Perkhidmatan Sewaan Kelengkapan IT Pada Harga Terendah dan Skim Lebih Mudah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....

Kelengkapan IT atau lebih dikenali dengan panggilan komputer sangat penting pada masa kini tidak kira untuk kegunaan syarikat, perniagaan mahupun individu. Semua urusan penyimpanan data, pencarian maklumat dan banyak lagi memerlukan komputer. Kos untuk membeli sebuah komputer juga agak tinggi sekiranya spesifikasi yang diperlukan harus memenuhi kesesuaian kegunaan komputer dan belum bercerita mengenai kos penyelengaraan ataupun pengendalian. Pilihan terakhir terutamanya bagi syarikat-syarikat baru atau usahawan mikro untuk mendapatkan akses keperluan IT ini adalah dengan SEWAAN.