Friday, July 13, 2018

Cabaran PROTON ACE THE SPACE 2018

Asalamualaikum


Korang pernah dengar pasal Proton Ace The Space Challenge? Mesti tak kan! HAHAHA. Proton Ace The Space Challenge  adalah pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Proton bagi tahun 2018 dengan tujuan melihat sejauh mana ruang dalam sebuah kereta Proton dapat dipenuhi. Ewah skemanya ayat =P. Hadiah utama berjumlah RM 10K berserta beberapa hadiah lain dan yang paling best dapat VIP tiket ke majlis pelancaran SUV baru Proton yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Pertandingan ini telah dibuka dari bulan May sehingga ke 31 Julai tahun ini.

Coway Run 2018 Kini Kembali Lagi Dengan Tema 'Beat The Heat'

Asalamualaikum Dan Salam Semua




Baru-baru ini, aku telah menghadiri satu press conference bersama Coway Malaysia bersempena dengan acara Coway Run 2018. Tahun ini Coway Run 2018 kembali dengan tema 'Beat The Heat' yang pastinya lebih menarik! Acara Coway Run 2018 akan diadakan pada 7 Oktober 2018 di Maeps, Serdang. Menurut Mr.Kyle Choi Ki Ryong, Managing Director Coway Malaysia Sdn Bhd, cuasa panas semasa berlari boleh menyebabkan keletihan dan dehidrasi. Beliau cuba untuk mencipta kelainan pada acara ini dengan membawakan suasana nyaman dan selesa kepada para pelari nanti .

Tuesday, July 3, 2018

Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri Serta Memperkenalkan Kompleks Membeli-Belah dan Hotel Serba Moden Milik RESIDENSI UTMKL

   Asalamualaikum


Baru-baru ini, aku telah menghadiri ke satu program 'Jom Raya' di Residensi UTMKL di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Program hari raya ini diadakan bersempena sambutan hari raya aidilfitri serta bertujuan memperkenalkan Residensi UTMKL kepada semua. Residensi UTMKL ini telah beroperasi selama setahun menurut maklumat yang dikongsikan dan pelbagai kemudahan untuk pelajar khususnya disediakan disini  tapi untuk orang awam pun digalakkan datang kerana kemudahan yang disediakan boleh memberi manfaat kepada semua. Apakah kemudahan- kemudahan yang ada di Residensi UTMKL ni? Teruskan membaca ye =P 

Residensi UTMKL sumber: Google