Thursday, June 9, 2022

Meat Cartel TTDI Sambut Ulangtahun Pertama!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Kalau bercakap mengenai Restoran paling best dalam menawarkan menu berasaskan daging, sudah pasti Meat Cartel salah satunya pilihan. Kalau korang nak tahu, Faries tahu restoran Meat Cartel ini disebabkan Fattah Amin je.hehehe. Ok nak cerita yang baru-baru ini, Faries menghadiri jemputan makan di Meat Cartel TTDI bersempena dengan sambutan ulang tahun mereka yang pertama.

Untuk pengetahuan semua, Meat Cartel TTDI ini sudah beroperasi selama setahun di Taman Tun Dr Ismail ini. Dekorasi didalam restoran memang sangat cantik, kemas dan selesa. Sesuai jika hadir ke sini untuk menikmati hidangan bersama rakan dan keluarga. Begitu juga jika hendak diadakan sebarang acara, lokasinya memang sesuai dan terbaik.


Biarpun Meat Cartel memperkenalkan hidangan Gaya Texas namun sentuhan hidangannya mempunyai citarasa tempatan. Menggunakan konsep salai pada suhu yang rendah dan lama menjadikan hasil hidangannya begitu unik dan punyai rasa serta aroma yang begitu tulen.

Meat Cartel Sdn Bhd telah berada dalam industri F&B sejak tahun 2017. Pada awalnya ianya bermula sebagai perniagaan dari rumah (home-based business). Bersama visi untuk memperkenalkan BBQ Salai gaya Texas asli kepada masyarakat di Malaysia. Dan kini Meat Cartel telah mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia seperti di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya. Meat Cartel juga membuat perancangan untuk membuka cawangan mereka di kawasan Pantai Timur dan Utara.



Antara menu yang menjadi permintaan pelanggan dari Meat Cartel seperti Beef Brisket, Beef Short Ribs dan Lamb Shoulder. Bayangkan penyediaan hidangan potongan daging ini akan diasap pada suhu rendah dan untuk tempoh yang lama. Di mana kebiasaannya mengambil masa dari 12 hingga 14 jam lamanya. Nah! Kaedah ini menghasilkan daging yang cukup lembut dan berperisa. Memang kita akan dapat merasai sendiri tekstur daging yang berjus, cukup rasa dan lembut sangat.






Promosi Hidangan Makanan Tengahari Di Meat Cartel TTDI

Meat Cartel TTDI juga sedang mengadakan promosi hidangan tengahari. Pelbagai menu yang ditawarkan antaranya seperti Pasta Masak Lomak Smoked Brisket, Nasi Masak Lomak Smoked Brisket, Smoked Brisket Rice, BBQ Quarter Chicken Rice dan beberapa menu istimewa yang lain.

Meat Cartel TTDI
No.127, Jalan Aminuddin Baki, 
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.


Nak tahu lebih lanjut, boleh check instgram meat cartel TTDI di bawah:

Instagram Link : https://www.instagram.com/meatcartel.ttdi/?hl=en


1 comment:

Rawlins GLAM said...

Next time, I would like to join you too. Do invite me next time, please.