Wednesday, December 29, 2021

SITI : ARE YOU READY? Dokumentari Perjalanan Konsert 3 Benua Dato Sri Siti Nurhaliza

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Siapa yang tak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza. Industri seni ibarat tempat permainan beliau setelah berkecimpung dalam bidang seni dan merangkul pelbagai kejayaan. Pada tahun 2019, beliau telah muncul dengan konsert 3 buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia bertajuk "Siti On Tour" setelah beliau berehat lama setelah melahirkan cahaya mata. Harini, hasil kerjasama Shiraz Project dan Siti Nurhaliza Prodcution makan terhasilah sebuah dokumentari- 'Siti Are You Ready?

Tajuk dokufilem ini juga sangat sinonim dengan kejayaan tiga konsert gergasi beliau pada tahun 2018 lalau. SITI : ARE YOU READY? dimana beliau memulakan bicara pada malam setiap konsert beliau. Ia merupakan sebuah filem dokumentari berdurasi lapan puluh minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta kisah yang tidak dirungkap sepanjang jelajah konsert "Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour" di tiga buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia.


Juga mengangkat sudut pandang sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak dan suami yang dikasihi. Konsert ini diadakan bagi meraikan 23 tahun Dato Siti dalam industri muzik tanah air dan nusantara dan juga berjaya di seantero dunia. Daripada sekecil-kecil persediaan sehinggalah sebesar asperasiasi peminat dan pecinta seni, semua dipaparkan dalam filem ini.

Alhamdulillah Faries berpeluang untuk menonton filem dokumentari ini semasa malam Red Carpet and Gala Premiere yang diadakan baru-baru ini di Dadi Cinema Pavilion KL dan juga dibawakan secara langsung di channel TikTok rasmi CTDK. Turut hadir pada malam tersebut Dato Sri Siti Nurhaliza dan suami Dato Sri Khalid yang baru pulang dari memberi bantuan mangsa banjir. Juga semua kru yang terlibat dalam menjayakan konsert dan filem ini serta rakan media dan wartawan lain. Kalau korang ada masa langgan filem ini kerana baru tahu apa yang terjadi sebenarnya bagi menjayakan konsert sehebat Siti ini.


Menarik lagi filem ini menampilkan dua anak muda dengan jiwa besar yang diberi tanggungjawab menjadi pengarah iaitu M.Azhar Rot dan juga Ans Izwan. Dengan idea yang lebih segar dan juga modern ditampilkan dalam garapan filem ini ia dapat dilihat daripada sinematografi dan juga visual yang diambil. Juga mereka bijak mengambil jiwa dan rasa di sepanjang pembikinan konsert ini berlangsung.


Bagi korang peminat yang berada di luar Malaysia Siti tidak pernah melupakan korang semua. Korang juga boleh tonton dengan melanggan di platform Vimeo on Demand juga bermula 30 Disember 2021 dengan harga USD4.99 dan juga boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Semoga ia menjadi inspirasi kepada semua dan juga menjadi nadi kepada kita bahawa untuk berjaya tidak muda dan perlu pengorbanan. Memang peminat tegar TokTi kena tonton kedua-dua ini.


Jom beramai-ramai saksikan filem dokumentari daripada artis tersayang kita, Dato Sri Siti Nurhaliza. Korang dapat saksikan sendiri penat lelah beliau untuk memastikan setiap peminat dan penonton terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.

1 comment:

Illya LeYa said...

Ye.. Pengorbanan beliau bertahun-tahun itulah menjadi aspirasi dan inspirasi LeYa untuk terus maju...