Thursday, November 4, 2021

Rouhi Retreats Villa Berkonsepkan Moden Kontemporari Di Pulau Langkawi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dengan kuwujudan 99 buah pulau dan keindahan yang mengasyikkan, Pulau Langkawi tidak disangkal lagi adalah syurga tropika yang wajib dilawati sesiapa sahaja. Menjadi destinasi pilihan dunia, permata bagi negeri Kedah ini kaya dengan tarikan-tarikan alam semula jadi yang mempesonakan. Dikelilingi oleh pantai-pantai berpasir putih, hutan-hutan hujan yang membekalkan udara yang menyegarkan, air terjun yang indah dan banyak lagi, segalanya tidak mungkin dapat habis dilawati dalam masa sehari.

Disebabkan kesempurnaannya ini, Langkawi menjadi destinasi yang popular dalam kalangan bukan sahaja pelancong solo, tapi juga untuk percutian bersama keluarga. Oleh itu, tempat penginapan tumbuh bagai cendawan disini tak kira daripada harga yang mahal sehingga yang terendah. Namun begitu, disebabkan pandemik covid 19, banyak tempat penginapan terjejas disebabkan ketiadaan pengunjung. Nak dijadikan cerita, pada 2 minggu yang lepas, Faries dan kawan-kawan telah pergi ke Langkawi dan menginap di Villa baru iaitu Rouhi Retreats yang terletak di Ulu Melaka, Ayer Hangat. Mesti korang nak tahu apa yang menariknya menginap disini.

Rouhi Retreats

Rouhi Retreats merupakan villa berkonsepkan moden kontemporari yang mengunakan batu bata merah sebagai asas pembinaanya. Korang mesti dah tahu kebaikan mengunakan batu mata merah iaitu bukan sahaja untuk kecantikan tetapi bagus untuk menyerap haba matahari. Untuk pengetahuan korang, disini ditawarkan villa jenis 1, 2, 3 dan 4 bilik, memang sesuai terutama yang bersama keluarga ataupun yang datang secara beramai-ramai.

Kami tinggal di villa 2 bilik bersebelahan. Setiap villa mempunyai konsep serta perabut yang berbeza-beza taw. Tapi keunikan dan kecantikan rouhi ini memang tidak dapat dinafikan lagi.




Persekitaran kawasan sini pun sangat tenang dimana ialanya terletak di kawasan kampung, di belakang rouhi ini juga terdapat sebuah sungai yang dipanggil sebagai Sungai Tok Puteri. Fasiliti yang sediakan disini juga banyak antaranya dewan seberguna yang sangat cantik dengan lukisan mural, kemudahan kolam renang dan juga tempat BBQ.



Majlis Perasmian Rouhi Retreats

Untuk pengetahuan korang semua, Rouhi retreats juga dilancarkan pada hari yang sama, Villa ini seperti yang disebut merupakan sebuah villa baru. Villa ini dilancarkan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Saiful Anwar Bin Azmi, Pegawai Daerah Langkawi. Semasa berlangsungnya majlis pelancaran, ucapan diberikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Saiful Anwar Bin Azmi serta pemilik Rouhi Retreats ini sendiri iaitu Madam AR Syarifah. Alawiyah Alhabshi. Aktiviti melihat seluruh kawasan di Rouhi Retreats ini turut dijalankan. Sebagai tanda perasmian, acara penanaman pokok lemon turut diakan sebagai acara simbolik pelancaran Rouhi Retreats ini.



Selain daripada itu, sepanjang 6 hari 5 malam kami semua disini, kami juga turut merasai aktiviti bercamping di kawasan kolam renang. Ini juga merupakan salah satu aktiviti yang di tawarkan disini. Memang seronok bersantai di kolam renang sambil berbual bersama kawan-kawan. 



Kalau korang semua mencari villa yang selesa dan luas, Faries syorkan Rouhi Retreats ini sebagai tempat penginapan korang kalau berkunjung di Langkawi. Disini merupakan tempat yang tenang dan tidak jauh sangat daripada tempat tarikan-tarikan pelancongan di Langkawi ini.

Untuk maklumat lanjut dan atau tempahan, Sila hubungi

0134323268- PK
0182404505- Adam Daniel


[FAM Trip ke Langkawi anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel]