Wednesday, October 6, 2021

5 Sebab Kenapa Wireless Earphone SUDIO T2 Ini Best!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Rata- rata pengguna kini lebih gemar untuk menggunakan peranti telinga tanpa wayar (wireless earphone) terutama buat mereka yang suka bersukan atau melakukan aktiviti luar. Faries sendiri telah menggunakan wireless earphone lebih kurang 2 atau 3 tahun yang lepas. Harini Faries nak kongsi dengan korang semua peranti baru yang Faries beli di SUDIO iaitu SUDIO T2. Untuk pengetahuan korang ini merupakan wireless earphone yang keempat Faries daripada jenama Sudio. Mesti korang nak tahu apa bestnya model baru ni. Jom teruskan membaca...


Untuk yang dah tahu jenama SUDIO ini berasal daripada negara Sweden dan sangat terkenal di seluruh dunia. Apa yang bestnya tentang jenama ini ialah kualiti produk yang dihasilkan tu memang superb. Korang pasti puas hati kalau korang dapatkan produk daripada SUDIO ini. Jom kita tengok lebih lanjut kelebihan SUDIO T2 ini.

5 Sebab Kenapa Korang Kena Dapatkan SUDIO T2 Ini


1. Wireless Earphone Berciri Premium dan Selesa

Antara ciri yang paling dititikberatkan mestilah keselesaan sesuatu peranti itu. Sudio T2 memang cukup selesa kerana bentuknya yang lembut tanpa tepi sudut. Sangat ergonomik dan selesa apabila diletakkan di telinga. Bahagian hujung telinganya juga cukup selesa kerana pihak Sudio ingin memastikan setiap pengguna selesa untuk memakai peranti ini untuk jangka masa yang panjang. Secara peribadinya, aku menggunakan peranti fon telinga tanpa wayar Sudio T2 ini berjam-jam namun ia tidak memberikan rasa sakit atau kurang selesa seperti peranti fon telinga tanpa wayar jenama lain.
Audio yang dihasilkan sangat mantap

It's all about that bass. Peranti fon telinga tanpa wayar Sudio T2 ini menghasilkan bunyi yang tajam, bersih dan mantap. Untuk mereka yang menggemarkan bunyi yang kuat dan rasa "tenggelam" apabila mendengar sesuatu lagu, Sudio T2 adalah untuk anda. Dia macam bila pasang je masuk telinga, kau berada dalam dunia yang lain. Bunyi bising keliling semua tak dengar. Itu yang Faries suka Sudio T2 nie, noise cancellation teknologi dia betul-betul berjaya. 

2. Teknologi "Beamforming"

Menggunakan Sudio T2 untuk bekerja dari rumah juga boleh digunakan kerana teknologi mikrofon yang ditingkatkan dan mikrofon "Beamforming" yang melihat susunan mikrofon di setiap peranti telinga tanpa wayar. Satu menunjuk ke arah luar sementara yang lain ditujukan ke mulut pengguna. Secara serentak ia menangkap suara dan suara sekitar sebelum algoritma pemprosesan isyarat dalaman memproses bunyi untuk mengurangkan bunyi persekitaran bagi memastikan kejelasan suara. Kedengaran agak berteknologi di situ. Korang faham ke idakk ?

3. Pilihan warna yang pelbagai

Warna pilihan untuk Sudio T2 sangat-sangat cantik kerana semuanya berwarna matte. Ia sekaligus tampak elegan dan mahal. Dan untuk keluaran Sudio T2 ini, Sudio memperkenalkan satu warna baharu iaitu warna Jade. Warna baby green yang sangat lembut dan tampak mewah. Warna Jade memang sumpah cantik sangat ! Kena tempat cepat-cepat sebab takut warna nie out of stock. Paling laris ya.

4. Jangka hayat Sudio T2

Sudio mendakwa bahawa T2 menawarkan masa mendengar sehingga 7.5 jam dan jangka hayat bateri 35 jam menggunakan cas pengecasan. Sekiranya korang nak menggunakan peranti fon telinga tanpa wayar Sudio T2 nie dengan segera, tak perlu risau sebab masa pengecasan selama 10 minit sudah cukup untuk anda mendapatkan masa bermain sekitar 2 jam. Hebat bukan ?


5. Memiliki Kawalan Sesentuh Mudah

Klik pada mana-mana peranti untuk mainkan muzik atau menjawab panggilan
2 kali klik pada peranti belah kiri untuk memainkan lagu sebelumnya.
2 kali klik pada peranti belah kanan untuk memaikan lagu yang seterusnya.
3 kali klik pada peranti belah kiri untuk merendahkan kelantangan.
3 kali klik pada peranti belah kanan untuk meningkatan kelantangan.
Tekan selama 3 saat di mana-mana peranti untuk tolak panggilan atau tamatkan panggilan. 

Untuk aksesori lain pula, didalam kotak SUDIO T2 ini disediakan wayar pengecas USB Type C, Eartips dan buku manual pengguna.


Ada berita baik untuk korang semua, korang boleh dapatkan potongan sebanyak 15% bagi setiap pembelian SUDIO T2 ini dengan hanya menggunakan kod dibawah:

FARIEST2


Nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari 

https://www.sudio.com/my/

6 comments:

Princesa3290 said...

ok, just nice u share this to us! memang sedang mencari wireless earphone, sebab selalu perlu dengar live sharing sambil memasak... sooo, memang nak sgt cari yg berkualiti dan tahan lama :)

Rawlins GLAM said...

ehhh awak dapat hitam ek? Nak tukar tak ngan saya? Saya nyer putih! Hehe. Tapi this one memang sangat best - noice cancelling memang power!

Bae Roslan said...

seriussss lah sudio ni design and color semua cantikkk.. geram je..tapi harga boleh tahan haha

Cik Fafa said...

Wireless earphone ni memang menarik kalau produk studio memang tak mengecewakan dengan warna elegant, dan spec dia yang awesome. Tak berkesempatan nak merasa lagi

AyuArjuna BiGoshh said...

mmg smargy giler sudio yg baru ni. suka dengan audio dia best giler

Sunshine Kelly said...

I also using this model, i really like the design, features, and sound quality.