Friday, April 16, 2021

Uniqlo Berkolaborasi Bersama Hana Tajima Koleksi Summer Spring Serta Hari Raya 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini Faries menghadiri sesi pelancaran koleksi Uniqlo X Hanatajima dan pelancaran koleksi Raya Uniqlo di Uniqlo Farenheit88 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Rasanya wanita-wanita sangat menantikan koleksi daripada Hana Tajima bagi tahun ini. Tahun ini memang agak berbeza dengan koleksi pada tahun sebelumnya dan ada pula koleksi baju melayu dan juga koleksi baju batik daripada Uniqlo.

Hana Tajima menggabungkan keanggunan halus dan keselesaan tanpa henti, pereka fesyen kelahiran UK, Hana Tajima mengubah cara wanita berpakaian di seluruh dunia dengan rekaannya yang kontemporari dan berfungsi. Beliau telah mendapat perhatian seluruh dunia dalam beberapa tahun ini kerana rekaan yang sesuai untuk persekitaran dan kehiduoan yang pelbagai.




Hana Tajima adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen. Setiap musim menampilkan kepelbagaian pakaian longgar dan menggunakan material sesuai untuk kita semua pakai. Tambahan cuaca di Malaysia yang pasti membuatkan anda berpeluh. Pemilihan pakaian semenangnya penting. Ia mempengaruhi mood harian dan penampilan anda.



Koleksi UNIQLO Hari Raya dan Hana Tajima Spring/Summer 2021 adalah di UNIQLO Fahrenheit88, UNIQLO Suria KLCC, UNIQLO IOI Mall Putrajaya dan uniqlo.com

Koleksi Raya- Uniqlo Baju Melayu & Batik 




Tahun ini, Uniqlo memberikan menawarkan pakaian baju Melayu buat para jejaka bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021. Terdadapat 5 warna menarik iaitu Wine, Dark Green, Olive, Navy dan Yellow. Dari segi pilihan saiz, anda jangan bimbang. Sebab UNIQLO menyediakan dari saiz XS sehingga XXL. Cuma saiz paling kecil dan paling besar kebiasaannya ada di laman web e-dagang UNIQLO. Stok di cawangan berbeza dengan di dalam website. Kalau nak size besar boleh terus beli di online di website Uniqlo. Selain itu, Material yang digunakan ialah jenis kain: 86% Kapas, 14% Poliester.

Selain itu, Uniqlo juga menawarkan koleksi batik untuk lelaki dan wanita dengan fabrik terbaik dan lembut. Korang boleh layari website Uniqlo untuk tahu lebih lanjut.

Aktiviti Raya Bersama Uniqlo

Raya Tahun ini Uniqlo Malaysia mengadakan beberapa aktiviti seperti memberikan baju terpakai kepada para gelandangan. Selain itu, mereka juga menawarkan beg pakai semula bagi pelanggan yang berbelanja lebih RM 300 dan keatas. Uniqlo juga memberikan AIRism mask secara percuma kepada pelanggan yang berbelanja lebih RM 250 dan keatas diatas keprihatinan wabak covid 19 di negara kita dan seluruh dunia belum pulih.

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari terus ke


13 comments:

saidila said...

NASIB UNQLO DEPAN RUMAH JERRR , BOLEHLAH PERGI KANG USHAR APA YANG MENARIK. BEST BELI KAT UNIQLO SEBAB SEMUA BERKUALITI DAN UP TO DATE. TERINGAT MASUK UNIQLO KAT SEOUL YANG BERTINGKAT TINGKAT . RAMBANG TERUS BIJI MATA HAAAA

Ezna said...

Pernah masuk Uniqlo kat Korea. Terkejut bangunan dia bertingkat-tingkat. Masuk situ beli stokin. Hehe. Fesyen Hana Tajima ni cun juga tapi kalau yang berhijab tu kena ikut kesesuaian lah.

Hasif Hamsyari said...

Baru je singgah Uniqlo semalam. Rambang mata juga nak memilih pakaian sebab banyak lawa-lawa juga! Suka koleksi batik tu sebab sesuai nak digayakan bila-bila masa. Hehe.

Bae Roslan said...

suka style hana tajima tapi kita size gajah rasa tak sesuai nak pakai hehe

Sis Lin said...

Lelawa laaaa semua design.. dulu pernah gak beli koleksi colaborate mereka, lama dulu.. now dah ada ni ingat nak jenguk gakkk

Rawlins GLAM said...

Rawlins memang suka betul dengan koleksi Hana Tajima - chic and very beautiful serta sedap dipakai. Eh. Rawlins pun ada 'terbeli' baju dia hehehe

AyuArjuna BiGoshh said...

Baju dekat Uniqlo semua camtek. Suka dengan design dia Ada kelasnya yg tersendiri

Kitkat Nelfei said...

Wahh, ni yang buat Nell tak sabar nak pergi Uniqlo la.. thanks for sharing this bro! nak cari baju melayu dan batik for this raya kat sini la.,

Rollinggrace said...

definitely loving their new raya collection. the patterns and colours are just too cute and uplifting!

Ika.S said...

Wahhh hana tajima ya. lam tak dengar pasal hana tajimaaa. cantik designnya

Zaza Azman said...

Kita masuk uniqlo tahun bila je la. Hahhahaha skng size sume dh besar2.. Tapi menarik juga ni boleh I share dgn my sisters nnt.

Mahamahu said...

Heyyy mentang-mentanglah Hawa terus nak pakai tudung Hana Tajima wakakakaka.. Tapi kita tengok ada juga baju Melayu kat sini kan best nya menarik harga on tak..

siennylovesdrawing said...

woow...nicenya Uniqlo with Raya series to shopping for, I love Uniqlo personally. Sure lots of Muslims will grab the stylish Raya clothes from this range. cheers, siennylovesdrawing