Sunday, April 4, 2021

Produk LengQuas Anjur Peraduan Makan & Menang Dan Berpeluang Menangi Hadiah Bernilai RM 100,000

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Faries menghadiri majlis pelancaran Peraduan Makan &Menang bersama produk daripada LengQuas. Untuk pengetahuan semua, Produk sejuk beku LengQuas ini milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran pada hari ini telah dihadiri oleh Anggota Lembaga KOPETRO, barisan pengurusan, jemputan media dan juga jemputan yang terdiri daripada rakan korporat KOPETRO.


Siapa yang tak pernah beli lagi produk sejuk beku daripada LengQuas ni? Dah nak datang bulan ramadan ni memang sesuai untuk korang terutama untuk makanan bersahur. Mereka ada hampir 21 jenis produk makanan sejuk beku taw antaranya, Beef Stew, Chiken Glaze, Daging Lemak Kuning, Kari Daging, Daging Asam Pedas, Daging Dendeng, Kuah Kacang, LengQuas Daging Masak Hitam, LengQuas Ayam Masak Hitam, LengQuas Rendang Ayam, LengQuas Ayam Percik, LengQuas Paru Goreng Berlada, LengQuas Sambal Ikan Bilis dan LengQuas Ayam Masak Merah.  Kalau bujang macam Faries ni senang jer cari produk sejuk beku dan terus boleh panas dan makan lagi senang.Kenapa Faries rasa produk sejuk beku ni senang? Sebab kurang dari 5 minit sahaja masuk dalam microwave dah siap boleh makan panas-panas. Korang boleh dapatkan produk ini di kedai serbaneka, supermarket, stesen minyak dan lain-lain.


Berbalik kepada peraduan makan dan menang ini, Selain dari penyertaan umum, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan.Bagi penyertaan umum pula, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan, manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan.




Cara penyertaan peraduan:

1) Perlu beli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20 dalam satu resit

2) Imbas kod QR yang disediakan isi maklumat diri.

3) Jawab soalan mudah dan muatnaik resit pembelian sebagai bukti penyertaan

Jadi tunggu apa lagi? Jom sertai peraduan makan & menang ini bersama LengQuas. Beli dan sertai, mudah bukan sebab mana tahu rezeki ramadan tahun ini nak menang hadiah daripada LengQuas.


Nak tahu lebih lanjut tentang produk LengQuas atau mengenai peraduan ini boleh hubungi terus :

KOPETRO Food Sdn. Bhd : 60 17-319 5764

No comments: