Saturday, April 17, 2021

Jom Ceburi Bidang Perniagaan Untuk Tingkatkan Ekonomi Diri - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dikala pandemik covid 19 masih berlanjutan, keadaan ekonomi makin teruk dan memberikan kesan buruk buat semua orang dimana ada yang dibuang kerja, dipotong gaji dan juga rugi didalam perniagaan. Buat yang masih bekerja dan masih mempunyai gaji, alhamdulillah. Kini, ramai telah cuba menceburkan diri didalam bidang perniagaan samada secara sambilan mahupun sepenuh masa. Nak belajar berniaga tak semudah yang disangka tapi dengan beradanya kita diera digital akan memudahkan sebab semuanya dihujung jari.

RICHWorks Lancar program Virtual Online Bisnes - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

Seperti yang kita maklum zaman sekarang merupakan masa yang sangat mencabar untuk mendapatkan pekerjaan lebih-lebih lagi dalam sektor kerajaan. Jika dahulu perspektif masyarakat bahawa mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan masa depan dan kewangan lebih terjamin, tetapi kini tidak lagi.


Namun menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Encik Radz Mohd, semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini. Ini kerana terdapat banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini. Apatah lagi dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti di platform media sosial. 

Bagaimanapun katanya lagi sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.

"Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama"

Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju. 

"Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah"

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga RichWorks telah membawakan secara langsung pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus. 




Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). 

RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion. 

Kejayaan Pasti Digapai



Harapan RichWorks ingin melatih dan membimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.

"Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian. MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup"

Sehubungan itu, Encik Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta. "Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini.

"Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang"

Sememangnya menceburi dalam perniagaan tidak sukar. Apa yang penting semangat dan komited hendak melakukan dengan mengambil kira cara berniaga dengan betul serta bersistematik. Bermula dari diri sendiridengan niat untuk mengubah nasib hidup dan juga membantu keluarga agar tidak berada didalam takuk yang sama terlalu lama. Menjana pendapatan samada sepenuh masa atau sampingan adalah pekerjaan yang tidak sia-sia bahkan hasil yang bakal dikecapi boleh dirasai, dikongsi dan sama-sama mendapat manfaatnya.


Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.  Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya  membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. 

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Latar Belakang Datuk Wira Dr Azizan Osman



Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author 

Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.

Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi, 

Richworks International Sdn Bhd 
No. 77, 
Jalan Badminton 13/29 
Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor, 
MALAYSIA 


Tel: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly)
+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)


Emel: karini@richworks.com.my, omkarini.rich@gmail.com, azrin.richworks@gmail.com

21 comments:

sis gee said...

Program Richworks memang terbaik! Good sharing, so boleh semua peniaga online join!

Yanty Lee said...

Ye sekarang ni keja apa pun mesti ada plan untuk bina karier lain demi masa depan.

Husniey Husain said...

Sesuai untuk para usahawan, businessman yang nak boost idea berniaga ni

Mahamahu said...

Ketahui kejayaan anda melalui potensi diri dan aura diri gituwww hehehe kita ada juga minat nak berniaga cuma entah tak terbuka hati lagi ni nak jadi orang kaya wakakakaka...

saidila said...

Percuma jer ker ? bagusnya...harap ramai yang diluar sana ambil peluang untuk daftar dan ikuti program ini. lagi2 pada yang neak memulakan perniagaan supaya ada ilmu dan tidaklah nanti apa yang diusahakan tinggal separuh jalan kerana urang asas dan bimbingan.

k said...

Nampak ramai kawan2 promote pasal ni. Bagus ya? Sbb org bisnes cakap benda macm ni kena topup ilmu salu. Baguslah!

Rawlins GLAM said...

Nak buat apa pun kena berguru dengan yang betul dan dah terbukti kejayaannya. Lagi satu minda kena kuat bila berniaga nie kan

Ruby said...

Walaupun acara dah lepas. Akak selalu teringat kata-kata mentor di Richworks. Mereka memang bakar semangat kita sampai jadi bara abu. Push push push untuk usahawan jadi lebih kuat. Richworks dalah tempat usahawan berguru. Keep it up.

Sis Lin said...

Dalam keadaan sekarang ni, ada peluang rebutlah, tak kiralah ilmu dari mana kan.. tak cuba tak tau.. nak berjaya kena usaha..

Jia Shin Lee said...

Program Richworks is such a great platform for online sellers. Thanks for the motivation.

AyuArjuna BiGoshh said...

menarik ni..untuk kita terus konsisten dan komited dalam bisnes yang diusahakan

Kitkat Nelfei said...

Bagusla ada program macam ni utk latih dan prepare usahawan2 to be in near future! Good one kan!

Nadia Johari said...

Memang sekarang orang ramai lebih cenderung pada perniagaan. Tapi nak berjaya kene masuk program atau kelas yang bagus. Richworks ni nad dgr ramai join dna berjaya. Bagus sangat.

halimah muhiden said...

Program mcm ni mmg bagus fisertai bg usahawan2 yg ingin bisness mereka lbh maju dan berjaya sblm melangkah lg jauh

SalinaJohari said...

Jangan takut untuk mencuba sesuatu , kadang tu sebenarnya kita mampu tapi dek kerana takut kita abaikan. Zaman pandemik ni kena terus berusaha.Bagus juga tuntut ilmu usahawan bersama Rickworks. Dan nak berjaya bukan mudah tapi kena mula ...

iena eliena said...

Program yang menarik dan bermanfaat untuk korang yang suka berniaga. Banyak benda boleh belajar mengenai business

Zayani Zulkiffli said...

Bagus kan deorang ni buat seminar bantu orang. Faries nanti register tak?

Tekkaus said...

Once you have proper guidance like from Rickworks make lebih senang and teratur untuk mencapai maklamat kan.

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Rasanya zaman pandemik ni memang banyak mengajar kita supaya tidak bergantung harap dgn satu sumber pendapatan shj. Semua orang perlu lengkapkan diri dengan ilmu perniagaan juga.

Nina Mirza said...

Bagusnya percuma! Satu usaha murni membimbing para usahawan, nak berniaga memang krna ada ilmu. Zaman pendamik ni kita kena ada lebih dari 1 sumber pendapatan.

Faiq Najmi said...

Bagus betul ada program macam ni. Dapat membantu para usahawan untuk menambah ilmu dalam dunia bisnes ni.