Saturday, April 3, 2021

Buffet Ramadan 2021 Review : Me'nate Steak Hub Tawarkan Konsep Buffet Ramadan Ala Mediterranean

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Baru-baru ini Faries telah hadir ke salah satu restoran yang paling Faries teringin nak pergi tapi belum berkesempatan dan berkemampuan kot. Sebab dah dalam mindset mesti mahal.hahahaha. Restoran yang Faries maksudkan itu ialah Me'nate Steak Hub yang terletak di Shah Alam. Sebenarnya, restoran ini dah mempunyai banyak cawangan di beberapa negeri. Rasa ramai yang tahu restoran Me'nate ni terkenal dengan makanan westernnya iaitu steak. Jadi untuk ramadan kali ini, Me'nate akan menawarkan pakej buffet kepada para pelanggan...


Mesti korang tertanya-tanya buffet yang macam mana tu. Konsep buffet sempena ramadan tahun 2021 ini ialah berkonsepkan makanan ala Mediterranean dan menawarkan hampir 70 jenis . Jangan risau sebab steak dan menu-menu western yang lain masih dikekalkan dan ditawarkan didalam pakej buffet ramadan ini. Kambing Panggang Bukhari bersama nasi Mandhi menjadi taruhan untuk memuaskan para pelanggan yang meminati kambing panggang.






Selain itu, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Tomato, Mee Soto,Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow yang di goreng panas dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan. Ada berita baik dimana Me'nate juga menawarkan Ramadan Special Group Steak untuk pelanggan-pelanggan setia yang inginkan kelainan. Apa tu Special Group Steak? Korang mesti tertanya-tanya kan.






Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium yang boleh di nikmati seisi keluarga dengan harga yang berpatutan iaitu hidangan "GROUP STEAK" FAMILY PLATTER. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A (PREMIUM FAMILY PACKAGE) dan SET B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE) dimana satu set boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang. Ada 11 menu keseluruhannya untuk pakej ini dan pencuci mulut pun diberikan secara percuma taw.

Harga

Dewasa RM89.90
Kanak-kanak RM49.90 

Tempahan awal/ Early bird - potongan sebanyak 10% ke 30% bergantung pada terma dan syarat

Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me’nate akan memperkenalkan produk sejuk beku terbaru kami iaitu jenama MeatLab yang boleh di jadikan hidangan berbuka bila di rumah atau sebagai ole-ole semasa balik ke kampung dan juga semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Terdapat 5 jenis pilihan yang boleh nikmati iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu MeatLab juga akanmemperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.


Jom ramai-ramai bawa kawan-kawan terdekat berbuka puasa disini. Harga sangat berbaloi dengan hanya bayar bawah RM 100 dan nikmati makanan western dan steak serta makanan-makanan tempatan secara buffet.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi dan layari

• SETAPAK +6019 3911 047
• SHAH ALAM +6019 4771 047
• BANGI +6019 2611 047
• SEREMBAN +6014 3511 047
• MELAKA +6014 3511 047
• JOHOR BAHRU +6013 7510 347


No comments: