Thursday, April 1, 2021

Amazing Success-Pelajari Ilmu METALIFE Kenali Energi Diri Melalui Kiraan Tarikh Lahir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini Faries ada sertai satu program belajar kenali diri yang dianjurkan oleh Amazing Sucess. Sebelum ini Faries pernah update entri mengenai program yang ditawarkan oleh Amazing Success ini. Kalau korang belum baca lagi, korang boleh klik disini .Ini merupakan pengalaman pertama sertai program bersiri daripada AS ini secara live. Program siri kali ini dinamakan sebagai Amazing Rezeki yang menekan pengenalan terhadap diri dan melihat potensi diri. Kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.

Untuk pengetahuan korang, Amazing Success merupakan motivator dalam membantu individu mengenal pasti potensi diri untuk mencapai kejayaan terutama didalam bidang perniagaan. Mereka telah manjalankan beberapa siri sebelum ini secara dalam talian dan bersemuka. Amazing Rezeki merupakan siri kedua yang akan menekan cara kenal pasti potensi diri serta mempelajari fitrah manusia iaitu sifat Haiwani (cenderung kepada keburukan) dan Insani (Cenderung kepada Kebaikan). Program kali ini membawakan 4 orang speaker iaitu:

Sifu Faiz Marioh, Coach Iman, Master Muslee, Dai Irfan.

ILMU METALIFE

Apa itu ilmu Metalife? Metalife ialah ilmu bagi seseorang memahami pengaruh energi pada alam dan diri. Dengan mempelajari ilmu ini, korang boleh pelajari dan fahami ragam emosi, karakter diri,  kekuatan & kelemahan diri, memposisi diri dalam mengejar kejayaan, melakonkan watak diri dalam kehidupan dan memahami kecenderungan personaliti seseorang.

Apa yang akan korang pelajari dengan ilmu Metalife ni? Korang kena belajar mengira Kod tenaga dari formulasi metalife. Mesti korang tertanya apa pulak tu dan macam mana nak kira. Kejadian alam ini bermula dengan proses KUN-FAYAKUN manakala dalam Sains dipanggil Proses Big-Bang. Maka terjadilah proses ‘SPACE & TIME’ (Ruang & Masa) alam.Proses kun-fayakun, semua makhluk tercipta (dalam bentuk RUH) - Di letakkan di Lukh-Makhfudz. Bila dilahirkan, bermulalah ‘ruang & masa’ di dunia ini. Faktor masa merujuk pada tarikh dan masa dilahirkan.

Konsep Tarikh Dan Waktu

Allah berfirman yang membawa maksud:

"Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat orbitnya, supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-Nya satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikan-Nya).” (Surah Yunus, ayat 5)


Penerangan diatas adalah rajah yang digunakan untuk mengira energi diri korang. Tak boleh nak ajar dengan lebih mendalam sebab agak rumit.  Korang kena attend kelas dieorang lah kalau nak tahu lebih lanjut. Sedikit penerangan bagi no yang berada didalam Inner Zone ialah kekuatan dalaman individu manakala bahagian Outer Zone pula kekuatan sokongan. Orentasi Zone pula adalah bahagian umum mengetahui kecenderungan individu terhadap sekeliling.

Bersama certified speaker Master Muslee


Gambar diatas pula merujuk kepada kod energi bagi setiap no kiraan yang korang lakukan melalui rajah patern energy diri. Macam Faries sendiri memiliki hampir semua no yang tertera dan kod elemen yang paling menyerlah ialah no 3 iaitu orang API. Orang Api ni jenis macam mana? Korang tengok no 3 tu? Orang yang mudah emosi tapi mempunyai rancangan yang baik dalam setiap benda yang dilakukan. Fuh hehehe. Serius semua karakter yang Faries belajar hampir sama dengan personaliti Faries yang sekarang dan ada juga beberapa benda yang Faries baru tahu yang sebenarnya ada bakat tetapi tidak pernah mencuba. 



Jadi inilah masa terbaik kenal potensi diri (kekuatan, kelemahan, cabaran, peluang)  dan cuba tambah baik kelemahan dan tingkatkan kekuatan diri supaya hidup lebih berjaya, berkat dan gembira sepanjang masa. Setiap ilmu yang kita dapat mungkin memerlukan masa untuk kita ubah daripada kebiasaan setidaknya kita tahu akan potensi dan kelemahan kita. Itu yang terbaik!


Kalau korang berminat untuk sertai next siri bersama Amazing Success. Korang boleh terus ke Facebook page Amazing Success. Disana diberikan maklumat setiap siri yang bakal diadakan. Serius korang boleh belajar banyak tentang potensi diri dan kelas yang santai serta menyeronokkan.

Nak tahu lebih lanjut boleh kunjungi ke 

https://www.facebook.com/Amazingsuccess.net

No comments: