Sunday, April 18, 2021

Buffet Ramadan 2021 Review: OKAD Event Space, Shah Alam Tawarkan Makanan Citarasa Kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke-6 seluruh umat islam berpuasa bagi tahun 2021 ini. Walaupun tahun ini agak berbeza disebabkan pandemik covid 19 masih melanda tetapi alhamdulillah semua dah boleh keluar dan terus patuh SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung virus covid 19 ini. Korang dah plan nak berbuka bersama keluarga mahupun yang tersayang dimana kali ini? Faries nak kongsi baru-baru ini baru sahaja pergi berbuka di OKAD Event Space yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Nak tahu apa yang best dekat sini? Korang kena baca sampai habis taw.

Saturday, April 17, 2021

Jom Ceburi Bidang Perniagaan Untuk Tingkatkan Ekonomi Diri - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dikala pandemik covid 19 masih berlanjutan, keadaan ekonomi makin teruk dan memberikan kesan buruk buat semua orang dimana ada yang dibuang kerja, dipotong gaji dan juga rugi didalam perniagaan. Buat yang masih bekerja dan masih mempunyai gaji, alhamdulillah. Kini, ramai telah cuba menceburkan diri didalam bidang perniagaan samada secara sambilan mahupun sepenuh masa. Nak belajar berniaga tak semudah yang disangka tapi dengan beradanya kita diera digital akan memudahkan sebab semuanya dihujung jari.

RICHWorks Lancar program Virtual Online Bisnes - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

Friday, April 16, 2021

Uniqlo Berkolaborasi Bersama Hana Tajima Koleksi Summer Spring Serta Hari Raya 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini Faries menghadiri sesi pelancaran koleksi Uniqlo X Hanatajima dan pelancaran koleksi Raya Uniqlo di Uniqlo Farenheit88 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Rasanya wanita-wanita sangat menantikan koleksi daripada Hana Tajima bagi tahun ini. Tahun ini memang agak berbeza dengan koleksi pada tahun sebelumnya dan ada pula koleksi baju melayu dan juga koleksi baju batik daripada Uniqlo.

Ombak Kitchen Tawar Set Berbuka Bersama Shellout Bagi Iftar Tahun 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Rasa macam dah lama tak makan shellout. Masa-masa pulak teringin nak makan seafood. Korang kalau mengidam makan shellout korang boleh ke Ombak Kitchen. Mereka tawarkan set berbuka puasa shellout Cajun Style. Baru-baru ini, Faries telah pergi ke Ombak Kitchen cawangan Bangsar dan iftar disana.

Thursday, April 15, 2021

Buffet Ramadan 2021 Review: Westplate Factory, Shah Alam Tawarkan Pakej Buffet Western Harga Murah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.......

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ketiga seluruh umat islam berpuasa. Korang dah mula intai-intai nak berbuka dekat luar kan? Yela tahun lepas kan tak boleh berbuka dimana-mana. Ok kalau korang nak berbuka ala makanan western dengan harga berpatutan, Faries nak cadangkan sebuah restoran yang terletak di Shah Alam iaitu WestPlate Factory. Nak tahu apa yang bestnya buffer ramadan yang ditawarkan dekat sini? Ha sebelum tu nak bagitahu, tahun ini merupakan tahun pertama WestPlate menawarkan ramadan buffet taw...

Friday, April 9, 2021

Shinjumi Bita V9-Vitamin C Baik Untuk Pengambilan Harian

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua......

Vitamin merupakan benda yang penting untuk kesihatan sejak dari dulu lagi. Tapi masih ramai yang tidak mengambil berat tentang kebaikan vitamin mahupun suplement kesihatan yang lain. Faries nak tanya korang ambik suplement apa? Macam Faries sendiri memang ambil vitamin C. Sehari makan sekali je sebab korang tengok Faries sihat semacam je kan.hahaha. Sebenarnya nak cerita, Faries baru terima dan mengambil vitamin C daripada Shinjumi Bita V9. Korang nak tahu apa yang bagusnya vitamin ini? Jom baca sampai habis...

Sunday, April 4, 2021

Produk LengQuas Anjur Peraduan Makan & Menang Dan Berpeluang Menangi Hadiah Bernilai RM 100,000

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Faries menghadiri majlis pelancaran Peraduan Makan &Menang bersama produk daripada LengQuas. Untuk pengetahuan semua, Produk sejuk beku LengQuas ini milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran pada hari ini telah dihadiri oleh Anggota Lembaga KOPETRO, barisan pengurusan, jemputan media dan juga jemputan yang terdiri daripada rakan korporat KOPETRO.


Saturday, April 3, 2021

Buffet Ramadan 2021 Review : Me'nate Steak Hub Tawarkan Konsep Buffet Ramadan Ala Mediterranean

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Baru-baru ini Faries telah hadir ke salah satu restoran yang paling Faries teringin nak pergi tapi belum berkesempatan dan berkemampuan kot. Sebab dah dalam mindset mesti mahal.hahahaha. Restoran yang Faries maksudkan itu ialah Me'nate Steak Hub yang terletak di Shah Alam. Sebenarnya, restoran ini dah mempunyai banyak cawangan di beberapa negeri. Rasa ramai yang tahu restoran Me'nate ni terkenal dengan makanan westernnya iaitu steak. Jadi untuk ramadan kali ini, Me'nate akan menawarkan pakej buffet kepada para pelanggan...

Thursday, April 1, 2021

Amazing Success-Pelajari Ilmu METALIFE Kenali Energi Diri Melalui Kiraan Tarikh Lahir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini Faries ada sertai satu program belajar kenali diri yang dianjurkan oleh Amazing Sucess. Sebelum ini Faries pernah update entri mengenai program yang ditawarkan oleh Amazing Success ini. Kalau korang belum baca lagi, korang boleh klik disini .Ini merupakan pengalaman pertama sertai program bersiri daripada AS ini secara live. Program siri kali ini dinamakan sebagai Amazing Rezeki yang menekan pengenalan terhadap diri dan melihat potensi diri. Kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.