Wednesday, March 24, 2021

RICHWORKS Anjur Program Percuma Secara Virtual Online: NAK UBAH HIDUP (EDISI KHAS)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....


Genap setahun kita semua berhadapan situasi sukar berhadapan dengan pandemik covid19 ini. Walaupun pandemik ini dijangka bertambah baik dengan kehadiran vaksin tetapi tetap dirasai sehingga kehari ini dan juga beberapa tahun lagi.

Pandemik covid 19 ini telah memberi banyak kesan dan tekanan hidup kepada masyarakat kita daƄ juga seluruh dunia, ada yang hilang pekerjaan serta sumber pendapatan, ada juga melalui saat sukar ketika pandemik ini. Bagi yang menjalankan perniagaan turut terasa dengan kehadiran pandemik covid 19 ini.

Jadi pilihan terakhir ialah dengan melakukan perniagaan tidak kira secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Berniaga pula bukan lagi satu pekerjaan yang hanya memberi pendapat sampingan, malah dengan berbisnes juga ada yang mampu menjadikan ia salah satu sumber pendapatan tetap dengan lebih lumayan dari biasa. 

PELUANG USAHAWAN TERKESAN EKORAN PANDEMIK UNTUK BANGKIT BERUBAH

RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan dihadapi ketika pandemik ini.

"Kami faham, pasti ada usahawan di luar sana dalam keadaan yang susah, tak tahu apa lagi perlu dilakukan, bisnes jatuh malah ada terpaksa tutup hingga timbul rasa nak putus asa. Sebab itu, RichWorks bersama Pengasas, Datuk Wira Dr Azizan Osman menyediakan program percuma ini yang sudah terbukti berjaya ubah hidup ramai orang disamping sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama bangsa usahawan,"



RichWorks sebagai syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara telah melatih lebih 1.1 juta orang daripada pelbagai tahap bisnes sejak 2008 lagi. Bagaimanapun, kesusahan yang dirasai ketika ini sebenarnya bukanlah penghalang untuk bangsa usahawan kembali berkembang dan berubah jadi lebih baik lagi.

Berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam melatih dan bimbing bangsa usahawan, RichWorks menemukan formula - perkara dan langkah-langkah yang boleh membantu mereka untuk berubah dalam bisnes dan kehidupanMalah pada tahun lalu saja, meskipun ketika pandemik seramai 777 usahawan PKS di bawah bimbingan kami berjaya catatkan peningkatan hingga jumlah jualan keseluruhan melebihi RM2 bilion.


Richworks menyeru agar usahawan PKS dan mikro dapat memberikan peluang kepada diri mereka walaupun perubahan ini tidak mudah yang mana memerlukan kesungguhan seseorang. Usahawan juga boleh saja membawa kakitangan malah keluarga mereka bersama-sama belajar dan memulakan langkah pertama untuk saksikan perubahan dalam bisnes dan diri ini.

Ini masanya untuk usahawan kembali bangkit dengan ubah hidup dan bisnes ke arah kejayaan dalam keadaan pandemik yang semakin baik.


Kalau korang rasa korang nak perbaiki diri dan "nak ubah hidup" jom Daftar Program Percuma Bina Bisnes Berjaya bersama RichWorks secara virtual online selama 3 HARI bermula 26 Mac 2021 hingga 28 Mac 2021 


Nak tahu lebih lanjut, sila layari

 www.BinaBisnesBerjaya.com.


No comments: