Tuesday, March 30, 2021

Buffet Ramadan 2021 Review : Restoran Rebung Chef Ismail Membawakan Konsep Sentuhan Warisan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Alhamdulillah tahun ini kita sudah boleh kembali melakukan aktiviti diluar meskipun terhad. Yang penting sama-sama kita menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung pandemik covid 19 ini. Eh sebenarnya nak cerita yang baru-baru ini Faries telah dijemput ke Restoran Rebung Chef Ismail bagi sesi ramadan preview. Serius ini kali pertama kesini dan Faries jatuh cinta tengan konsep restoran ini. Dia punya konsep warisan melayu memang cantik. Sama dengan konsep yang dibawakan untuk Buffet Ramadan 2021 ini iaitu " Sentuhan Warisan Oleh Dato Chef Ismail". Korang nak tahu apa istimewanya buffet ramadan tahun  di Restoran Rebung? Jom baca sampai habis...


Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini terdapat hampir 90 jenis makanan untuk santapan disediakan bagi ramadan buffet tahun 2021 ini. Apa yang menariknya menu kali ini? Restoran Rebung memang sudah kenali dengan masakan Melayunya yang sangat sedap hasil air tangan Dato Chef Ismail. Korang boleh rujuk gambar dibawah:



Korang dah tengok menu-menu diatas? Menarik bukan ada sambal ikan bilis petai, rebung masak gulai, tempe berlada, pilihan aneka kuih tradisional melayu dan banyak lagi... Fuhhh sedapnya. Buat korang yang tertanya-tanya tentang menu signature restoran rebung ini akan dihidangkan untuk buffet tahun ini? Ye menu-menu seperti daging salai masak lemak cili api, ikan patin masak tempoyak, pari masak asam dan lain2 masih dikekal dan dihidangkan untuk sesi buffet ramadan kali ini.







Harga 

Dewasa: RM 84.80 nett

Kanak-kanak : RM 53.00 nett ( Berumur 5- 11 tahun)

Ok ke harga tu untuk hidangan yang disediakan hampir 90 +++? Bagi Faries sendiri memang berbaloi sebab sedap dan sambil-sambil layan ambience restoran rebung ini sendiri. Memang rasa terflashback zaman-zaman dulu pulak.

SOP dan Kemudahan di Restoran Rebung

Mengikut SOP yang ditetapkan, Restoran Rebung boleh menampung 300 pelanggan dalam satu masa. Disini terdapat 5 area dan setiap area mampu menampung pengunjung mengikut SOP yang ditetapkan. Kemudahan surau juga boleh menampung sehingga 20 orang pada satu masa serta terdapat kemudahan lift untuk OKU.


Nak tahu lebih lanjut atau untuk tempahan, boleh hubungi

03-2276 3535/ 2525


Restoran Rebung 

5-2 Cascade Parking, 
Jalan Bukit Aman, 1, 
Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No comments: