Tuesday, January 5, 2021

Nasi Lemak Bamboo SS2 PJ Memenuhi Citarasa Tempatan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Bercakap bab makanan mesti korang semua suka kan termasuk Faries sendiri. Sebab tu angan-angan nak diet tu macam simpan je sampai akhir tahun.hahahaha. Baru-baru ini, Faries dengan kawan-kawan telah pergi ke restoran nasi lemak terkenal iaitu Restoran Nasi Lemak Bamboo yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Apa yang istimewanya Nasi lemak dan menu-menu lain dekat sini? Jom baca sampai habissssss.......

Untuk pengetahuan semua. Restoran Nasi Lemak Bamboo ini merupakan perniagaan francais dan telah berkembang dan agak popular di negeri Sabah. Restoran Nasi Lemak Bamboo ini berasal daripada pasangan suami isteri yang minat memasak dan lahirlah idea Nasi Lemak Bamboo ini. Di SS2 merupakan cawangan disemenanjung yang pertama dan yang pasti akan berkembang tidak lama lagi diseluruh tempat.Bercakap panjang mengenai restoran nasi lemak bamboo ni. Jom kite tengok menu apa yang terdapat ditawarkan disini.




Nasi Lemak Ayam Goreng 

Nasi Lemak Rendang Ayam 

Nasi Lemak Kari Ayam 

Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood 

Mee Siam Ayam Goreng 

Mee Siam Rendang Ayam 

 Mee Siam Kari Ayam 

 Cucur Udang  | Otak-Otak (5 batang) 

Sotong Goreng  | Cendol 


Sejujurnya, penilaian terhadap Restoran Nasi Lemak Bamboo ini setelah mengambil kira semua aspek termasuk lokasi, makanan, servis, kebersihan dan juga paling penting harga ialah 4 bintang dari 5. Tak perfect tapi just nice untuk korang bawak kawan-kawan makan dekat sini. Dari segi rasa pasti tak jadi masalah sebab memang sedap! Mungkin dari segi servis dan kebersihan boleh dipertingkatkan lagi almaklumlah kawasan ini memang padat dan pelanggan di restoran ini terlalu ramai.... Untuk harga pulak munasabah dengan saiz hidangan yang diberikan.

4 ✩✩✩✩

Apa tunggu lagi? Jom bawa kawan-kawan serta orang tersayang ke Restoran Nasi Lemak Bamboo ini! Korang pasti teruja dan memenuhi selera korang...

Nak tahu lebih lanjut seperti dibawah:

https://www.nasilemakbamboo.my/

Facebook | Instagram

Tel:  018-909 9026

Nasi Lemak Bamboo SS2, Petaling Jaya
28, Jalan SS2/ 66, SS 2, Petaling Jaya, Selangor

Waktu Beroperasi: 10 pagi- 9 malam setiap hari

1 comment:

Anonymous said...

Halal x nasi lemak bamboo tu?