Saturday, January 30, 2021

KAWALKENCINGMANIS.COM Tawarkan Program Kawal Kencing Manis Secara Percuma!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

KENCING manis atau nama saintifiknya diabetes adalah pembunuh dalam senyap. Penyakit ini merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung. Diabetes ialah penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Insulin ialah hormon yang mengawal paras gula dalam darah dengan membenarkan gula masuk ke dalam sel-sel, dan dengan itu, menurunkan paras gula dalam darah.

Friday, January 22, 2021

Foodies Gourmet Market & Cafe Menawarkan Pilihan Daging Steak Terbaik

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Siapa dekat sini memang suka makan  makanan western terutamanya steak? Angkat tangan. Kita geng! Faries memang suka sangat makan steak dan tapi tulah semua tahu steak kan agak mahal dan nak dapat yang betul2 memenuhi kriteria kita tu agak susah. Nak cerita sebenarnya Faries dah jumpa sebuah cafe yang menjual pelbagai pilihan steak yang sangatt sedap dan memenuhi citarasa iaitu Foodies Gourmet & Cafe yang terletak di Bandar Kinrara Puchong, Selangor.

Monday, January 11, 2021

Dewan Perdana Felda Penuhi Impian Raja Sehari Dengan Konsep Perkahwinan Ala Moden Dan Kontemporari

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.....

Majlis resepsi perkahwinan adalah satu majlis terpenting buat raja sehari yang inginkan meraikan hari bahagia bersama pasangan tak lupa juga keluarga dan sahabat handai. Faries sendiri mengimpikan majlis perkahwinan impian yang boleh mengembirakan semua orang. Baru-baru ini, Faries menghadiri satu majlis perkahwinan Fahmi dan Izzati yang diadakan di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur. Daripada luar dah nampak tersergam indah dewan ini dan betapa beruntungnya pasangan mempelai mimilih dewan ini bagi meraikan hari istimewa mereka.

Dewan Perdana Felda (Dsaji)

Tuesday, January 5, 2021

Nasi Lemak Bamboo SS2 PJ Memenuhi Citarasa Tempatan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Bercakap bab makanan mesti korang semua suka kan termasuk Faries sendiri. Sebab tu angan-angan nak diet tu macam simpan je sampai akhir tahun.hahahaha. Baru-baru ini, Faries dengan kawan-kawan telah pergi ke restoran nasi lemak terkenal iaitu Restoran Nasi Lemak Bamboo yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Apa yang istimewanya Nasi lemak dan menu-menu lain dekat sini? Jom baca sampai habissssss.......