Thursday, December 17, 2020

CITTA Mall Melancarkan Platform Digital Pembelian Secara Online dengan myCITTA

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...

Semenjak dunia dilanda wabak pandemic covid-19. Seluruh dunia mengalami kesulitan untuk bebas melakukan apa sahaja termasuk membeli-belah di pusat membeli-belah. Ramai orang mengambil pendekatan dengan melakukan langkah berjaga-jaga dengan cara tidak berkumpul di tempat ramai orang berkumpul seperti di pusat membeli-belah. Faries mengalami kesulitan dan  percaya  korang semua ada barang2 atau keperluan yang korang perlukan dapatkan dan sesetengah barang hanya dijual di pusat-pusat membeli-belah. Kini korang tak perlu risau lagi sebab ada berita gembira dimana CITTA Mall baru sahaja melancaran platform digital mereka iaitu myCITTA. Korang semua mesti nak tahu apa itu myCITTA bukan? Jom baca entri ini sampai abis.


CITTA Mall merupakan sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Ara Damansara. Petaling Jaya. CITTA Mall telah mengambil pendekatan efektif dan mengambil kira kehendak para pelanggan dengan melancarkan platform penghantaran dan tempahan secara digital yang dikenali sebagai myCITTA. Applikasi ini sangat mudah untuk digunakan serta mesra pelanggan di mana kita hanya perlu membuat tempahan secara online produk-produk atau barang yang kita perlukan yang dijual di CITTA Mall dan kemudian produk akan di hantar ke rumah. Selain itu, untuk perkhidmatan lain, kita hanya perlu membuat tempahan atau temujanji dan boleh datang kemudian untuk mengambil sendiri atau hadir untuk mendapatkan perkhidmatan dalam jangka masa yang pantas dan cepat. Wah mudah betul!

Menurut Mr John Tam, General Manager CITTA Mall " Pendamik Covid-19 telah banyak memberi kesan kepada perniagaan dan ia memerlukan satu plan tidakan yang efisyen untuk membolehkan pengguna mendapatkan keperluan dalam kaedah yang lebih berkesan di samping menjadikan situasi membeli belah lebih selamat, selesa dan menyenangkan dengan penggunaan myCITTA . " Sehingga ke hari ini, terdapat hampir 35 premis perniagaan mengambli bahagian dengan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan. Dengan hanya membuat tempahan secara online di myCITTA.

Antara  premis perniagaan yang terlibat dalam myCITTA adalah seperti A slice of Heaven, Beans N Beans, Wingstop, Fruitlab, Peak Fitness, Ashley Furniture HomeStore, Canning Heritage, Gajahmada, House of Malaya, Penyet Express, A Beauty Secret Studio, A&W, Boozeat, Gadget C Store, Iyakimono, JOMLaksa, Manjakaki, Marrybrown, Mikey’s Pizza, Onde Onde, Para Thai, Tail & Fin, The Barn, Twinbow, Union Roastery, MaggyMe, Universal Noodle, Ying Ker Lou, Waroeng Penyet, Wrappe, Deli Wau, B Optique, and Julia Gabriel & Chiltern House Preschool.
Berita Baik!


Bersempena dengan pelancaran platform digital myCITTA pelanggan boleh menikmati beberapa tawaran promosi seperti di bawah : 

- Tawaran Diskaun RM5 off untuk setiap tempahan di myCITTA dengan memasukkan kod CITTA2U  (terhad untuk 100 pelanggan pertama sahaja) 

Diantara kedai-kedai yang terlibat dengan platform digital myCITTA ini. Faries tertarik dengan 3 kedai ini. Memang barang-barang ini yang Faries selalu cari kalau pergi ke pusat membeli-belah.hehehe

Gadget C Store


Buat para pecinta gadjet punya aksesori macam Faries korang boleh tengok barang-barang di Gadget C Store ini. Macam Faries memang sejenis sebulan sekali mesti tukar casing dan juga screen protector sebab asyik pecah je.hahaha.

Location:F-16 (First Floor)
Phone Number:016-307 4812
Homepage: https://www.facebook.com/gadgetcstore/
Opening Hours:10.00am to 10.00pm (daily)

                                               

Peak Fitness


Semenjak covid melanda, kondo dekat rumah dah tutup kepada orang ramai so rasa memang dah lama tak ke gym. Best juga boleh kesini dengan hanya buat appointment melalui myCITTA dan boleh datang terus.

Location: F26 - F28 (First Floor)
Phone Number: +603-7832 4895
Homepage: http://peakfitness.com.my/
Opening Hours: 6.30 am - 11.00 pm (Weekdays) 8.00 am - 10.00 pm (Weekends)


Fruitlab


Untuk korang yang sukakan buah-buahan juga boleh dapatkan daripada Fruitlab yang terletak di CITTA Mall ini juga. Faries pun memang sejenis minat semua jenis buah-buahan.hahahah. Kalau korang rasa teringin nak makan buah tu boleh on je app myCITTA tu dan order terus sampai kerumah korang.hehehe

Location:G-K03 (Ground Floor)
Homepage:https://www.facebook.com/myfruitlab/
Opening Hours:10.00am to 10.00pm (daily)



Cara-cara mengunakan aplikasi myCITTA 

1. Layari ke www.citta.com.my samada melalui pc ataupun telefon pintar.

2. Klik butang "Order Now" di ruang Best Sellers seksyen atau klik pada mana-mana logo premis perniagaan yang mengambil bahagian . 

3. Buat pilihan produk dan kuantiti ( add-ons jika ada ) dan klik ke "Add to Order"

4. Review semula senarai pembelian dengan klik pada ikon shopping cart , buat pilihan masa dan tarikh penghantaran dan isi kan butiran penghantaran yang di perlukan. 

5.  Selesai tempahan pembelian dan semak di kotak  ‘I understand and I’m ready to submit my order’ dan klik pada "Submit Order".

6. Lengkapkan pembayaran dan kita akan menerima pengesahan pembelian melalui WhatsApp dan tunggu lah penghantaran ke rumah. Senangkan dengan myCITTA ni. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari terus  ke  www.citta.com.my

Facebook