Thursday, October 15, 2020

Amazing Success Beri Peluang Untuk Kenali Personaliti Diri!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasa macam dah lama tidak bertemu wahai pembaca-pembaca sekalian. Hari ini Faries nak kongsi sedikit satu perkara yang Faries rasa sangat menarik. Soalan pertama yang  sebelum kita pergi jauh, Faries nak tanya korang semua. Sepanjang korang hidup, sejauh mana korang kenal diri korang? Susah tak soalan ni? Macam Faries sendiri pun masih tercari-cari personaliti diri yang sebenar. Nasib baru baru-baru ini Faries bertemu dengan orang hebat daripada satu organisasi yang dikenali sebagai Amazing Success. Nak tahu apa itu amazing success? Korang kena baca sampai abis taw.....

Untuk pengetahuan semua, darah juga merupakan salah satu tempat untuk korang kenal personaliti diri. Tapinya ianya terlalu umum. Kadang-kadang kita rasa tepat dengan apa yang sering kita lakukan dan kadang-kadang kita akan rasa bertentangan. Misalnya kajian kumpulan darah daripada Jepun mencadangkan bahawa kumpulan darah mempunyai kaitan dengan personaliti anda. Pada masa kini, bukan hanya Jepun menjalankan kajian mengenai fenomena ini. Sains menyimpulkan bahawa jenis darah mencerminkan bukan sahaja personaliti anda tetapi juga kesihatan anda dan kemungkinan anda mendapat penyakit tertentu.

Kenali Amazing Success

Amazing success merupakan sebuah organisasi yang berfungsi memberikan ilmu untuk kenali personaliti diri melalui Seminar. Korang pernah dengar tak pasal seminar ini. Bukan seminar biasa-biasa yang kita tengok orang selalu memekak dan juga buat pelbagai tarian atas pentas untuk menarik minat semata-mata. Amazing Success ini menggunakan teknologi dari negara Indonesia yang dibangunkan untuk mengenali kelebihan diri melalui peralatan yang dipanggil Amazing MK atau pun kata nama lain ialah Mesin Kecerdasan.

Amazing MK?

Apa itu mesin kecerdasan dan bagaimana ianya berfungsi?Keputusan daripada Amazing MK ni terbahagi kepada 5 sifat manusia yang telah dikaji iaitu Thinking, Sensing, Intuiting, Feeling dan Insting. Jadi setelah korang mengenali diri dan personaliti yang tersembunyi ini baru korang ditentukan cara dan bagaimana untuk mengembangkannya. Korang akan dikumpulkan mengikut result daripada mesin tesebut untuk memudahkan penyampaian oleh fasilitator yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini. Itu yang menjadikan seminar Amazing Success ini sangat unik dan lain daripada yang lain. Mereka mengajar cara berjaya bukan ikut cara fasilitator tapi mengikut kekuatan dan cara yang ada dalam diri korang sendiri.



Amazing Success ini bukan sahaja fokus kepada seminar untuk usahawan atau peniagaan ,merekaada banyak lagi cabang untuk dikembangkan. Tetapi kini benda yang paling penting terutama dimusim pandemik Covid-19 ini tatkala ramai dibuang kerja. Perniagaan adalah satu satu cara untuk orang ramai teruskan kehidupan. Antara seminar yang ditawarkan ialah  membina peniagaan, pengurusan kewangan dan juga saham. Almaklumlah sekarang ni kita diapit dengan kesempitan dalam keadaan pendamik yang melanda membuatkan ramai orang hilang pekerjaan dan mula nampak untuk berniaga dan juga mencari peluang lain dalam diri sendiri.


Di situ lah mereka Amazing Success ini membantu rakyat Malaysia berjaya. Walaupun cara ini masih terlalu baru di Malaysia tapi ia telah terbukti berkesan dalam membimbing ramai rakyat Malaysia untuk yakin diri dan menggunakan cara betul untuk berjaya. Sehingga hari ini sebanyak tiga kali seminar telah dijalankan di tiga lokasi berlainan iaitu di Desaru Johor, Puchong Selangor dan Kulai Johor. Seminar mereka selalu akan diadakan selama 2 hari 1 malam. Kalau korang nak tahu lebih lanjut dimana lagi seminar yang akan diadakan dan masa yang ditetapkan boleh layari laman Facebook Page Amazing Success.

Kata-kata terakhir ialah kejayaan bukan datang bergolek. Ye kita boleh berjaya dengan apa cara sekalipun tetapi kita kena ingat sekiranya kita gagal kita perlu berbalik semula kepada realiti dimana kita masih belum kenal diri kita. Faries akan menghadiri seminar Amazing Success tidak lama lagi dan tak sabar rasanya nak kongsi pengalaman dengan korang semua. Stay Tuned!