Thursday, September 3, 2020

Smart Rental Menawarkan Perkhidmatan Sewaan Kelengkapan IT Pada Harga Terendah dan Skim Lebih Mudah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....

Kelengkapan IT atau lebih dikenali dengan panggilan komputer sangat penting pada masa kini tidak kira untuk kegunaan syarikat, perniagaan mahupun individu. Semua urusan penyimpanan data, pencarian maklumat dan banyak lagi memerlukan komputer. Kos untuk membeli sebuah komputer juga agak tinggi sekiranya spesifikasi yang diperlukan harus memenuhi kesesuaian kegunaan komputer dan belum bercerita mengenai kos penyelengaraan ataupun pengendalian. Pilihan terakhir terutamanya bagi syarikat-syarikat baru atau usahawan mikro untuk mendapatkan akses keperluan IT ini adalah dengan SEWAAN. 


Seiring dengan krisis pandemic Covid-19 yang melanda seluruh negara pada masa kini membuatkan banyak syarikat mengalami kerugian dan terpaksa mengurangkan kos operasi mereka. Disini, Faries ingin memperkenalkan dekat korang semua satu syarikat penyewaan kelengkapan IT iaitu SMART RENTAL. Nak tahu apa yang best dan kenapa korang kena dapatkan perkhidmataan sewaan komputer daripada syarikat Smart Rental ini? Korang kena baca sampai habis.....

Untuk pengetahuan semua, Smart Rental sebuah syarikat sewaan kelengkapan komputer no 1 dan sebuah syarikat inovatif dengan penglibatan lebih daripada 20 tahun dalam membaik pulih, menyewa dan menjual peralatan IT. SMARTRENTAL memahami cabaran yang dihadapi oleh pemilik perniagaan dan telah memperkenalkan penyelesaian yang dan nampak lebih mudah dengan membantu mereka mendapatkan PC dan notebook tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi.

Berbalik kepada isu kos kelengkapan peralatan IT yang tinggi yang wajib  digunakan tak kira syarikat besar, kecil mahupun syarikat baru-baru. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, untuk membeli peralatan kelengkapan IT bagi kegunaan syarikat amatlah tidak sesuai dan pasti memerlukan wang tunai yang sangat banyak. Bagi pilihan sewaan pula untuk syarikat-syarikat baru, mereka memerlukan rekod kewangan yang baik untuk mendapatkan pinjaman kelengkapan peralatan IT. Sebab itu, Smart Rental merupakan salah satu pilihan terbaik. Antaranya ialah:

 Skim sewaan mudah dimana pengecualian dan kelonggaran diberikan bagi semakan kredit syarikat dan memudahkan semua syarikat untuk menggunakan perkhidmatan sewaan ini

 Penjimatan sehingga hampir 60% bagi kos pemasangan kelengkapan IT

Kejap bukan itu sahaja taw, Smart Rental memberikan kebebasan menggunakan peralatan it mereka tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak. Korang boleh menggunakan sebuah komputer atau laptop berspesifikasi tinggi dan sangat bagus dan hanya perlu membayar RM 68 sebulan. Fuhhh murahnya....



DESKTOP


LAPTOP

Korang boleh pilih jenis model dan brand yang korang nak. Berbaloi bukan? "Sebagai contoh sebuah syarikat start-up memerlukan 4 orang pekerja dan seorang pengurus maka 5 buah komputer diperlukan dan syarikat ini memilih sewaan bg sebuah komputer berharga RM 48. Syarikat hanya perlu membayar RM 240 sebulan untuk 5 buah komputer termasuk pemasangan percuma" Syarikat ini dapat jimat kos pembelian komputer yang boleh mencecah RM 10 ribu...

Testimoni Pengguna

Ini antara testimoni-testimoni pelanggan Smart Rental sendiri.



Kejap ada lagi, Smart Rental juga menawarkan perkhidmatan sewaan komputer untuk jangka masa pendek yang dipanggil sebagai 'Flexi Rental' dan juga istimewa untuk para student yang dikenali sebagai 'Student Pack'

Untuk maklumat lanjut, boleh layari terus ke 

atau hubungi 03-78904400

Email: info@smartrental.my

FACEBOOK

Smart Rental
17, Jalan Kuchai Maju 13,
Kuchai Entrepreneurs Park,
58100 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat : 10:00AM-7:00PM
Sabtu : 10:00AM-4:00PM
Ahad & Cuti Umum- Tutup

No comments: