Sunday, July 12, 2020

Restoran Sana Sini Antara Restoran Pilihan Terbaik Di Cyberjaya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Rasa macam dah lama sangat tak bersua, almaklumlah semua event dah dikurangkan akibat pandemic covid-19 kan. Sebenarnya nak cerita sikit, minggu lepas Faries sempat meluang masa bersama-sama kawan di salah sebuah restoran yang terletak di DPulze, Cyberjaya. Restoran ini dikenali dengan nama Restoran Sana Sini yang terletak di level Ground Floor Dpulze Mall Cyberjaya. Banyak nak kongsi dengan korang kenapa Faries dan kawan-kawan pilih tempat makan ni? Nak tahu lebih lanjut, korang baca sampai habis taw.hehehehe

Untuk pengetahuan korang, Restoran sana sini merupakan salah satu restoran pilihan pengunjung yang datang ke Cyberjaya ataupun ke Dpulze Shopping Centre ini. Disini, konsep yang ditawarkan pelbagai dengan menu-menu hampir 20++ jenis ditawarkan kepada para pengunjung.

Nasi Ayam 7 Adik Beradik

Salted Egg Chicken Wing
Spicy Szechuan Chicken Rice


Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop

Curry Laksa Noodle, Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom, Sizzling Ayam Bakar Rice, Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette, Pineapple Seafood Fried Rice, King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg, Claypot Beancurd With Vegetable, Butter Chicken With Egg Floss Rice, Classic Chicken Carbonara, Spaghetti Aglio Olio With Seafood, Fire Flame Cajun Chicken Chop, Black Papper Beef Rice, Sweet And Sour Fish Rice, Salted Egg Yolk Squid Rice, Sambal Prawn Rice, Butter Milk Chicken Rice



Kalau korang nak tahu, makanan kat sini pun tak kurang nice juga. Faries paling suka Salted Egg Chicken Wing dengan Spicy Szechuan Chicken Rice. Umphhh terukk weyh. Memang nak kena repeat. Bagi pilihan air pun tak kurang hebatnya, macam-macam air disediakan dekat sini taw..

Konsep restoran yang minimal dan sesuai untuk bergambar dengan hiasan dalaman restoran yang agak menarik.  Boleh la korang nk berOOTD bersama keluarga disini. Selain itu, korang ditawarkan popcorn dan aiskrim percuma disini. Korang boleh cuba bawa keluarga, kawan-kawan ataupun kekasih kesini.hehehe


Nak tahu lebih lanjut, Boleh ke laman Facebook atau IG Restoran Sana Sini seperti dibawah:



Restoran Sana-Sini
Lot Number: LG 01, 
DPULZE SHOPPING CENTRE, 
Persiaran Multimedia, 
Cyber 12, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor.



No comments: