Tuesday, April 28, 2020

KLEENSO Mengeluarkan Produk 99.9% Membunuh dan Membasmi Kuman Untuk Kesejateraan Anda Sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Dunia kini menghadapi krisis wabak penyakit berjangkit yang dipanggil sebagai Covid 19. Di Malaysia sendiri kita semua sudah hampir sebulan berada didalam perintah kewalan pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan. Alhamdullillah dah nampak hasilnya dan jangkitan wabak ini nampaknya sudah menunjukkan penurunan. Tahniah semua tapi kita semua belum menang dan sekiranya habisnya PKP ini kita harus hidup dengan norma baru dimana tahap kebersihan amat dititik beratkan. Baru-baru ini, Faries sempat membeli satu produk yang dikeluarkan oleh KLEENSO Malaysia iaitu KLEENSO Kills Germs Disinfectant. Nak tahu kebaikan produk ini korang kena baca entri ini sampai habis taw.....



Untuk pengetahuan semua, Kleenso Resources adalah sebuah syarikat pengeluar dan pengedar jenama Kleenso dan Pesso yang berpusat di Malaysia untuk penyelesaian pembersihan rumah dan penghalau perosak, produk penjagaan kereta dan barang-barang yang boleh guna eko. Ditubuhkan pada tahun 2003 dan kini syarikat ini mempunyai portfolio produk yang berkembang pesat, ditambah dengan rangkaian pengedaran yang luas. Produk dan penyelesaian Kleenso Resources dipasarkan di seluruh negara dan dieksport ke lebih dari 12 negara.

Kleenso Kills Germs Disinfection didatang dalam dua saiz iaitu 500m dan 4liter



Kleenso Kills Germs Disinfectant menggunakan Benzalkonium Chloride, sebatian kimia yang terbukti sangat berkesan terhadap semua jenis bakteria seperti E. Coli, Salmonella dan Listeria, serta kebanyakan virus termasuk campak, influenza dan rabies. Benzalkonium Chloride digunakan sebagai bahan aktif dalam penyelesaian pembersih permukaan yang dikembangkan oleh kebanyakan jenama komersial di seluruh dunia.

Korang mesti tertanya-tanya kenapa pentingnya pembersihan dan pembasmi kuman sepertu produk Kleenso ini? Kuman merujuk kepada bakteria mikroskopik, virus, kulat, dan protozoa yang boleh menyebabkan penyakit. Mereka aktif di kawasan dengan bahan organik, garam dan tanah yang kelihatan. Membersihkan dan membasmi kuman permukaan dapat menghilangkannya dengan berkesan, oleh itu mencegah dan mengurangkan penyebaran penyakit.


Cara kegunaan secara general Sapukan Kleenso Kills Germs Disinfectant dengan kain atau span secara langsung di permukaan yang dimaksudkan atau semburkan pembasmi kuman di permukaan. Biarkan permukaan terkena selama sepuluh minit, kemudian lap permukaan dengan kain lembap yang bersih. Korang juga boleh mengunakan Kleenso Kill Germs Disinfetant ini untuk membersihkan toilet, lantai, kain dan juga barang berbentuk makanan.


Sesetengah orang mungkin mengambil remeh tentang hal ini dan pasti ini merupakan langkah terbaik untuk korang lindungi diri serta ahli keluarga korang. Orang kata mencegah lebih baik daripada merawati.

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari terus ke,


Online Store: http://kleenso.my/


No comments: