Tuesday, March 3, 2020

Ramadhan Buffet 2020: 'Jom Ler Berbuka di RHR Hotel @ Uniten'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Rasanya baru sahaja kita melalui bulan yang mulia ini pada tahun lepas. Buat pembaca setia blog Faries korang mesti dah boleh agak posting-posting untuk bulan ramadhan kan? Menu-menu berbuka puasa la uolsss...hehehe. Rasanya tak terlalu awal sebab bulan puasa dalam sebulan lebih sahaja lagi taw... Dah tak nak bercakap panjang, nak cerita terus baru-baru ini Faries telah pergi ke preview buffet Ramadahan di RHR Hotel Uniten yang terletak di Bangi. Ini kali pertama Faries kesini dan teruja taw dengan makanan-makanan yang bakal ditawarkan disini....Nak tahu korang kena bacalah sampai habissss.....

Untuk pengetahuan semua RHR Hotel Uniten merupakan sebuah hotel yang terletak di dalam kampus di Universiti Tenaga Nasional yang terletak tidak jauh dikawasan Bangi, Putrajaya dan juga Kajang. Tahun ini, Hotel RHR Uniten mengambil kesempatan untuk menjamu para pelanggan dengan menu-menu yang disediakan bersempena bulan Ramadahan. Tema tahun ini agak istimewa dimana mereka menggunakan tema 'Jom Ler Berbuka' yang bermaksud menjemput semua merasai menu-menu yang dibawakan disini dan pasti memenuhi citarasa semua dan mempunyai keunikkan yang tersendiri.


Kalau korang boleh agak berapa jenis menu-menu yang bakal ditawarkan pada tahun 2020 ini? Jangan terkejut sebab hampir 150++ jenis menu untuk korang semua rasai pada bulan Ramadhan nanti taw. Mesti dah tak sabar nak tengok menu-menu yang disediakan... Jom kite tengok satu persatu:

Menu paling champion antaranya Sup Bro Aidil, Gulai Kawah Pak Suhaimi’s Asam Pedas Kepala Ikan, Masak Lemak Telur Itik dan paling popular Gulai Daging Tetel. Dan seterusnya menu Nasi Chef Hizrani dimakan bersama ‘Tempayan’ ayam bakar. Selain daripada itu,  Odeng Kambing Golek dan juga Shellout Station Anuar dimana kedua2 dikenali ramai. Berada di kawasan Kajang, tak sah kalau tak ada Satay Kajang .






 Untuk pilihan mee pula – Mee Ketam, Mee Kari, Mee Rebus termasuk Mee & Koay Teow Goreng Kuali. Ada lagi menu menarik antaranya Ikan Bakar Utara dan menu istimewa RHR iaitu Roti Kuali Leper.Bagi kanak-kanak pulak tak perlu risau sebab RHR menyediakan Pasta Carbonara & Bolognaise and menu lain yang sesuai untuk kanak-kanak dan sedap.. 

Harga

Bermula pada 25
April to 21 May 2020 ditawarkan  RM 75/Dewasa, 
RM 38/Kanak-kanak berumur 5
to 12 dan RM 38/Warga emas.

 Dapat harga Early Bird  –
RM55/Adult untuk penjitmatan terbaik! 


Jimat bukan? Korang jangan lepaskan peluang ini sebab memang recommend dengan makan-makanan yang ditawarkan disini. Selain itu juga, pelbagai kemudahan lain disediakan disini seperti hampir lebih 300 tempat letak kereta, ruangan solat yang selesa, tandas untuk lelaki dan wanita serta pengawal keselamatan. Kawasan hote RHR ini juga bersebelahan dengan Masjid UNITEN .


Nak tahu lebih lanjut, boleh layari terus ke



RHR Hotel Uniten
Kampus Putrajaya University Tenaga Nasional, 
KM7, Jalan Ikram-Uniten, 
43009 Kajang, Selangor