Tuesday, March 24, 2020

Bicara Kesihatan dan Kecantikan Bersama TOSCANA MEDI CLINIC di Swiss Garden Genting Highland

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap pasal kecantikan jer pasti ramai antara kita yang seronok sebab zaman kini kecantikan merupakan benda penting yang kita perlu terapkan. Dan untuk pengetahuan semua, kecantikan bukan sahaja perkataan sinonim untuk wanita, lelaki juga kini sudah mula menjaga penampilan luar dan dalam. Macam Faries sendiri kalau nak diukur mengenai soal kecantikan ni masih boleh dikatakan berada di peringkat pertengahan sebab masih menjaga soal kecantikan kulit muka, rambut dan sebagainya tapi tidak terlalu mendalam.hehehe. Baru-baru ini Faries telah menghadiri satu talk mengenai kesihatan dan kecantikan yang dianjurkan oleh Toscana Medi Clinic (TMC) di Swiss Garden, Genting Highland. Nak tahu apa intipati talk tersebut dan apa rawatan yang ditawarkan oleh TMC? Korang kena baca sampai abis.hehehe


Toscana Medi Clinic (TMC) adalah sebuah klinik estetik dan kesihatan. Matlamat utama klinik ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan penjagaan individu premium pada kadar harga yang berpatutan. TMC menyesuaikan rawatan khusus untuk keperluan anda. Toscana menawarkan kepada kebaikan untuk setiap orang dan keperluan antaranya kesihatan kulit, kontur badan, facelift, terapi peremajaan, anti penuaan, rawatan stemcell, pengurusan berat badan dan banyak lagi. TMC juga merupakan salah satu daripada 10 klinik estetik terbaik di Malaysia.

Jom kita lihat serba sedikit antara rawatan-rawatan yang ditawarkan di TMC ini. Kelengkapan mesin teknologi terkini membolehkan TMC menawarkan hampir 50 jenis rawatan. Antaranya ialah:

  • Fotona 4D Face Lifting
  • Fotona TightSculpting Laser Body Sculpting and Skin Tightening
  • Fotona Nightlase Snoring and Apnea Treatment
  • Fotona Intimalase Laser Vaginal Tightening
  • Fotona Incontilase Stress Urinary Incontinence Laser Treatment

FACE
BODY
MALE
Fractional Laser Resurfacing
Chemical Peel
Botox®
Platelet Rich Plasma (PRP)
Skin Conditions
Carbon Peel Laser
Dermal Fillers
UV Photoprotection
Platelet Rich Plasma (PRP)
Skin Conditions
Hair Regrowth
Laser Hair Removal
Weight Management
UV Photoprotection
Dermal Fillers
Tattoo Laser Removal
General Medical Care
Botox® for Hyperhidrosis
Male Hormone Replacement Therapy
Dermal Fillers
Chemical Peel
Hair Regrowth
Botox® for Hyperhidrosis
Carbon Peel Laser
UV Photoprotection
Weight Management
Botox®
Tattoo Laser Removal

Masalah Berdengkur & Kecantikan dan Kesihatan 



Berbalik kepada bicara kesihatan yang telah diadakan di Swiss Garden Hotel, Genting Highland. Topik yang dibicarakan pada hari tersebut ialah mengenai Snoring @ Berdengkur serta Soal Kecantikan dan Kesihatan. Dr Lashela A/P Dharmadass merupakan Doktor didalam bidang kecantikan dan merupakan Direktor Toscana Medi Clinic sendiri. Beliau banyak berkongsi mengenai tips dan cara mengatasi masalah-masalah kecantikan dan kesihatan daripada dalaman dan luaran.

Masalah berdengkur ini merupakan masalah serius taw. Dr Lashela berkongsi ramai pasangan mengadu masalah berdengkur boleh menjadikan isu rumah tangga atau hubungan mempunyai masalah. Faries pun sedar yang kadang-kadang kalau terlalu letih tidur pun mengeluarkan bunyi. Selain itu, faktor meningkatnya umur juga menyebabkan dengkur ini terjadi. Dr Lashela juga turut menyarankan rawatan laser yang boleh dilakukan di TMC dan boleh membantu mengurangkan dan menghilangkan masalah berdengkur ini.


Mengenai masalah kecantikan dan kesihatan pula, macam-macam isu dan pastinya setiap orang mengalami masalah berbeza-beza. Bagi lelaki pula untuk kesihatan kulit perlu dititik beratkan sebab kulit lelaki seperti semua sedia maklum kulit lelaki lebih tebal daripada kulit wanita. Jadi penjagaan tu wajib bagi mengelakkan kulit tak sekata, berminyak, berjeragat dan sebagainya.

Jom korang tunggu apa lagi. Banyak masalah nak kongi dan nak tahu korang boleh je terus ke TMC. Konsultasi free taw. Nak cantik kena berusaha sikit. huhuhu

Bagi pertanyaan lanjut, boleh layari dan hubungi ke





Toscana Medi Clinic (TMC)
Unit 01 & 02, Level G4, Block D5, 
Solaris Dutamas (Publika), 
No. 1, Jalan Dutamas 1, 
50480 Kuala Lumpur, Malaysia