Sunday, February 23, 2020

Pelancaran Butik Haqqi di Cawangan Bangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Siapa yang pernah baca blog Faries pasti pernah baca posting mengenai Butik Haqqi yang Faries. Rasanya ada 4 pasang koleksi daripada butik ini masih disimpan rapi dan masih selesa dipakai. Baru-baru ini, Butik Haqqi merasmikan cawangan mereka yang terbaru di Bangi, Selangor... 

Untuk pengetahuan semua, Haqqi merupakan butik pakaian yang menawarkan dan menjual kelengkapan Haji dan Umrah serta pakaian yang berfesyen islamik bagi lelaki dan wanita. Butik Haqqi bekerjasama dengan Koperasi Tabung Haji sentiasa melakar langkah dari semasa ke semasa bagi membangunkan haqqi dan kini butik ini sudah mempunyai 4 cawangan keseluruhannya iaitu Shah Alam, TTDI, Terengganu dan Bangi....



Apa yang menariknya lagi, Butik Haqqi cawangan Bangi ini bakal diuruskan oleh Dr Fitri Haris yang merupakan model pakaian Haqqi dan juga bekas peserta Gema Gegar Vaganza(GGV) yang pernah ditayangkan di sebuah stesen TV tidak lama dahulu. Melalui ucapan beliau semasa upacara perasmian Butik Haqqi ini, beliau ingin memberikan yang terbaik kepada bukan sahaja kepada jenama haqqi tetapi untuk semua pelanggan setia Haqqi. 

Kalau korang nak tahu, butik Haqqi menawarkan kelengkapan haji dan umrah antaranya

KELENGKAPAN LELAKI


Kain Ihram/Cawat Ihram/Jubah/Kurta/T-shirt Haji/Seluar Haji/Tasbih/Tali Pinggang Haji/Sejadah MiniBuku Panduan Haji/Umrah/Buku Buku Doa & Solat/Kometik /Botol/SprayWudhu/Penapis Hidung/Bantal Angin/Kasut Haji/Uncang Kasut & Batu

KELENGKAPAN WANITA

Telekung/Jubah/Jubah Seluar/T-shirt Haji/Seluar Haji/Tasbih/Tali Pinggang Haji/Sejadah Mini/Sarung Kaki dan Sarung Tangan/Buku Panduan Haji/Umrah/Buku Buku Doa & Solat/Kometik  /Botol/SprayWudhu/Penapis Hidung/Bantal Angin/Kasut Haji/Uncang Kasut & Batu


Apa tunggu lagi, bulan puasa pun bakal berkunjung tiba, buat orang-orang Bangi, Kajang, Putrajaya dan sewaktu dengannya korang memang wajib ke Butik Haqqi ini sebab pelbagai jenis baju yang mempunyai rekaan terkini dan memenuhi tuntutan syariah pada harga terendah..

Nak tahu lebih lanjut korang boleh layari terus ke,


Email: info@haqqi.com.my


Butik Haqqi Bangi
8-23, 01, Jln Medan Pusat Bandar 7A,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor

1 comment:

Nas Nuri Construction (Dawaibesi.com) said...

Assalamualaikum Tuan Farees, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200



Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100



Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50



Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.