Tuesday, February 4, 2020

Kempen Beli Barangan Tempatan | Jenama SWAG,MISMIS & Blossom Dibawakan Oleh Tesco Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....


Bila bercakap menegenai barang tempatan@lokal, rata-rata akan memberikan gambaran yang kurang senang. Faries boleh cakap ini merupakan persepsi dulu. Korang pasti terkejut dengan perubahan yang diambil oleh ushawan-usahawan IKS untuk keluar daripada kepompong lama. Hujung minggu lalu, Faries berkunjung ke Tesco Extra Kajang dan sempat singgat ke booth-booth produk keluaran tempatan yang kini dipasarkan di pasaraya Tesco seluruh Malaysia...


Untuk pengetahuan semua, Pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) pada tahun ini adalah lanjutan daripada tahun 2019 dengan kepelbagaian strategi dan mekanisma untuk memperkenalkan produk -produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan ke dalam sektor peruncitan melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat peruncitan utama negara ini, sehingga produk-produk tempatan ini mampu menembusi pasaran hypermarket, pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh negara. Program kempen beli barangan tempatan ini adalah usaha daripada pihak Kementerian Perdangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK).



Pihak Tesco Malaysia yang telah memberikan komitmen dalam membantu menjayakan inisiatif KBBM ini di mana Tesco Malaysia telah banyak membantu memberikan laluan dan tempat kepada usahawan-usahawan PKS tempatan di enam puluh (60) buah outlet Tesco di seluruh negara. Pada pelancaran hari ini juga, sejumlah 13 syarikat PKS baru telah diberi peluang untuk disenaraikan di Tesco dengan dikecualikan daripada dikenakan yuran penyenaraian (Listing Fee). 

Antara syarikat-syarikat IKS yang menyertai kempen ini, 3 buah syarikat IKS iaitu SWAG,Blossom dan MisMis yang Faries rasakan produk-produk yang dijual agak menarik dan nampak sangat berkualiti dan setanding dengan produk-produk antarabangsa.. Nak tahu apa yang menarik tentang produk-produk ini, korang boleh lihat dibawah:

SWAG- Pengayaan Rambut


Jenama SWAG iaitu produk rangkaian penjagaan yang lengkap untuk para lelaki di luar sana. Jom kite lihat rangakain produk daripada jenama SWAG ini.



Bagi variasi Pomade, SWAG menawarkan4 jenis pilihan, iaitu ‘Boss’, ‘Focus’, ‘Energy’ dan ‘Million’. Setiap jenis mempunyai fungsi dan bahan berbeza mengikut gaya dan citarasa pengguna. Yang paling menarik disini ialah Pomade jenis Boss dan Focus salah satu mengandungi bahan semulajadi iaitu  Argan Oil dan Olive Oil dan masih waterbased ye. Kebaikan dua-dua bahan-bahan ini rata korang dah tahu kan memang terbaik. Tidak lupa juga benda yang paling menarik Faries rasa dimana SWAG menghasilkan Pomade jenis cecair. Serius best pakai jenis ni.Korang kena cuba taw..




Untuk pengtahuan semua, kandungan berat bersih 120g bagi produk pomade berharga RM28.00, ianya adalah antara harga yg murah dan mampu milik untuk semua. Manakala bagi produk clay 80g dijual pada harga RM19.90 dan Liquid Pomade 200g hanya berharga RM19.90 sahaja. Dengan penggunaan normal setiap produk mampu bertahan selama 4 minggu dan ianya amat berbaloi!


Selain daripada itu, SWAG mengeluarkan Untuk memastikan kaum lelaki juga tampil bergaya dan kemas, Sakura Industries memperkenalkan pomade dalam bentuk gel dan cecair dan juga clay.
Founder: En Rozailmee
+60 12-435 6003



MISMIS- Rangkaian Produk Penjagaan GIGI

Produk IKS seterusnya ialah produk penjagaan gigi daripada MisMis atau nama sebenarnya Make It Smile. Faries sangat tertarik dengan rangkaian produk ini dimana kalau korang boleh lihat melalui packaging sahaja dah mengambarkan produk ini setanding dengan jenama produk antarabangsa yang menghasilkan produk penjagaan gigi.Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang diguna pakai bukan biasa-biasa taw dimana ubat gigi yang dihasilkan mengandungi bahan-bahan semulajadi iaitu esktrak KOKO dan cengkih dimana memberikan kebaikan berpanjangan...

Kalau korang nak tahu, NFA Technologies Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik, mengeluar dan memasarkan ubat gigi dan produk penjagaan mulut yang berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya bersama bahan herba semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun. Ianya mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga, untuk semua peringkat umur dari kanak kanak sehingga dewasa.


Founder: Pn Wanie Nordin
+60 12-941 0528



BLOSSOM-Produk Penjagaan Kulit

Produk Blossom daripada Asianic merupakan produk penjagaan kulit yang sudah pasti halal dan keluarkan oleh IKS tempatan.. Apa yang best tentang produk ini ialah terdiri daripada 4 variasi losyen tangan dan badan bersaiz 500ml iaitu limau tangerin (Tangerine), Betik (Papaya), Buah Zaiton (Olive Oil) dan juga Ros (Rose). Diformulasikan dari bahan bahan terpilih dan bermutu tinggi bagi memberikan kesan yang optima pada kulit. Diformulasikan dari bahan bahan semulajadi ianya juga sesuai untuk kesihatan kulit. Juga terdapat krim khas tangan Blossom 50ml yang mudah dibawa kemana-kemana kerana sizenya compak dan kecil.

Bab penjagaan kulit ini pada masa kini bukan hanya untuk perempuan malah lelaki pun dah mengambil berat tentang penjagaan kulit ini. Produk keluaran Blossom ini bukan sahaja dapat melembutkan kulit, tetapi aromanya yang semulajadi dan tekstur lembut pembuatan Blossom pasti akan membuat anda merasa sentiasa segar dan berkeyakinan sepanjang hari.



Founder: Pn Leny Adam
+6019 265 6687

www.wonderlandprimary.com



Jom ramai-ramai dapatkan produk-produk ini di Tesco berdekatan dengan tempat tinggal anda! Kalau bukan kita sendiri yang sokong produk keluaran tempatan siapa lagi. 


15 comments:

Ezna Khalili said...

Jom beli barangan tempatan. Kena sokong la beli barang buatan tempatan. Nak pergi cari la jenama ni kat tesco.

Rawlins GLAM said...

Bestnya pakai Swag tu - lembut je rasa rambut. Mismis tu buat mulut wangi dan segar - I like! Segala bagai lotion dah bagi kat mak sebab dia banyak pakai lotion hahaha

Farhana Jafri said...

cantik packaging SWAG, betul2 melambangkan nama brand, nampak stylish dan trendy. Comel nama produk Mismis, nanti boleh usha tesco kot jadi pengguna setia lepas ni

Cik Min said...

Bagus bila produk tempatan setanding produk dari luar. Dah la packaging pun menarik!

rahimah said...

Semakin banyak produk keluaran tempatan sekarang.. Bagus untuk kita sebagai pengguna, banyak pilihan dan senang nak dapat.. Skrg ada di Tesco. jom Support barangan tempatan.

Siti Awadah said...

1st time nampak ni.. boleh beli kasi kat anak bujang. nanti nak gi cari kat Tesco =D beli bnyk2 buat hadiah pun ok ni

Bella Jamal said...

Wow awak namak Swag la! Sis suka bau pomade. Tambah-tabah bila bf pakai pomade wangi. Hehe. Baguslah utamakan produk buatan Malaysia. Kudos!

cc kak fas said...

Bagus la TESCO dah terima masuk produk tempatan. Boleh lah pengusaha yg ada produk sendiri cuba masukkan dalam pasaran membeli-belah terbesar ni.

miedaJaz said...

Boleh beli untuk.anak teruna nie ..dia suka sangat Promade tue :))

Mawardi Yunus said...

tak sangka betul semua jenama tu adalah jenama tempatan ya. nampak international sangat. bangga dengan diorang2 ni.

Nadia Johari said...

Bungkusan dia macam international..Asianic nad pernh pakai, memnag best..mismis dengan pomade laki tu baru nampak haritu..senang la kalau ade dekat tesco

Alia Farhan said...

Akak suka tgk packaging dia... Sangat wow.. Dan setanding produk2 dr oversea sana kan.. Giid job yg buat produk2 ni

RAIHANAH AHMAD said...

hebat2 semuanya, tahniah rakyat kita yang sangat creative hasilkan produk2 ni. all the ebest ye

Emi said...

Mismis. Comelnya nama jenama pun, hehe. First time dengar pasal jenama ni.

monyet said...


AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)