Friday, October 16, 2020

Eat Sushi Sunway Giza Menawarkan Pelbagai Jenis Sushi Pada Harga Berbaloi!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Siapa dekat sini peminat tegar Sushi? Angkat tangan sebab kita boleh geng.hehehe. Kalau korang nak tahu, Faries dulu paling tak suka sushi tapi setelah dipaksa makan oleh kawan baik sendiri 2 tahun lepas terus jadi jatuh cinta. Kalau boleh seminggu tu mesti ada 1 kali makan sushi.hahaha. Kalau korang ada masalah sama mcm Faries. Korang patot cuba dulu. Panjang pulak membebelkan.Sebenarnya Faries nak bagitahu yang Faries dah jumpa tempat makan sushi yang paling nyummmm iaitu di Eat Sushi Sunway Giza. Korang nak tahu tak apa yang bestnya sushi-sushi kat sini? Korang kena baca sampai habis la kan.heheheh

Thursday, October 15, 2020

Amazing Success Beri Peluang Untuk Kenali Personaliti Diri!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasa macam dah lama tidak bertemu wahai pembaca-pembaca sekalian. Hari ini Faries nak kongsi sedikit satu perkara yang Faries rasa sangat menarik. Soalan pertama yang  sebelum kita pergi jauh, Faries nak tanya korang semua. Sepanjang korang hidup, sejauh mana korang kenal diri korang? Susah tak soalan ni? Macam Faries sendiri pun masih tercari-cari personaliti diri yang sebenar. Nasib baru baru-baru ini Faries bertemu dengan orang hebat daripada satu organisasi yang dikenali sebagai Amazing Success. Nak tahu apa itu amazing success? Korang kena baca sampai abis taw.....

Sunday, September 20, 2020

Mencuba Rawatan Dual Yellow Laser di Klink Dr Chong - Skin and Laser Center, Kepong

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasa macam dah lama tak manjakan kulit muka almaklumlah sibuk dengan kerja dan urusan hari-hari. Faries rasa kali terakhir buat rawatan muka pada pertengahan tahun lepas. Dan korang pun tahu yang lelaki biasalah tidak menitik beratkan sangat pasal penjagaan kulit walaupun Faries boleh dikategorikan sebagai lelaki metroseksual tetapi bab penjagaan kulit ni memang liat sikit. Tapi kalau dah ada tumbuh jerawat atau parut mulalah tak senang duduk.hahaha. Ok macam dah panjang sangat je kan membebel, sebenarnya nak bagitahu yang Faries baru sahaja mendapatkan rawatan laser di Dr Chong Klinik yang terletak di Kepong. Nak tahu Faries buat rawatan apa dan review Faries? Korang kena baca entri ni sampai habis.....

Thursday, September 10, 2020

Shopee 9.9 Super Shopping Day- 12 Juta Barang Dijual Dalam Sejam Pertama!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....


Shopee, platform e-dagang no.1 Malaysia, menyempurnakan 9.9 Super Shopping Day yang paling berjaya setakat ini. Dikuasai oleh ekosistem Shopee yang kukuh, 9.9 Super Shopping Day membawakan hiburan dan tawaran membeli-belah yang hebat kepada pengguna dan mempercepatkan pemulihan ekonomi untuk para penjual dan rakan jenama, dengan lebih 12 juta barangan dijual dalam sejam pertama pada 9 September.

Shopee menunaikan tiga komitmen untuk 9.9 Super Shopping Day di rantau ini

9.9 Super Shopping Day merupakan batu loncatan bagi pemulihan ekonomi kerana para penjual dan rakan jenama di rantau ini memaksimumkan keterlihatan dan jualan mereka di Shopee. Jenama dan penjual yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut menikmati peningkatan jualan, dengan 700,000 produk dijual dalam seminit pada kemuncak 9 September. 

Thursday, September 3, 2020

Smart Rental Menawarkan Perkhidmatan Sewaan Kelengkapan IT Pada Harga Terendah dan Skim Lebih Mudah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....

Kelengkapan IT atau lebih dikenali dengan panggilan komputer sangat penting pada masa kini tidak kira untuk kegunaan syarikat, perniagaan mahupun individu. Semua urusan penyimpanan data, pencarian maklumat dan banyak lagi memerlukan komputer. Kos untuk membeli sebuah komputer juga agak tinggi sekiranya spesifikasi yang diperlukan harus memenuhi kesesuaian kegunaan komputer dan belum bercerita mengenai kos penyelengaraan ataupun pengendalian. Pilihan terakhir terutamanya bagi syarikat-syarikat baru atau usahawan mikro untuk mendapatkan akses keperluan IT ini adalah dengan SEWAAN. 

Thursday, August 20, 2020

Sunway Lagoon dan Sunway University Bekerjasama dalam Melakukan Kajian Kehidupan SunBear.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini Faries berkesempatan menyertai majlis pelancaran terokai kehidupan Beruang Matahari (Sun Bear) hasil kerjasama Sunway Lagoon dan juga Sunway University. Kedua-dua pihak berkolaborasi dan terokai peluang pendidikan di Malaysia. Siapa yang tak kenal SunBear? Dekat Sunway Lagoon ada habitat ini. Nak tahu lebih lanjut berkenaan kajian ini? Jom baca sampai habis....

Wakil daripada Sunway Lagoon pada majlis ini yang diadakan di Sunway Lagoon, adalah Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks. Mewakili Universiti Sunway pada majlis itu ialah Dr. Elizabeth Lee, Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Education Group. Turut hadir ialah Profesor Madya Dr. Shyamala Ratnayeke, Jabatan Sains Biologi. Profesor Madya Dr. Shyamala Ratnayeke berpengalaman dalam bidang kajian ekologi dan pemuliharaan tropikamamalia dan biologi spesies invasif. Pada tahun 2002, dia mendapat Penyelidikan AntarabangsaAnugerah Fellowship dari Yayasan Sains Nasional AS untuk menjalankan penyelidikan karnivor liar di Sri Lanka, termasuk kajian perintis mengenai beruang sloth. Dia mula bekerja didalam bidan ekologi semenjak menyertai Sunway University.

Thursday, August 13, 2020

Dr Alice Ageless Medispa Menawarkan Rawatan Shine Bright Bagi Mencerahkan dan Glowingkan Kulit Muka

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua....

Bila bercakap soal kecantikan pasti ramai yang tertarik terutama golongan wanita tapi kini golongan lelaki pun sudah ramai yang mula menjada penampilan diri dan mengamalkan penjaan diri terutama kulit wajah. Korang percaya tak yang penampilan diri come first bila orang lihat korang. Sebab tu penjagaan kulit wajah dan diri sangat penting. Faries dulu pun jenis tak kesah tapi sejak meningkat umur rasa kulit wajah dah perlu penjagaan yang lebih rapi. Eh macam dah panjang sangat bercerita dan sebenarnya nak cerita baru- baru ini Faries telah pergi sendiri melihat rawatan di salah satu klinik Aestetik terkenal iaitu Dr Alice Ageless Medispa yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar Baru, Kuala Lumpur. Kalau korang nak tahu apa rawatan apa yang ditawarkan disini, korang kena baca sampai habis....

Wednesday, August 12, 2020

PGMall Merupakan Platform E-Commerce Terbaik No 1 di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bila bercakap soal shopping semua pasti tertarik dan suka bukan? Dengan adanya teknologi sekarang, semua benda semudah satu klik sahaja di telefon pintar masing-masing. Faries sendiri sangat suka shopping online sebab mudah dan banyak pilihan serta jimat masa. Sepanjang kita berada dalam fasa sukar ini, shopping online merupakan salah satu tempat untuk kita hilangkan stress. Tak beli tak pe yang penting boleh lihat-lihat dulu.hehehe. Eh rasa macam dah panjang sangat membebel. Faries sebenarnya nak kongsi platform e-commerce terbaru dan best iaitu PGMall.My. Nak tahu apa yang ada dekat PGMall? Jom teruskan membaca....

Sunday, July 12, 2020

Restoran Sana Sini Antara Restoran Pilihan Terbaik Di Cyberjaya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Rasa macam dah lama sangat tak bersua, almaklumlah semua event dah dikurangkan akibat pandemic covid-19 kan. Sebenarnya nak cerita sikit, minggu lepas Faries sempat meluang masa bersama-sama kawan di salah sebuah restoran yang terletak di DPulze, Cyberjaya. Restoran ini dikenali dengan nama Restoran Sana Sini yang terletak di level Ground Floor Dpulze Mall Cyberjaya. Banyak nak kongsi dengan korang kenapa Faries dan kawan-kawan pilih tempat makan ni? Nak tahu lebih lanjut, korang baca sampai habis taw.hehehehe

Sunday, June 21, 2020

Hotel Maya Kuala Lumpur Memberikan Pengalaman Menikmati Hidangan Makanan Di Norma Baru Ini...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Setelah sekian lama tidak bersua kini Faries kembali lagi. Hampir 3 bulan kita semua menjalani norma baru akibat daripada wabak covid- 19 yang melanda seluruh dunia. Alhamdulillah, Malaysia kini berada di fasa pemulihan dan berharap ada sinar untuk kita semua bebas melakukan aktiviti-aktiviti seperti sedia kala. Macam biasa Faries ada benda nak kongsi dengan korang semua pengalaman Faries menikmati hidangan di Hotel Maya Kuala Lumpur dengan gaya terkini dan yang penting mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Korang nak tahu menu-menu yang menarik yang ditawarkan di Hotel Maya ini? Jom baca sampai habissss....



Tuesday, April 28, 2020

KLEENSO Mengeluarkan Produk 99.9% Membunuh dan Membasmi Kuman Untuk Kesejateraan Anda Sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Dunia kini menghadapi krisis wabak penyakit berjangkit yang dipanggil sebagai Covid 19. Di Malaysia sendiri kita semua sudah hampir sebulan berada didalam perintah kewalan pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan. Alhamdullillah dah nampak hasilnya dan jangkitan wabak ini nampaknya sudah menunjukkan penurunan. Tahniah semua tapi kita semua belum menang dan sekiranya habisnya PKP ini kita harus hidup dengan norma baru dimana tahap kebersihan amat dititik beratkan. Baru-baru ini, Faries sempat membeli satu produk yang dikeluarkan oleh KLEENSO Malaysia iaitu KLEENSO Kills Germs Disinfectant. Nak tahu kebaikan produk ini korang kena baca entri ini sampai habis taw.....

Tuesday, March 24, 2020

Bicara Kesihatan dan Kecantikan Bersama TOSCANA MEDI CLINIC di Swiss Garden Genting Highland

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap pasal kecantikan jer pasti ramai antara kita yang seronok sebab zaman kini kecantikan merupakan benda penting yang kita perlu terapkan. Dan untuk pengetahuan semua, kecantikan bukan sahaja perkataan sinonim untuk wanita, lelaki juga kini sudah mula menjaga penampilan luar dan dalam. Macam Faries sendiri kalau nak diukur mengenai soal kecantikan ni masih boleh dikatakan berada di peringkat pertengahan sebab masih menjaga soal kecantikan kulit muka, rambut dan sebagainya tapi tidak terlalu mendalam.hehehe. Baru-baru ini Faries telah menghadiri satu talk mengenai kesihatan dan kecantikan yang dianjurkan oleh Toscana Medi Clinic (TMC) di Swiss Garden, Genting Highland. Nak tahu apa intipati talk tersebut dan apa rawatan yang ditawarkan oleh TMC? Korang kena baca sampai abis.hehehe

Sunday, March 22, 2020

Ramadhan Buffet 2020: Sajian Warisan Budaya Citarasa Yang Ditawarkan Di Swiss Garden Genting Highland

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bulan ramadhan yang penuh berkat akan berkunjung tiba tidak lama lagi. Korang dah tak sabar nak menjalani bulan ramadhan pada tahun ini? Hari ini Faries nak kongsi dengan korang semua tempat berbuka puasa ala-ala suasana sejuk nun jauh disana di Swiss Garden, Genting Highland.hehehe. Kalau korang nak menginap sekali korang boleh baca entri Faries mengenai pengalaman Faries menginap disana. Klik Sini. Jom kite tengok menu apa yang menarik ditawarkan disini....

Saturday, March 21, 2020

Pengalaman Menginap 3 Hari 2 Malam di Swiss Garden, Hotel & Residence, Genting Highland..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Cuti sekolah hampir berakhir tatkala kita semua rakyat Malaysia berada didalam perintah kawalan pergerakan disebabkan wabak pendemik Covid-19 ini. Semoga kita semua baik-baik sahaja dan pastikan cuci tangan bersih dan sentiasa membawa hand sanitizer kemana sahaja. Ingatkan sempena dengan cuti sekolah ini nak kongsi tempat penginapan menarik yang Faries telah pergi baru-baru ini iaitu di Swiss Garden, Hotel & Residence, Genting Highland. Tak apa korang boleh pergi nanti bawa anak-anak, kawan-kawan. keluarga selepas keadaan ini reda..

Untuk pengetahuan semua. Swiss Garden, Hotel & Residence, Genting Highland ini terletak di tidak jauh daripada Puncak Genting Highlands yang sibuk dan selain itu hotel berada di lokasi utama tanpa terhalang oleh kesibukan bandar dengan pelbagai kemudahan gaya hidup dan persekitaran yang ideal dengan udara segar dan iklim gunung 19 ° C - 25 ° C . Hotel ini baru sahaja beroperasi tahun lepas dan boleh kata serba lengkap dan baru.

Friday, March 20, 2020

D'Salai By Felda D'Saji Menawarkan Penghantaran Makanan Terus Kerumah Sempena Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sudah sedia maklum kini seluruh Malaysia dibawah Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 March 2020. Harini merupakan hari kedua perintah kawalan ini dikuat kuasa sejak semalam. Rakyat dibenarkan keluar hanya dengan tujuan-tujuan tertentu. Korang nak keluar ke? Tak takot risiki penyakit Covid 19? Faham korang pening nak makan apa dekat rumah kan? Jom nak bagitahu korang semua D'Salai by Felda D'Saji menawarkan penghantaran makanan yang sudah pasti sedap-sedap belaka terus kedepan pintu rumah anda...

Monday, March 16, 2020

AmLife Meraikan Hari Tidur Sedunia 2020 Dengan Tema 'Menambah Baik Tidur, kehidupan, Bumi"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bila bercakap mengenai tidur pasti ramai yang mempunyai masalah tidur yang mencukupi ataupun tidur yang nyaman. Seperti yang sudah sedia maklum, untuk mendapatkan tidur yang cukup kita mesti tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap hari. Baru-baru ini, Faries telah hadir ke satu pameran yang dianjurkan oleh AmLife International Sdn. Bhd bertempat di Palace of the Golden Horses. Ini merupakan tahun ke-5 mereka meraikan sambutan Hari Tidur Sedunia 2020 dengan tema "Menambah Baik Tidur, Kehidupan,  Planet"("Better Sleep, Better Life, Better Planet"). Nak tahu yang menarik mengenai pameran ini? Korang kena baca sampai abis...

Saturday, March 14, 2020

Jom Ketahui Cara Melaksanakan Tanggungjawab Membayar Cukai Sebagai Influencer Sosial Media...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Korang sedar atau tidak dimana fungsi "Influencer" atau kita boleh panggil sebagai personaliti sosial media kini tidak asing lagi. Rata-rata golongan remaja lebih mengenali influencer yang mereka minati lebih daripada artis-artis yang sering bermain di kaca TV. Malahan ramai influencer lebih ramai dikenali atau boleh dikatakan setanding dengan artis-artis. Kalau korang nak tahu influencer ini menjana duit daripada iklan, gambar yang dipromosikan di akaun sosial media masing-masing. Pendapatan tu korang boleh faham-fahamlah dan lagi ramai pengikut lagi banyak income.hehehe. Faries sebagai blogger pun kadangkala ditawarkan job untuk mempromosikan sesuatu barang atau perkhidmatan. Okey korang sebagai influencer korang sedar tak korang sebenarnya perlu menunaikan tanggunjawab membayar cukai? Jangan risau sebenarnya banyak kebaikan untuk korang mengistiyarkan pendapatan yang korang jana... Nak tahu jom baca sampai habis....

Monday, March 9, 2020

Ramadhan Buffet 2020: Villa Istana Melaka Menawarkan Citarasa Sajian 5 Bintang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sebelum kite pergi lebih jauh, jom kite lihat serba sedikit mengenai tempat ini.Villa Istana adalah kediaman mewah eksklusif dengan rawatan diraja, yang menawarkan pengalaman bercuti muktamad di Melaka, Kota Bersejarah Malaysia.Terletak jauh dari bandar yang padat di pinggir bandar moden di Ayer Keroh, Villa Istana menawarkan 6 suite yang indah dan setiap suite dilengkapi secara eksklusif dan dilengkapi eksklusif untuk kesenangan anda. 'Kolam renang unik yang direka bentuknya sangat menarik kerana tidak mempunyai berenang dengan keluarga dan rakan-rakan.


Sunday, March 8, 2020

Ramadhan Buffet 2020: "Jom Iftar@Chatz Brasserie" PARKROYAL Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini Faries telah hadir ke majlis preview Buffet Ramadhan istimewa di Chatz Besserie di PARKROYAL Hotel Kuala Lumpur. Macam-macam menu best yang Faries nak share dengan pembaca-baca semua. Jom kite baca sampai habis...

Ramadhan Buffet 2020: "Santapan Kasih Juadah Mesra" di Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Memandangkan bulan ramadhan bagi tahun 2020 akan tiba tak lama sahaja lagi. Ramai orang berpusu-pusu menawarkan ramadhan buffet al maklumlah kadang-kadang berbuka puasa dirumah bosan juga. Baru-baru ini, Faries dan kawan-kawan telah dijemput ke majlis preview buffet Ramadhan di Hotel Grand Campbell Kuala Lumpur. Nak tahu apa yang menariknya menu-menu dan sudah tentu harga kan. Korang kena baca sampai habis...

Tuesday, March 3, 2020

Ramadhan Buffet 2020: 'Jom Ler Berbuka di RHR Hotel @ Uniten'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Rasanya baru sahaja kita melalui bulan yang mulia ini pada tahun lepas. Buat pembaca setia blog Faries korang mesti dah boleh agak posting-posting untuk bulan ramadhan kan? Menu-menu berbuka puasa la uolsss...hehehe. Rasanya tak terlalu awal sebab bulan puasa dalam sebulan lebih sahaja lagi taw... Dah tak nak bercakap panjang, nak cerita terus baru-baru ini Faries telah pergi ke preview buffet Ramadahan di RHR Hotel Uniten yang terletak di Bangi. Ini kali pertama Faries kesini dan teruja taw dengan makanan-makanan yang bakal ditawarkan disini....Nak tahu korang kena bacalah sampai habissss.....

Untuk pengetahuan semua RHR Hotel Uniten merupakan sebuah hotel yang terletak di dalam kampus di Universiti Tenaga Nasional yang terletak tidak jauh dikawasan Bangi, Putrajaya dan juga Kajang. Tahun ini, Hotel RHR Uniten mengambil kesempatan untuk menjamu para pelanggan dengan menu-menu yang disediakan bersempena bulan Ramadahan. Tema tahun ini agak istimewa dimana mereka menggunakan tema 'Jom Ler Berbuka' yang bermaksud menjemput semua merasai menu-menu yang dibawakan disini dan pasti memenuhi citarasa semua dan mempunyai keunikkan yang tersendiri.

Sunday, February 23, 2020

Pelancaran Butik Haqqi di Cawangan Bangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Siapa yang pernah baca blog Faries pasti pernah baca posting mengenai Butik Haqqi yang Faries. Rasanya ada 4 pasang koleksi daripada butik ini masih disimpan rapi dan masih selesa dipakai. Baru-baru ini, Butik Haqqi merasmikan cawangan mereka yang terbaru di Bangi, Selangor... 

Untuk pengetahuan semua, Haqqi merupakan butik pakaian yang menawarkan dan menjual kelengkapan Haji dan Umrah serta pakaian yang berfesyen islamik bagi lelaki dan wanita. Butik Haqqi bekerjasama dengan Koperasi Tabung Haji sentiasa melakar langkah dari semasa ke semasa bagi membangunkan haqqi dan kini butik ini sudah mempunyai 4 cawangan keseluruhannya iaitu Shah Alam, TTDI, Terengganu dan Bangi....

Thursday, February 20, 2020

Penjenamaan Semula Hotel Espira Sri Petaling Serta Pelancaran Menu Baru!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....


Baru-baru ini, sempat berkunjung ke sebuah hotel dikawasan Sri Petaling yang dahulu bernama Hotel Sri Petaling dan kini sudah dijenamakan semula sebagai Espira Sri Petaling. Baru tahu wujudnya hotel ini dikawasan Bandar Baru Sri Petaling ini. Hotel ini merupakan hotel 3 bintang yang diuruskan sepenuhnya oleh Attana Hotels & Resort Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad(PNB). Nak tahu apa istimewanya hotel ini selepas dijenamakan semula? Korang haruslah baca sampai habis...

Tuesday, February 4, 2020

Kempen Beli Barangan Tempatan | Jenama SWAG,MISMIS & Blossom Dibawakan Oleh Tesco Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....


Bila bercakap menegenai barang tempatan@lokal, rata-rata akan memberikan gambaran yang kurang senang. Faries boleh cakap ini merupakan persepsi dulu. Korang pasti terkejut dengan perubahan yang diambil oleh ushawan-usahawan IKS untuk keluar daripada kepompong lama. Hujung minggu lalu, Faries berkunjung ke Tesco Extra Kajang dan sempat singgat ke booth-booth produk keluaran tempatan yang kini dipasarkan di pasaraya Tesco seluruh Malaysia...

Monday, February 3, 2020

Nak Ubah Hidup (NUH 2020) Membuka Tirai Dengan Kehadiran 13 Ribu Peserta Berserta Tetamu Istimewa!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Program motivasi terhangat oleh pakar motivasi dalam bidang perniagaan tak lain tak bukan Azizan Osman kembali lagi pada tahun 2020 iaitu Nak Ubah Hidup 2020. Buat pembaca setia blog Faries pasti ada terbaca posting-posting sebelum ini mengenai NUH ini. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ke 3 Faries menyertai program NUH ini. Korang mesti tertanya-tanya apa yang menarik dan ilmu-ilmu yang Faries dapat sepanjang disana?Kalau nak tahu,  korang wajib baca sampai habis taw....

Tuesday, January 28, 2020

Merasai Kesoronokan Bersama Seisi Keluarga di Lost World of Tambun!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Lost World of Tambun merupakan sebuah taman tema  yang besar dan cukup popular terletak di Bandaraya Ipoh. Pelbagai tarikan yang ada disini dan kini mereka telah membuka tarikan baru iaitu Hostspring & Night Park. Pada beberapa hari yang lalu, Faries sekeluarga telah datang kesini buat kali pertamanya. Seronok sangat dan  tak terungkap rasanya. Kalau korang nak tahu apa yang best ada disini? Jom kite baca sampai habis.....

Sunday, January 19, 2020

Pengalaman Menginap Bersama Keluarga di Putrade Allsuites di RPGC Ipoh, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pembuka tahun 2020 memberikan nafas baharu dan masanya untuk bawa seisi keluarga bercuti walaupun untuk tempoh masa yang singkat.hehehe. Faries nak cerita dimana baru-baru ini Faries dan keluarga telah menginap di sebuah hotel yang terletak di Ipoh iaitu Putrade Allsuites. Perjalanan lebih kurang 3 jam daripada Kuala Lumpur kesini. Nak tahu apa yang menariknya hotel ini dan kenapa Faries memilih Ipoh sebagai lokasi pilihan? Korang kena baca sampai habis.....


Friday, January 17, 2020

Realme Buds Air Tawarkan Peranti Telinga Tanpa Wayar Buat Peminat Muzik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Tahun baru 2020 baru sahaja membuka tirainya 2 minggu yang lalu dan sudah pasti ramai yang menantikan sesuatu yang baru dan lebih cantik setanding dengan teknologi yang sering di war-warkan iaitu IoT teknologi. Baru-baru ini Realme Malaysia melancarkan telefon pintar Realme 5i dan sudah pasti bersama Realme Buds Air yang merupakan produk IoT pertama mereka... Nak tahu apa yang menariknya tentang produk Realme Buds Air in? Korang haruslah baca sampai abis..