Sunday, December 8, 2019

Q&M Dental Klinik Membuka Cawangan Baru di Eko Cheras Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Menjaga kesihatan gigi dan mulut memang penting bagi memastikan tidak berlaku masalah seperti gigi berlubang, gusi berdarah, dan juga mulut berbau. Mereka yang punya masalah dengan gigi selalunya akan berhadapan dengan isu kurang keyakinan diri kerana berasa malu dengan masalah gigi yang terjadi. Lebih-lebih lagi jika gigi rongak. Hendak menguntum senyuman pun terpaksa ditahan-tahan. Jadi bagaimana untuk memastikan gigi dan mulut anda sihat sempurna? Berapa kerap korang pergi berjumpa Dr gigi dalam sebulan? Setahun? Baru- baru ini Faries telah pergi ke perasmian cawangan baru Q&M Dental Klinik yang terletak di Eko Cheras Mall, Kuala Lumpur.


Sebelum pergi lebih jauh, jom kite lihat serba sedikit latar belakang Q&M Dental dimana ianya bermula dengan sebuah klinik tunggal pada tahun 1996, Q&M telah menjadi kumpulan penjagaan kesihatan pergigian swasta terbesar di Singapura dengan memiliki 78 buah klinik pergigian di seluruh
negara.






Selain Singapura, Q & M juga memperluaskan kewujudannya di Malaysia dan China. Sejak penubuhan klinik Q & M pertama di Malaysia pada tahun 2010, mereka kini mempunyai 30 buah klinik dengan 130 kakitangan termasuk doktor gigi umum dan pakar pergigian. Hari ini, Kumpulan Pergigian Q& M dengan bangga melancarkan pembukaan klinik terbarunya dalam pasaran Malaysia.


Teknologi Masa Hadapan Bidang Pergigian Menggunakan “Artificial Intelligence”

Pada masa ini, teknologi canggih ‘Artificial Intelligence’ (AI) merupakan masa depan dalam bidang pergigian. Kumpulan Pergigian Q & M, kumpulan penjagaan kesihatan pergigian swasta terkemuka di rantau ini telah mendedahkan rancangannya berhubung pelaksanaan dan pembangunan masa depan teknologi AI pada pelancaran klinik terbarunya di EkoCheras Mall. Lepas ini segala macam masalah gigi akan mudah diatasi dengan adanya teknologi AI ini.


Buat korang yang tercari-cari tempat yang tempat untuk mendapatkan servis gigi, Faries cadangkan korang pergi ke Q&M Dental ini sebab mereka mempunyai ramai pakar dalam bidang pergigian. Korang kena ingat gigi merupakan benda yang sangat penting bukan sahaja untuk kecantikan, tetapi juga membantu korang semua mengunyah.. Apa tunggu lagi jom periksa gigi korang semua sekarang!
Nak tahu lebih lanjut boleh layari terus ke www.qandm.com.my

03-9133 9165

Waktu beroperasi- 10 pg - 10 Mlm (Isnin-Ahad)

Lot S-26, Ekocheras Mall No.693, Batu, 5,
 Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur

3 comments:

monyet said...


ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D

Renee Yurovsky said...

Thanks for taking the time to share this excellent post with us. I loved seeing all the wonderful photos of your office. Have a great rest of your day and keep up the fantastic posts.
Dentist Center City Philadelphia

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators