Sunday, December 1, 2019

JLD Dragon Boba Milk Membuka Cawangan Baru Di Intermark Mall, KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa peminat Boba Brown Sugar Milk dekat sini? Kita geng!hehehe. Sepanjang Boba Milk ini trending di pasaran Malaysia ini, Faries dah cuba hampir 7 jenis jenama Boba yang berbeza-beza. Baru-baru Faries cuba jenama baru Boba keluaran JLD Dragon Malaysia bersempena pembukaan cawangan baru mereka di Intermark Mall, Kuala Lumpur. Nak tahu rasa sedap ke tidak Boba daripada negara Taiwan ini korang haruslah baca sampai abiskan......

JLD Dragon mengutamakan kualiti  dan kesegaran terutama untuk bahan-bahan menghasilkan boba itu sendiri. Mereka mengimport bahan-bahan mentah daripada Japan dan juga Taiwan. Air yang dihasilkan juga dipastikan berkualiti dan sedap terutama bagi air signature disini iaitu JLDs Signature Brown Sugar Thick Milk.


Bersempena pembukaan di JLD Dragon di Intermark Mall ini, para pelanggan berpeluang bermain dragon wheel untuk mendapatkan potongan  30 - 50% untuk dapatkan air signature disini. Menarik bukan?


Orang ramai beratur untuk mendapatkan boba dengan harga RM 1 sahaja sempena pembukaan.
Sejujurnya Faries rasa Boba Milk JLD ni boleh tahan dan seiring dengan jenama-jenama yang lain. Tapi ada rasa kelainan sedikit. Nak tahu apa kelainan tu korang kena lah dapatkan Boba Milk daripada JLD Dragon sekarang!!!!


Nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari terus:

FB: @JLD Dragon
IG: @JLD Dragon_my


No comments: