Thursday, November 14, 2019

NCIG Sdn Bhd Bakal Menghentikan Operasi di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bercakap mengenai rokok elektronik atau bahasa panggillannya "VAPE" akan ada yang mengatakan fungsinya sama seperti rokok dan lebih membahayakan. Disini Faries ingin tegaskan terdapat kebaikan dan keburukan untuk penghisap rokok elektrik ini dan malah nampak kebaikan lebih banyak berbanding menghisap rokok tradisional. Baru-baru ini, Faries telah menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh NCIG Sdn Bhd dengan tema NCIG total Solution, bertempat di MIECC Mines, Seri Kembangan. Banyak perkongsian baru yang Faries dapat mengenai rokok elektronik ini disini. Akan tetapi ada berita sedih tentang pemberhentian operasi syarikat NCIG ini. Nak tahu lebih lanjut, jom baca sampai habis.......

Sebelum pergi lebih jauh, buat pembaca yang masih belum mengenali NCIG, jom kita lihat latar-belakang syarikat ini. NCIG Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan alat teknologi untuk para perokok atau lebih dikenali sebagai vape. Syarikat ini berasal daripada Tampin, Negeri Sembilan. Hampir 11 bulan beroperasi dan bukan sahaja di Malaysia malah mempunyai cawangan di Indonesia, UK dan Brunei. 

Untuk pengetahuan semua, hasil daripada Forum yang diadakan pada hari tersebut yang dikongsikan oleh pakar-pakar kesihatan, perundangan daripada Malaysia, Greece dan Indonesia. Mereka berkongsi kebaikan dan keburukan mengenai rokok elektronik ini. Baru Faries tahu fungsi rokok elektronik ini telah membantu ramai perokok tegar berhenti merokok dan merupakan alternatif kepada perokok untuk berhenti. Rokok elektronik yang dihasilkan oleh NCIG khususnya mempunyai sifar nikotin dan sudah pasti akan membantu para perokok berhenti merokok.


NCIG telah berjaya menjual hampir 170 ribu Vape sejak 11 bulan beroperasi dan telah membantu ramai perokok berhenti merokok. Selari dengan misi mereka untuk membantu 8 juta perokok tegar berhenti merokok.  Slogan terbaru syarikat ini juga sangat menarik perhatian dimana mereka menggunakan  perkataan 'Cigarettes Kill, Choose Life'. Di majlis ini juga, mereka memperkenalkan produk-produk baru mereka antaranya NCIG2, NCase



Pemberhentian Operasi Di Malaysia

Berdasarkan pengumuman pengasas NCIG sendiri, beliau yang lebih dikenali oleh Pak Din. Beliau mengumumkan pemberhentian operasi NCIG dimasalah atas atas faktor-faktor tertentu antaranya kelulusan penjualan rokok elektrik daripada pihak kerajaan masih belum ada kata putus dan nampaknya nasib tidak akan menyebelahi mereka. Berita yang agak sedih buat syarikat bumiputera akan tetapi NCIG akan terus beroperasi di Indonesia dan juga UK buat masa sekarang.


Produk NCIG juga mendapat sambutan hangat diluar kerana dianggap sebagai vape premium kerana mengandungi Glycerin sayuran(VC) berkualiti yang dihasilkan daripada minyak sawit. Bukan mudah untuk orang luar mengangkat produk keluaran Malaysia. Tahniah NCIG.

Faries berharap suatu hari nanti akan ada kata putus dan terbaik untuk syarikat NCIG kembali beroperasi di Malaysia. Semoga terus berjaya!!!!

No comments: