Sunday, November 24, 2019

MISS PINKLADY Asia Musim Kedua Kembali Lagi Membawakan Penampilan Khas Model, Selebriti Haneesya Hanee !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang minat dalam bidang modelling atau pernah tonton rancangan model terkenal di Amerika? Kini, rancangan realiti mencari model kembali bagi tahun kedua. Miss Pinklady Asia telah  kembali bagi musim kedua setelah dengan jaya pada musim yang lalu. Miss Pinklady Asia merupakan rancangan pencari model yang akan menampilkan 12 peserta daripada 9 buah negara Asia seperti Malaysia sebagai tuan rumah, Thailand, Indonesia, Korea, Hong Kong, India Philipines, Singapore dan Hong. Para peserta datang daripada latar belakang yang berbeza akan berentap untuk merebut tahta Miss Pinklady Asia musim kedua ini.

12 orang peserta daripada 12 negara bergambar bersama hos MPL S2, Sunshine

Untuk pengetahuan semua, MPL S2 ini akan memberikan cabaran yang lebih mantap dan berbeza serta akan terdapat kejutan! Nantikan para peserta akan ditempatkan disalah satu tempat rahsia dan akan berentap didalam cabaran antaraya Catwalk, Sesi Fotografi dan juga Iklan. Bukan itu sahaja, para peserta juga akan diberikan pendedahan dan perkongsian daripada mereka yang professional dalam bidang masing-masing dan akan membantu para peserta dalam program ini. Dan paling menarik setiap minggu akan ada penyingkiran!huhuhu

Apa yang paling menarik untuk musim in, selebriti, model yang baru-baru ini memenangi anugerah di ABPH iaitu Haneesya Hanee akan berentap bersama 11 peserta yang lain. Ini sangat mendebarkan dimana pengalaman beliau akan menjadi kelebihan untuk beliau. Apapun all the best haneesya...



Bagi pemenang MPL Asia Musim Kedua ini akan membawa pulan wang tunai berjumlah RM 12,000 untuk tempat pertama, Kedua pula RM 8,000 manakala bagi tempat ketiga akan membawa pulang RM 5,000. Menarik bukan? 

Miss Pinklady Asia S2 ini akan bersiaran selama 13 episod di saluran Youtube @pinklady.tv  bermula 4 January 2020 nanti. Rasanya semua dah tak sabar. Rancangan ini dihoskan oleh Ikon Peragawati Malaysia, Sunshine. Untuk episode minggu akan disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 10 Malam. 

Nak tahu lebih lanjut boleh layari terus ke www.pinklady.tv 

18 comments:

nurul aqidah azahar said...

tak tahu pula ada rancangan mcm ni. Ala2 macam miss universe dan dewi remaja la kan. Tak minat sgt tengok..siapa yang suka modelling..fesyen boleh tengok la. all the best for them

Eiza GreenAppleKu said...

Baru tahu ada rancangan ni. Hahaha... nampak sangat Sis kurang ikuti perkembangan industri macam ni semua. All the best untuk semua peserta.

Rawlins GLAM said...

Rawlins doakan agar wakil negara kita akan mendapat kemenangan dan membanggakan negara. Kalau Hanee menang, lagi best! All the best to semua peserta.

xulhlmi said...

minta-minta lah malaysia menang Miss Pink Lady ni, boleh naikkan nama Malaysia dalam industri hiburan dan fashion ni

SalinaJohari said...

Bukti yang anak Malaysia boleh pergi jauh dalam pelbagai bidang. Koga kemenangan menyebelahi peserta Negara kita. Tumpang bangga !

Bella Jamal said...

Wahh tak sabar lah nak tengok rancangan realiti model ni. Dulu kalo Top Model Tyra Bank tu harus tak tinggal. Nampak Hanesya ada pelunag menang. Good luck semua contestant!

Huda Halid said...

Wah nk tgk la youtube channel diorg ni. syok gak layan realiti show ni. hadiah pun lumayan tu, untung lah siapa yg menang tu.

precious cla said...

Saya memang suka reality show ni, sebabnya bolehlah angan-angan sikit nak jadi mereka walaupun, jauh panggang dari api. hahahaa

sis gee said...

moga Haneesya dapat mengharumkan nama Malaysia dalam show ni nanti! nak terjah tengok kat you tube lah!

ajumohit said...

semuanya modelnya tinggi-tinggi. all the best untuk semua contestant, yang pasti kene berbakat dan knowledgeable sure ada kelebihan kat situ

Anonymous said...

Pandai penerbit buat episod dalam channel youtube.. pasti ramai yang akan tonton nanti

Encik Mus said...

Tinggi lampai semuanya. Peserta malaysia pun boleh tahan juga hebatnya.

AyuArjuna BiGoshh said...

manis2 peserta akhirnya...tapi bagus juga ada pertandingan macam ni..boleh membuat anak muda/peserta lebih confidence dengan diri mereka

Mat Drat said...

dari gambar, yang masuk akhir ni memang layak.. cantik cantik mereka ni

Mahamahu said...

Haneesya Hanee tu pinky ker wakakaka tanya jer awak lagi pinky tau kalau masuk hehehehe bila nak masuk Hero Remaja awak hehehehe... Good luck semua wakil negara ini ok...

Nina Mirza said...

Auhhh kira baru tahu rancangan macam ni ada. Tinggi lampai and cantik-cantik belaka semua modelling. Good luck lah untuk semua wakil negara

Marina Bashah said...

Baru tau pinklady ada buat program macam ni. Pinklady ni yang supplement tu kan? Dah musim kedua dah ye. Level internatiinal dah ye pinklady ni

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators