Sunday, November 24, 2019

International Music Video Award Festival (IMVAF 2020) Akan Dilancarkan Pada March 2020 Nanti!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Baru-baru ini, Faries telah menghadiri ke majlis pelancaran International Music Video Award Festival (IMVAF 2020) yang akan diadakan lebih kurang 4 bulan daripada sekarang. Apa yang bestnya tentang program ini ialah hiburan yang dibawakan lebih kepada kebajikan dan bukan untuk mendapat keuntungan semata-mata. Artis-artis tempatan juga terlibat di dalam pelancaran muzik video untuk IMVAF 2020 ini.


Buat julung-julung kalinya di Malaysia mengadakan program seperti ini  untuk para artis dalam bidang nyanyian, lakonan dan juga fesyen bagi mempromosikan keamanan dunia dan memberikan pesanan positif bagi melindungi sifat kemanusiaan. Antara artis-artis yang terlibat ialah Masya, Kai-kai(China), Li Pei Ling, Dennis Lau dan ramai lagi. 

Maklumat mengenai IMVAF seperti dibawah:

Tarikh: 7 March 2020
Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur


Selain daripada itu, IMVAF juga turut menganjurkan pertandingan  mecipta muzik video terbuka kepada 3 kategori iaitu bagi golongan remaja,  Katergori Terbuka dan juga Kategori Semi professional and Profesional Korporat. Dalam pertandingan ini mereka akan dinilai melalui kretiviti, keunikkan dan juga keaslian muzik video yang akan dipertandingkan.Menarik bukan? Bukan itu sahaja, Fesyen show akan turut diadakan pada hari tersebut bagi mempromosikan pakaian budaya Malaysia dan juga daripada negara lain.

Nak tahu lebih lanjut mengenai IMVAF, korang boleh layari terus ke www.imvaf.com


No comments: