Sunday, November 24, 2019

Barcook Barkery Menawarkan Pelbagai Pilihan Roti Segar dan Enak Serta Dijamin Halal!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini Faries telah berkunjung ke sebuah kedai roti iaitu Barcook Barkery yang terletak di IOI Mall Puchong. Bun merupakan makanan kegemaran  Faries disebabkan kepelbagaian jenis bun yang dihasilkan serta gabungan kelembutan roti itu sendiri. Faries juga pernah bekerja part time di kedai roti dan roti bukan perkara asing lagi.hehehe. Apa yang menarik perhatian Faries untuk singgah di Barcook ini ialah pertamanya hiasan dan warna kedai ini sendiri menarik perhatin untuk Faries singgah taw.. 


Untuk pengetahuan semua, Barcook Barkery merupakan syarikat dari negara Singapore dan ditubuhkan sekitar tahun 2015. Kini Barcook Bakery telah berkembang di Malaysia dan mempunyai 3 buah cawangan iaitu di IOI Mall, Puchong, Midvalley dan juga Bangsar South. Perkara penting untuk pembeli muslim, kedai ini  disahkan halal dan semua pembekal merupakan pemegang sijil halal. 

Pelbagai jenis roti dijual disini dan Faries memilih 6 jenis roti yang merupakan menjadi pilihan para pembeli. Serius keenam-enam roti ni memang semua sedap. Faries paling suka Salted Egg. Rasa die susah nak cakap.Terlalu sedap.Korang boleh tengok jenis roti yang Faries pilih dibawah. Harga pun sangat berpatutan.

Semua roti-roti diatas merupakan the best sale paling sedap paling kiri iaitu Roti Salted Egg dan Paling kanan Roti Liu Sa (Cheese).

Raisin Cream & Pumpkin Walnut

Mixberry Cheese & Mushroom Bun

Bukan itu sahaja, mereka turut menawarkan menu sampingan seperti spagety, chicken burger dan lain-lain. Memandangkan cawangan di IOI Mall ini turut disediakan tempat makan kecil untuk tetamu. Sangat sesuai untuk korang minum petang disini. Sekarang mereka juga ada menawarkan promosi belian secara set.




Tidak  dilupakan juga minuman signature kat sini. Korang kena try. Sedap!


Apa tunggu lagi, Jom kesini untuk rasa  sendiri kesedapan dan kesegaran roti yang dihasilkan di Barcook  Bakery ini...
Untuk maklumat lanjut, boleh layari terus ke


IOI Mall Puchong
Lot G00A3A & G00A5B,
 Ground Floor, IOI Mall,
 Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 
Puchong, Selangor, Malaysia 47170

Waktu beroperasi: 10 pagi- 10 malam (Setiap hari)

The Sphere, Bangsar South
Midvalley City

No comments: