Friday, October 4, 2019

Restoran Sisik Ikan Bakar Menawarkan Sajian Makanan Laut Segar dan Sajian Pelbagai!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua



Makan santai seisi keluarga pada waktu malam sudah menjadi tradisi masyarakat Malaysia termasuk Faries dan keluarga sendiri. Makan malam mesti nak makan makanan seperti ikan, sotong, udang dan kalau boleh yang sedap lah. Eh nak cerita ni, baru-baru ini Faries ada makan di salah satu kedai yang terletak di Klang. Menu-menu di umphhh dan kedai ini berada betul-betul bertentangan dengan GM Klang. Korang pernah dengan Restoran Sisik Ikan Bakar? Kalau belum korang kena cuba taw dan korang mesti nak tahu apa istimewanya kedai ni. Nak tahu tak? Jom baca sampai habisss........

Seafood Fresh

Untuk pengetahuan semua, Restoran Sisik Ikan Bakar sudah lama wujud sejak 2013 tapi fokus perniagaan sebelum ini lebih kepada masakan tengah hari dan popular dengan masakan melayu asli. Menurut tuan punya kedai sendiri, idea membuka perniagaan pada waktu malam tercetus agak baru dan beliau ingin membuat kelainan sedikit dari segi menu-menu masakan yang ditawarkan.

Keistimewaan Restoran Sisik ini ialah masakan yang ditawarkan agak sedikit lain dan rare bagi Faries, Yelah kalau dengar siakap 3 rasa tu dah terlampau biasa kita dengar. Korang pernah makan seafood singgang? Siakap masak tempoyak? Perghh dapnya.. Jom Faries belanje korang menu-menu yang Faries makan dekat sini.






Pilihan lauk pauk untuk nasi lemak buluh perindu ni
Apa perasaan korang semua lepas tengok menu-menu yang ditawarkan? Terliur bukan? Disini korang boleh order secara set atau ala-carte. Korang pilih nak ikan ke, nak sotong ke dan sebagainya dan boleh pilih masakan apa yang korang nak try. Untuk set sangat cukup untuk 4-5 orang makan dan harga yang ditawarkan pun berpatutan.

Sedapnya....Aummm


Terima Kasih Restoran Sisik <3


Nak tahu lebih lanjut atau sebarang tempahan, korang boleh pergi terus ke,

https://www.facebook.com/restoransisik

@

https://wa.me/+60162240474

Restoran Sisik Ikan Bakar
GF, 17, GM Plaza, No. 155, 
Jalan Kasuarina 1, B
andar Botanic Capital,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan,
'Berhadapan GM Klang'

Waktu operasi :
8.00 AM - 4.30 PM : Masakan Tengahari (Menu Melayu)
5.00 PM - 12.30 AM : Masakan berasaskan makanan laut segar