Saturday, October 12, 2019

MALAYSIAN@WORK Menjadi Aspirasi Buat Golongan Belia Dalam Belanjawan 2020!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Selesai sudah pembentangan Belanjawan Malaysia bagi tahun 2020 petang semalam. Pelbagai peruntukan dan dana akan disalurkan untuk keperluan rakyat semua. Faries ada kupas semalam mengenai bajet yang disalurkan kepada golongan belia melalui Kementerian Belia dan Sukan. Kalau belum baca boleh klik lini ini Belanjawan 2020: KBSSalah satu idea yang menjadi tarikan utama bagi golongan anak muda ialah Malaysian@Work atau Malaysia@Kerja


Diatas adalah sedikit sorotan intipati mengenai bajet yang akan disediakan untuk  Malaysia@Work ini. Kalau ada yang mengikuti perkembangan YB Syed Saddiq, Menteri Kementerian Belia dan Sukan didalam sosial media beliau mahupun akbar dan sebagainya. Beliau sangat lantang dalam memperjuangkan nasib anak muda didalam apa sahaja mahupun aspek pendidikan, pekerjaan dan juga isu semasa yang berbangkit. Faries percaya idea datangnya program Malaysian@Work inipun merupakan idea daripada beliau sendiri bagi memastikan rakyat Malaysia terutama golongan belia mendapat pekerjaan yang baik dan setimpal.



Graduates@Works

Buat graduan baru yang menganggur hampir 1 tahun keatas sudah boleh menarik nafas lega dimana kerajaan akam memberikan insentif selama 2 tahun selepas anda mendapat pekerjaan. Best bukan?  Bayangkan duit gaji dicampur dengan insentif yang diberikan ini. Insyaallah dapat membantu keperluan sepanjang tahun yang tidak bekerja. Berkat kesabaran mengganggur. Faries rasa ini masa terbaik untuk para graduan baru bertekad untuk mendapatkan pekerjaan. Selain daripada itu, para majikan turut tidak ketinggalan akan menerima insentif daripada penawaran kerja kepada graduan-graduan baru. Kita dapat lihat win-win situasi buat majikan dan pekerja. Diharapkan dengan adanya bantuan ini, kadar pengangguran dapat dikurangkan dan para graduan akan mudah mendapat pekerjaan setelah tamat belajar.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pada bulan sama, bilangan penganggur naik 0.4 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 523,300 orang.- Artikel Penuh

Women@Works

Keutamaan kepada golongan wanita diberikan tanpa belah bahagi sejak dari dulu lagi. Dalam program Wanita@Kerja ini, golongan wanita yang ingin kermbali bekerja semula setelah hampir 1 tahun mengganggur ataupun golongon wanita yang telah berusia akan diberikan insentif oleh kerajaan. Bukan itu sahaja, potongan cukai akan diberikan selama 4 tahun berturut-turut. Wah!!! Bagi para majikan pula, insentif akan diberikan berterusan selama 2 tahun kepada majikan yang menawarkan pekerjaan kepada golongan wanita.



Locals@Works

Salah satu usaha bijak pihak kerajaan yang ingin mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing bagi sektor kerja kemahiran rendah atau buruh. Di Malaysia kita mengalami isu ini dimana rakyat Malaysia sendiri yang tidak mahu bekerja disektor ini dan juga majikan enggan mengambil pekerja tempatan atas faktor pembayaran upah yang tinggi. Kaedah penyelesaian didalam program ini adalah dengan kerajaan memberikan insentif berteruskan kepada dua-dua pihak . Tindakan ini juga akan dapat mengurangkan tahap kebergantungan kepada pekerja asing dan juga dapat mengawal aliran tunai duit negara keluar.

Apprentices@Works

Antara salah satu usaha kerajaan untuk mendapatkan perintis dan juga menggalakkan rakyat Malaysian terutama golongan belia menyertai program kemahiran (TVET) Peningkatan elaun hampir 20-30% kepada pelajar yang mengikuti program TVET. Langkah ini harus diambil bagi memastikan Malaysia terus melahirkan ramai golongan belia yang mempunyai kemahiran tertentu dan sudah bersiap siaga bagi memasuki industri bila tiba masanya nanti. Pihak industri yang menawarkan latihan industri kepada pelajar TVET ini juga akan diberikan insentif cukai. Diharapakan dengan adanya peruntukan ini, sambutan golongan belia mendapat sambutan.

Statistik keperluan Tenaga Kerja TVET 

Diharapkan dengan adanya dana untuk keempat program ini dapat memacu perkembangan golongan belia negara. Langkah kerajaan untuk terus memperkasakan TVET akan pasti melahirkan golongan belia yang berwawasan tinggi dan berkemahiran dan amat diperlukan oleh negara satu hari nanti.

Nak tahu lebih lanjut, layari

www.kbs.gov.my

No comments: