Monday, September 23, 2019

Pekerjaan PertamaKu Selepas Tamat Belajar di UITM!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasanya Faries tak pernah berkongsi atau bercerita tentang pekerjaan sekarang. Ada lah post satu ke 2 kali dekat instagram dulu. Tu pun dekat IG story je. Rasa malas nak kongsi sangat pasal pekerjaan hakiki sebab biarlah korang semua tahu yang Faries kerja blogging jer.hahaha. Hari ini terbuka hati nak cerita pekerjaan tetap Faries sejurus tamat belajar! Nak tahu kan? Jom la baca panjang sikit.hehehe

Sebenarnya ini bukanlah pekerjaan pertama, sebelum ni Faries dah kerja macam-macam kerja sampingan dari jadi pam attendant kt stesen minyak, kerja kedai serbaneka ni KLIA2, kerja katering kahwin, jual air kt pasar sampailah jadi pemandu GRAB. Kite orang susah, nak tak nak mesti lah bekerja dan malas nak susahkan mak ayah sebab tahu dieorang pun ada banyak benda nak uruskan.

Muka lega lepas VIVA

Nak diikutkan cerita, lepas je habis VIVA hujung Januari tahun 2019 ini, Faries dipanggil untuk menghadiri satu temuduga selepas pergi hampir 12 temuduga dan mohon hampir 50 pekerjaan secara online dan juga walk ini. Rasa macam dah nak putus asa je tapi alhamdulillah rezeki Allah tak pernah salah alamat. Mohon jawatan ni pun rasanya dah lama sejak bulan 12 sambil-sambil siapkan FYP kite usha kerja.hahaha. Sebenarnya waktu mengganggur Faries tak lah lama, hanya sebulan sahaja dan seawal bulan 3 Faries sudah mula bekerja. Alhamdulillah


Eh daripada tadi nak bagitahu Faries bekerja dimana tapi masih belum bagitahu kan.hahaha. Faries telah diterima bekerja di bahagian sektor pendidikan, bukan pensyarah yer tapi staff pentadbiran sebagai Assistant Manager di UTAR, Universiti Tunku Abdul Rahman yang terletak di Kajang. Department tempat Faries bekerja pula di bahagian RMC iaitu Research Management Centre dimana diseluruh Universiti di Malaysia mempunyai department yang sama. Rasanya korang dah boleh agak kerja Faries kan.hehehe. Tugas Faries ialah menjaga, meluluskan, menguruskan geran-geran penyelidikan pensyarah2 yang merupakan geran daripada Universiti atau geran Luar seperti Geran daripada Kementerian dan juga syarikat. Okey cukup sampai sini,hehehe


Berbalik pada cerita, kawan-kawan sekelas rata-ratanya dah bekerja dengan banyak syarikat-syarikat besar dan Faries rasa bangga dan seronok dimana kami ratanya diterima bekerja sejurus tamat belajar. Untuk kawan-kawan yang masih mencari kerja , jangan putus asa, percaya pada diri. Setiap kali temuduga pastikan korang all out. Berikan impresi yang bagus kepada bakal majikan walaupun untuk graduan baru yang memang tiada pengalaman kerja..

All the best!!


20 comments:

Red Linda said...

Alhamdulillah.usaha gigih, rezeki dpt kerja juga. MEmang bab usaha tu, kita x boleh mudah putus asa sebab x tahu apa yang Allah nak beri ganjaran pada usaha kita tu.

Selamat bekerja. Kerja sungguh-sungguh. tiap kali rasa lelah/down, ingatlah bahawa faries pernah susah payah nak dapatkan kerja bagus, so, kenapa nak give up kan?

Good luck

Farhana Jafri said...

Alhamdulillah finally dapat kerja walaupun tak gah tapi bersyukur tu penting. Dapat jugak gaji tetap lepas puas mencari. Boleh rasa lega sikit lepasni. Anyway tahniah Faries!

adianiez AIDA said...

Alhamdulillah...
Selamat bekerja ye. Bekerja dgn tekun.
Rezeki mesti berkat.
Now ramai graduan xde keje tetap. Kita yg ada keje ni, kena bersyykur byk2.

Mahamahu said...

Untunglah dapat kerja tempat yang bagus hehehehe dan juga cepat dapat kerja orang pandai wakakakaka.. Moga terus sukses dan juga maju jaya dalam hidup ok jangan kerja main-main tau wakakaka..

Wai Yee aka Rane said...

all the best to you ya. I was a UTAR student before. nice environment there. Love all the young people and energy inside the campus. enjoy ya ok

Wan Syahida said...

Alhamdulillah rupa-rupanya rezeki Faries adalah di UNITAR ni. First job kita tak boleh memilih. Apa saja pun yang kita dapat, ia adalah peluang keemasan untuk mencari pengalaman bekerja. Tahniah Faries sebab dapat kerja. Satu kejayaan yang sangat menggembirakan hati especially buat ibu bapa Faries.

Nina Mirza said...

Alhamdulillah... Faries beruntung dapat rezeki keje cepat. Sekarang ni bukan mudah dapat keje walau antara yang bijak pandai. Keje rajin², kekalkan displin dan sentiasa jadi lebih baik effisyen dan konsisten. Keje pun ibadah. Ikhlas lah dalam bekerja supaya berkat gaji dan ganjaran yang diterima. Jangan lupa menyimpan dan bayar zakat pendapatan.. All the best

Ernie Tomo said...

Alhamdulillah, tahniah! Syukur masih dapat pekerjaan bergaji tetap. Position pun okay sangat tu, kira level fresh degree cukup bertuah jika dapat position macam faries. Ramai di luar sana yang mempunyai degree tapi sebab tak ada pilihan, terpaksa grab dulu kerja yang ada yang setaraf dengan level SPM. Faries sangat beruntung, all the best for your career!

Fadzil Ahmad said...

Alhamdulillah . Rezeki tk salah alamat. Seronok tak kerja sekarang? Rasa selamat n steady la berbanding dulu kan mcm grab tu struggle jgk. Bgs la tu ada pengalaman mcm2 latih kita jadi kuat. Last2 dpt kerja yg terbaik. Ramai mohon tu , tapi milik anda jgk

Mohd Zarin said...

Takpe. rezeki ada di mana-mana. Usaha tangga kejayaan. Slow2 kerja nanti insyaAllah rezeki akan ada nanti.

mazharalti said...

Alhamdulillah... Tahniah Faries... macam ni la anak muda, berusaha sehabis baik untuk berdiri di atas kaki sendiri... genereasi sebeginilah yang kita harapkan untuk mendukung segala hasrat dan impian keluarga juga masyarakat... teruskan usaha murni Faries tu... insyaAllah, semua yang baik-baik akan diperolehi...

precious cla said...

Rezeki ada di mana-mana untuk orang yang rajin berusaha, dulu sebelum kerja saya skarang sy jadi guru playschool dan sebelum tu saya pernah je kerja kilang. hehe wish you all the best !

Nadia Johari said...

Betul, kalau boleh taknak sushkan mak ayah, nak cari duit sendiri..tu buat banyak kerja..bgus faries..laki kene keja kuat, nnati lagi nak sara anak orang..hahahha..bgus dh kerja sekrg..ade gaji bulanan

ummizarra said...

Alhamdulillah. Tahniah faris. Bila kita berusaha dan berdoa insyaAllah ada rezeki yg Alalh dah ttpkan utk kita. Good luck dan semoga terus success dlm hidup

Aerill Hassan said...

Alhamdulillah. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yg diberi. Ada yg lambat, ada yang cepat dan sebagainya. Sekarang ni memang susah nak dapat kerja. Tahniah sekali lagi.

Mama aiman said...

Alhmdulillah..tahniah dah dpt kj..zaman skrg nie jgn memilih kj..sbb bukn senang nk dpt kj..

Hanny Abdullh said...

Alhamdulillah dan tahniah ya. Bagus anak muda yang berusaha sendiri tanpa menyusahkan keluarga. Tak kiralah apa kerja kita janji hasil usaha sendiri. Skrg dah kerja di tempat yang bagus, maka kerja betul-betul ok..bangga kan kedua ibu bapa dan diri sendiri

Bro Framestone said...

Oh gitew ceritanya...

Kes bro pula.. Lagi setahun setengah nak habis belajar.. Dah kerja dah.. habis belajar je, terus dapat offer kerja tempat lain...

Sepanjang kerja, tak pernah kena interview.. Semuanya orang offer, based on pengalaman etc.

Last2 sekarang buat freelance je, sebab nak lebihkan masa dengan keluarga.. Dah masuk tahun ke-5 dah

Zharif Azis said...

Wahhh tahniah Faries. Belu konvo dah dapat job. Murah rezeki. Semoga terus bekerja dan banggakan ibu ayah. Bersyukur sbb ada ramai graduan sampai ke sudah belum dpt kerja.

Sharon Lee said...

Congrats on your new job! Glad that you love it, it seems like a nice job to work too. It's never been easy finding the perfect nice job, but we should not give up!