Saturday, September 28, 2019

Menyertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 Yang Diadakan Sempena Hari Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasanya macam dah lama betul tak join aktiviti treasure hunt dan last join masa zaman sekolah rendah kot.Seronok bersama kumpulan untuk selesaikan tugasan. Baru-baru ini Faries dan juga team telah menyertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 yang telah diadakan sempena Hari Malaysia tahun 2019 ini. Program ini merupakan kali yang ke 3 diadakan dan semestinya sambutan sangat mengalakkan dan  terdapat hampir 100 kumpulan yang terdiri daripada 400 orang peserta! Ramainya... Nak tahu Faries dan juga team berjaya ke tidak? Korang kena baca sampai habis.......

Tuesday, September 24, 2019

MATXI CORP Raikan Ulang Tahun Ke -2 Sekaligus Mengumumkan Kemasukan Ke Pasaran Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Faries telah menghadiri majlis sambutan Ulang Tahun ke-2 MATXI CORP dengan tema kebaboom " Glory To Glory ". Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu MATXI CORP sebab jarang dengar. Hakikatnya syarikat ini sangat berjaya dan telah menembusi pasaran pertamanya di Negara Vietnam. Kini MATXI CORP telah mencecah usia tahun yang kedua dan kejutan demi kejutan dilakukan dan sememangnya kejutan utama untuk sambutan kali ini adalah kejayaan mereka sendiri menembusi pasaran Malaysia. Nak tahu lebih lagi? Jom baca sampai habis......

Monday, September 23, 2019

Pekerjaan PertamaKu Selepas Tamat Belajar di UITM!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasanya Faries tak pernah berkongsi atau bercerita tentang pekerjaan sekarang. Ada lah post satu ke 2 kali dekat instagram dulu. Tu pun dekat IG story je. Rasa malas nak kongsi sangat pasal pekerjaan hakiki sebab biarlah korang semua tahu yang Faries kerja blogging jer.hahaha. Hari ini terbuka hati nak cerita pekerjaan tetap Faries sejurus tamat belajar! Nak tahu kan? Jom la baca panjang sikit.hehehe

Sebenarnya ini bukanlah pekerjaan pertama, sebelum ni Faries dah kerja macam-macam kerja sampingan dari jadi pam attendant kt stesen minyak, kerja kedai serbaneka ni KLIA2, kerja katering kahwin, jual air kt pasar sampailah jadi pemandu GRAB. Kite orang susah, nak tak nak mesti lah bekerja dan malas nak susahkan mak ayah sebab tahu dieorang pun ada banyak benda nak uruskan.

Muka lega lepas VIVA

Monday, September 9, 2019

Program 'Nak Ubah Hidup' 2019 Menggegarkan Setia City CC Sempena Bulan Kemerdekaan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Impian untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik merupakan impian semua orang. Perubahan itu memang perlu untuk kita menaik taraf kehidupan kita tetapi tiada petunjuk yang betul dan akhirnya membuatkan semua orang terpaksa kekal ditakuk yang lama. Rasanya Faries pernah kongsi dalam entri yang lepas dimana Faries telah hadir ke program pakar motivasi perniagaan terkenal iaitu Dr Azizan Osman. Beberapa hari lepas, Faries telah menghadiri sekali lagi ke acara besar dan kemuncak iaitu 'Nak Ubah Hidup' yang diadakan di Setia City Convention Centre bersempena bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 62....