Sunday, July 28, 2019

Pengalaman Melakukan Rawatan Dermapen(Microneedle) di Dr Medispa & Wellness

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kecantikan kulit muka bagi lelaki terlalu subjektif untuk dinilai kerana rata-rata lelaki tidak terlalu menitik beratkan tentang kecantikan kulit muka sejak dari dulu. Tapi dizaman millennial ini, kecantikan muka sudah mula menjadi perhati bagi para jejaka diluar sana samalah seperti Faries. Sejujurnya, tak de lah jaga sangat tapi cuci muka tu dah boleh dikira salah satu inesiatif penjagaan muka.hehehe. Panjang pulak kite membebel. Okey sebenarnya nak cerita pengalaman Faries melakukan rawatan di Dr Medispa & Wellness yang terletak di Jalan Reko, Kajang. Nak tahu rawatan apa? Korang wajib baca sampai abis!!!!!

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali kedua Faries ke sini. Korang boleh rujuk entri Faries sebelum ini di sini Dr Medispa & Wellness. Apa  yang membuatkan Faries rasa nak datang lagi kesini ialah rawatan yang diberikan untuk sesi lepas sangat baik dan mestilah faktor muka sendiri kan. Rasa makin luas pulak saiz pori-pori kat muka ini disamping bertambahnya parut-parut hitam dan parut bekas jerawat.

Untuk rawatan kali ini, kulit muka Faries telah di analisis oleh Dr Azirawaty yang merupakan Dr yang pakar didalam masalah kulit muka dan merupakan pemilik spa ini. Faries telah disyorkan untuk melakukan rawatan 'Dermapen' atau lebih dikenali sebagai Microneedle. Korang mesti dah boleh bayangkan jarum-jarum cucuk kat muka tu kan? Jangan risau sat lagi Faries cerita. Sebelum tu jom kite tengok kebaikan rawatan Dermapen ini.

Salah satu kebaikan utama rawatan Demapen/Microneedling ini ialah mencegah dan merawat parut-parut di kulit muka. Antara kelebihan lain ialah

-Menghilangkan parut jerawat dengan segala parut dengan cepat dan berkesan (Seawal rawatan pertama dah boleh nampak perubahan) 

- Menghilangkan parut berlubang, jeragat dan kedutan 

-Menghasilkan sel kulit baru yang lebih lembut dan menghaluskan liang roma kasar/ terbuka 

-Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tidak sekata 

-Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati dan mencerahkan kulit 

Kulit Faries mempunyai masalah pori-pori terbuka luas terutama dibahagian hidung dan terdapat tanda-tanda bekas jerawat masih ada disitu. Rawatan pertama kali memang agak takut tapi okey je tak de la sakit macam kene cucuk. Jom kite tengok proses-proses rawatan Dermapen ni

Macam biasa pertama skali kena bersihkan muka betul-betul sebelum memulakan proses Dermapen ini
🔻

Kulit muka disapukan dengan mask
🔻

Kemudian, wap panas akan digunakan untuk membuka pori-pori degil di muka Faries ni
🔻

Proses membuang sebum-sebum jerawat yang ada
🔻

Kulit direhatkan selama 20 minit selepas disapukan dengan Numb Krim. Tujuannya adalah untuk mengebaskan kulit muka bagi mengurangkan rasa sakit ketika rawatan dermapen nanti.
🔻

Krim pelincir sapukan bagi melancarkan rawatan dermapen
🔻

Rawatan Dermapen bermula. Pada awal rawatan jarum yang digunakan pada kadar rendah iaitu 0.5cm hingga ke 2.0 cm. Mengikut ketahanan korang.

Dibahagian hidung dan dahi hanya jarum 0.5 cm dibenarkan sebab ada kawasan tempurung dan tulang hidung.
🔻

Setelah selesai, Kulit direhatkan dengan LED mask. Tujuannya untuk menganjalkan lagi kulit wajah
🔻

Setelah selesai, kulit disapukan dengan Vitamin C untuk memperbaiki kulit agar nampak lebih sihat.
Untuk sesiapa yang bertanya, rawatan dermapen ni seeloknya berapa sesi kena buat? Sebenarnya bergantung pada kulit korang. Kalau nak buat banyak kali pun lagi bagus. Tengok nasihat dibawah yang Faries ambil daripada akaun sosial media Dr Medispa & Wellness.


Harga????

Satu sesi rawatan Dermapen berharga RM 280
Rasanya ada pakej untuk berapa sesi sekali. Korang boleh refer di Dr Medispa & Wellness punya sosial media yer..

Masa yang ditunggu-tunggu untuk tengok perubahan 7 hari selepas rawatan. Hari ke 3-6 pengelupasa bermula. Tapi pengalaman Faries sendiri pengelupasa tu tak ada lah teruk. Cuma rasa gatal nak garuk je.hehehe

HARI PERTAMA



HARI KEDUA



HARI KETIGA


HARI KEEMPAT


HARI KELIMA



HARI KEENAM



HARI KETUJUH



Faries sarankan untuk korang yang ada masalah kulit muka tu, boleh la try. So far kali kedua ke Dr Medispa & Wellness ni memang puas hati dengan rawatan dieorang. Sekarang kulit dah lembut dan pori-pori pun makin mengecil taw. Kulit pun dah nampak sedikit cerah dan glowing. Kawan-kawan kerja pun ramai tanya pasal perubahan ni.


Terima Kasih Dr Medispa & Wellness <3



Nak tahu lebih lanjut mengenai Dr Medispa & Wellness, korang boleh pergi terus ke


No H/P: 03-87339801
Whatsapp: 013-7706708

DR MEDISPA & WELLNESS
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000 Kajang
Selangor



20 comments:

Danny said...

Whoa, kesan tu memang cantik. Member sy pun pernah buat rawatan ni bulan lepas.
Mungkin sy kan try naik bulan nnt. Thanks for the info :)

Zandra Zane said...

Your review is so good! Teliti!

Sebab I suka cari review yg ada show process2 and tahap pemulihan semua tu baru confident sikit nak try or not. And that are Jalan Reko I selalu pergi haha.

Dermapen mmg good sbb dia cucuk deep thru skin and make the cell regenerate baru sikit. Faris kena try maintain je, cari produk yg ada mention BHA to kawal the pori2 before it's getting bigger again. Sakit oh buang sebum!

adianiez AIDA said...

lama nyer x rawat muka ni.
berbulan dah tak jengah spa utk facial muka.
memang wajib merawat muka ni.
buat semua noda, jerawat. tepek mask.
urut uturt sikit time muka dibersihkan...
pastu, confirm muka kita rasa sgt segar!

Farhana Jafri said...

Bagusnya boleh nampak perubahan sebelum dan selepas rawatan dekat medispa tu. Nak pergi macam jauh betul ke kajang sana tapi kalau ada kerja dekat kajang boleh la buat treatment dekat medispa ni. Harga pun berbaloi la dengan kualiti servis dia.

Aerill Hassan said...

wahhh.. macam menarik. teringin nak try, sebab muka sekarang pun makin huduh bila meningkat umur... haha :) dekat la pulak tempat nk buat rawatan ni dengan rumah. in shaa Allah akan buat rawatan jika berkelapangan. :)

Nadia Johari said...

tu dia..bestnya dapat manjakan muka ..patutla makin helok muka dia..hehee..pergi spa rupanya..

Mahamahu said...

Awak kalau nak ambil gambar tu boleh tak tak nampak hidung yang besar tu wakakakaka gurau jer. Tapi nampak hasilnya memang terbaik lah boleh awet muda ni kalau kita yang buat rawatan tu hehehehe jom sapa nak taja kita wakakaka..

AyuArjuna BiGoshh said...

wah makin flawless la wajah dia...hahahaha...bagus juga buat treatment macam ni...agar muka kita sentiasa nampak tegang dan mudo hahaha

Hanny Abdullh said...

Wahh lps ni bertambah ensen lah dia nanti, jeles akak sb akak pun lom pernah wat treatment cam gini. Nanti nak cuba gak lah

Ahmadi said...

Perghhhh...hebat tuan..dah la kacak :) tak tau kenapa saya tak berapa pentingkan hal sebegini. Mungkin faktor umur dan pekerjaan yang terlalu sibuk kot sampai tak ada masa untuk fikirkan hal begini..

Atul Hamid said...

Review yang detail. baguslah. actually lama betul tak pergi spa ni. Tetiba teringin nak pegi hehe Actually betul kata Faries, tak ramai lelaki yang alert tentang ni tapi ada sesetengah kawan Atul yang jenis jaga penampilan, kalah perempuan wei. hehe

Zharif Azis said...

Wahhhh makin flawless lah lepas nie. Tak sabar nak tengok hasil akhir nya. Nanti nak jumpa lah utk tgok hasilnya depan2.

Rawlins GLAM said...

Patut la awak makin helok kebelakangan nie. Lepas nie ramai la yang akan ajak awak dating kan.
Aummmm

Jia Shin Lee said...

Nice treatment I can see the difference from your pictures I should convince my husband to get a treatment too men also need to jaga diri.

Emi said...

Uishh, patut la masa jumpa haritu tengok muka makin flawless. Heheh. Pergi buat treatment rupanya. High maintenance jugak lelaki zaman sekarang ye

Kak Su said...

Masha Allah, teruja akak tengok perubahan muka you. Rasa cam nak coba, tapi kos per rawatannya, Ya Allah.. Lom mampu lagi hi hi hi

Sunshine Kelly said...

Memang best la! i pun akan pergi buat facial once a month to clear away the skin impurities.

sana mirza said...

Several types of microneedling devices are currently available, but in our professional experience, the most powerful microneedling system is Dermapen. In the Skinovate clinic we use the latest model: Dermapen 4, which guarantees a safe treatment and predictable results. dermapen

dynamiclinic said...

Thanks for sharing a good information dermapen microneedling in dubai

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators