Wednesday, July 24, 2019

LuLu Hypermarket & Department Store Menawarkan Promosi Sempena 'FOOD CARNIVAL'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hujung bulan merupakan bulan penting untuk seluruh pekerja di Malaysia. Nak tahu kenapa? hehehe. Yelah bulan semua orang yang bekerja makan gaji memperoleh gaji bulanan kan? Bukan apa masa gaji lah ramai orang berbelanja. Nak kongsi sedikit yang LuLu Hypermarket & Department Store tengah mengadakan satu promosi sehingga hujung bulan Julai ini. Nak tahu promosi apa? Korang wajibla baca sampai habis.....

Untuk pengetahuan korang semua, LuLu Hypermarket & Department Store telah melancarkan promosi bersempena dengan " Food Carnival" yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia. Promosi ini bermula daripada 19 July sehingga 31 July 2019





Tujuan utama Food Carnival ini adalah untuk memperkenalkan pelbagai makanan daripada seluruh dunia ke Malaysia. Memandangkan LuLu Hypermarket merupakan sebuah pasarraya yang berasal daripada negara timur tengah. Inilah kesempatan mereka memperkenal menu-menu yang dijual disini kepada orang ramai. Antara makanan yang ditawarkan ialah menu daripada masakan tempatan, Arab, India, Oriental dan juga pelbagai pencuci mulut yang lazat, biskut dan juga jus.




Sempena Food Carnival ini juga, LuLu Hypermarket mengadakan aktiviti lain seperti pertandingan memasak, pertandingan mewarna dan banyak lagi taw. Korang kena cuba sebab hadiah yang ditawarkan lumayan.hehehe. Dibawah merupakan adalah jenis makanan yang akan ditawarkan mengikut hari:

9- 21 July 2019- Jus and Salad
22-24 July 2019- Driyani
25-27 July 2019- Shawarma & Pizza
28-29 July 2019- Rice & Noodles
30-31 July 2019 - Kebab & Grill



Eh korang macam tak biasa pula, LuLu kan paling suka buat promosi dan sempena dengan promosi Food Carnival ini, terdapat pelbagai barang-barang lain ditawarkan harga runtuh. Harga powerbank RM 29 je guys! Teruja tak? Korang tengok gambar-gambar kat bawah.




Murah bukan? Jom ramai- ramai ke LuLu Hypermarket & Department Store!!!!!

Terima Kasih LuLu Hypermarket <3

Untuk pertanyaan lanjut, boleh layari terus ke



LuLu Hypermarket & Department Store
Lower Ground Floor, Taman Shamelin Perkasa, 
56100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

13 comments:

Mahamahu said...

Ohh awak ker yang menjadi duta jualan untuk kuih muih tradisional tu hehehe patut laris ramai orang beli wakakakakakaka...

athirahassin said...

Byk dgr psl lulu tp belum sempat pergi lg.. huhu

Siti Awadah said...

bestnya pasaraya lulu ni.. ramai kengkawan yang dh pergi cakap okay. selesa.. harga patut... ada bnyk promosi pulak tu.. mujur sis dok jauh kalau tak sis pun akan terjah juga ni.. hrp2 cawangan utk pasaraya ni akan buka di negeri2 lain juga nnti

AyuArjuna BiGoshh said...

Memang best shopping kat lulu. Macam2 produk ada. Akk kalau datang sini mmg aim coklat jer heheheh. Sebab murah macam beli kat langkawi.

atiehilmi.com said...

adei wakkkkkk.. akak pergi sini, 1 troli baru RM 170.00.. kalau pergi tempat lain mau RM 300.00 wak.. hee~ best shopping kat Lulu..

Rawlins GLAM said...

Rawlins paling suka shopping untuk groceries di Lulu. Dah 3 kali kejadian bila mana dikira harga barangan dalam troli mencecah RM200, bila sampai di cashier dapat diskaun lagi. Shopping di Lulu memang membahagiakan kerana harganya yang mesra rakyat

Nadia Johari said...

Tak pergi lagi..kat jakel pun belum pergi lagi, ada pulak dekat 1 shamelin..alahai..memng kene pergi la..tegh ada promosi ni

Eiza GreenAppleKu said...

hurm..bilalah Lulu nak buka cawangan di Penang pulak ye. Bolehlah sis nak memborong stok bulanan. Nampak bahagia je mereka yang dah membeli belah di Lulu.

precious cla said...

Menarik juga aktiviti-aktiviti yang ada tapi, saya hanya mampu nak dengar kemeriahan dari jauh je. Kat KK belum ada branch ni pun. :)

Zharif Azis said...

Baguslah pasaraya LuLu nie. Hampir setiap bulan ada promosi. Mmg tempat nie merupakan lokasi pilihan utk beli-belah. Selalu ada je promosi dorg. Murah2 betul !!

Wan Syahida said...

Saya tak pernah dengar atau nampak la pulak pasaraya LuLu ni. Macam menarik. Kalau nak beli kuih muih buah tangan sesuai la menapak ke sini. Bagus usaha pasaraya ni dalam usaha nak tarik pelanggan. Buat aktiviti camni :)

Mohd Zarin said...

wah menarik betul pasaraya lulu ni.. ada macam -macam promosi. Kuih muih dia pun nampak sedap dan menarik

HALIMAH BINTI MUHIDEN said...

Selalu tgk Lulu buat jualan murah dan ramai yg tau