Sunday, May 26, 2019

Sunway Lost World of Tambun | Meraikan Malaysia First Lah Hari Raya Serta Majlis Memperkenalkan Kuang Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kemeriahan hari raya kian terasa, maklumlah kurang daripada 10 hari lagi kita semua akan menyambut hari mulia Hari Raya Aidilfitri. Gituhhh. Hey korang raya-raya jugak tu tak plan nak kemana-mana ke sepanjang cuti sekolah ni kan? Jom ke Sunway Lost World of Tambun untuk merasai kemeriahan Malaysia First Lah Hari Raya. Jom baca butirannya.....


Sunway Lost World of Tambun berkesempatan mengadakan sambutan sempena Hari Raya yang diberikan nama sebagai Malaysia First Lah yang bermula daripada 25 May sehingga 9 Jun 2019. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan di LWOT sempena hari raya ini seperti penyediaan permainan tradisional seperti congkak, teng teng dan banyak lagi serta persembahan istimewa di pool yang pasti meriah.

Para pengunjung juga akan disediakan makanan istimewa bersempena dengan hari raya di Dulang Tea House seperti rendang tok daging, patin tempoyak, ketupat, lemang dan banyak lagi.....

Kuang Raya Pertama di LOWT



Sunway Lost World of Tambun telah merasmikan Kuang Raya pertama yang kini ada 6 ekor kesemuanya. Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Abdul Kadir Bin Abu Hashim, Pengarah Perhilitan. Mesti ada yang tertanya-tanya apa tu Kuang Raya. Meh nak habak kat hampa semua yang Kuang Raya adalah spesis burung Merak yan korang suka tengok tu. Kuang Raya mempunyai bulu yang cantik dan seakan-akan mata. Menurut Jabatan Perhilitan, Kuang Raya merupakan spesis haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan yang hampir pupus. Dengan usaha peliharaan yang diambil oleh LWOT ini, diharap Kuang Raya akan membiak lebih banyak dan akan menjadi tumpuan orang ramai datang ke LWOT untuk melihat Kuang Raya.



Penginapan


Kami bermalam di Sunway Lost World of Tambun Hotel yang terletak betul-betul berhadapan Taman Tema LWOT ini. Memang selesa dan Faries paling suka dengan view yang korang boleh tengok terus daripada tingkap hotel. Cantik je gunung ganang batu kapur tu. Kemudahan lain dalam hotel pun lengkap dan untuk kegunaan iron korang boleh minta di  yer.


Jalan-Jalan Sekitar LOWT

Rasanya kali terakhir datang sini masa zaman diploma dulu. Banyak dah perubahan kt sini taw. Akan datang ada banyak water slide dah. Dan banyak tarikan baru seperti Luminious forest, Ada banyak haiwan baru yang comel-comel ada camping punya tempat. Terlampau banyak susah nak sebut satu2. Korang tengok gambar2 kt bawah.






Nak tahu lebih lanjut mengenai Malaysia First Lah Hari Raya, Boleh layari


+6055428888

Sunway Lost World of Tambun
1, Persiaran Lagun Sunway, 
Sunway City, 31150 Ipoh,
 Perak Darul Redzuan

19 comments:

Kayathre said...

I went here with my family last year. We had a lot of fun there. It was really a good place.

Rawlins GLAM said...

Kenapa tak ajak saya sama tempoh hari?
Saya pun nak tengok Kuang Raya tu.
Hehe.
Rawlins suka LWOT nie sebab selesa dan tidak panas. Banyak kemudahan kan.

Muhammad Naim Abdullah said...

Nampak makin menarik tempat ini,. Lama x pi sana hehe

Julia Mahir said...

Best nyaa! Teringin nak bawak anak-ana pergi since diorang ni mmg animal lovers. Dah la bilik pun nampak selesa sgt. Nanti nak p tgk Kuang Raya tu jugak la

cindyrina said...

First time tengok bilik kat sini. Nampak comfortable and boleh la singgah Raya nanti. Tapi sure fully book. Tunggu reda festive season I go and check this out.

saidila said...

belum pernah jejak lagi , ada cuti nanti boleh jugak bawak anak2 ke sini...boleh perkenalkan mereka dengan macam2 haiwan ..idakler tengok kat tv dan buku jer

Mahamahu said...

OMG kita baru tahu yang Kuang tu adalah burung merak hehehehe tak tahu sebelum ni awak tapi nanti kita nak beraya kat zoo ker pergi rumah sedara mara pun malas wakakakakak....

CXopportunities said...

Seronoknya ke Lost of Tambun! Sambut hari raya dengan permainan tradisioanal memang rare! Dah lama tak main congkak! Hahha! Penginapan dia pon nice. Menariklah! Kot² tiba² cx sampai sana kan nanti? Hehe

Syamimi Saad said...

Lost World ni kan x jauh pun dari rumah mak akk tau.
Dalam 10minit sampai dah..
Tapi dah lama giler akk tak ke sana..
haha..
Nama je kat tempat sendiri.. Tuan tanah pun dah lama tak masuk.
pernah masuk tahun 2013..
ni dah banyak perubahan dah..

Dikbee said...

Heyyy sis nampak juitaaaa... rindunya dengan juita. Pemalu tapi mahu bergambar.. hehe.. Best kan LWOT ni. banyak attraction. Tapi yang Luminious Forest tu tak pergi lagi la.. mesti cantik kan..

Mohd Zarin said...

Seronoknya bro kat situ. Saya pernah pergi kat sini tapi bukan untuk promosi raya macam ni. Nampak sangat happening dan meriah. Bilik dia pun nice juga

Hanny Abdullh said...

Bestnya, macam-macam ada kat sana, sis belum lagi jejak kaki kat sana, memang teringin sebab ada yang kata best..tunggu lah bila free free nanti

Eiza GreenAppleKu said...

Seronok juga sesekali dapat bercuti ke tempat macam ni. Lama gile sis tak ke LWOT. Bilik penginapan pun nampak sangat selesa. Bolehlah nak plan nak bercuti ke sini kelak.

Jia Shin Lee said...

I've always wanted to visit the Lost World of Tambun and your post has just given me more reason to visit the place with my family, it will be a fun trip for us.

Zharif Azis said...

first time tengok kuang raya. ya Allah cantik betul ya ciptaan Allah. bulu2 nya tu mahal. semoga haiwan ini tidak pupus supaya generasi akan datang dapat lihat keindahannya

AlongMurni said...

Best n menarik nya lokasi yg Faries pegi.. Leh la AM masukkan dlm wish list lokasi yg AM nak pegi nnti.. Best pegi bawa anak2.. Mesti teruja diaorg nak tgk Kuang nie.. Si adik nie mmg obses skit kalu dpt tgk binatang..

Nisa Kay said...

nisa kan sebenarnya belum pernah ke lost world of tambun tauu!!!
allahuuu bila lah dapat luangkan masa bercuti ke sana. nak jugak pergi, tengok semua orang dah pergi kata best..

Sunshine Kelly said...

Best nyer! I wish to go also but i have work on that week so cant take leave. Hopefully next round I have chance to go.

Ruby said...

Akak ada plan cuti nak pi LWOT. Tapi akak selalu Tak boleh catch up dengan jadual semua ahli keluarga. Jadinya kami Tak pergi. Tengok gambar Faries aje la mampaknyaaa.