Wednesday, May 1, 2019

MyCelebrity-Program Terbaik Asah Bakat Kanak-Kanak Dibawakan Oleh RIZQ Educare

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bakat serta keupayaan luar biasa yang dimiliki oleh setiap kanak-kanak harus diberi perhatian terutama buat ibu-bapa. Kanak-kanak kebiasaannya mempunyai bakat seperti menari, menyanyi, bermain alat muzik, bercerita dan banyak lagi tetapi tidak diasah dengan betul. Rata-rata ibu bapa kurang tahu akan minat dan bakat yang anak-anak mereka ada yang membuatkan kanak-kanak kecenderungan anak-anak itu tidak diasah dan bila meningkat dewasa nanti tiada keistimewaan atau kebolehan yang boleh ditonjolkan. Jadi rasanya belum terlewat untuk korang hantar anak-anak korang ke program MyCelebrity yang dibawakan oleh RIZQ Educare! Nak tahu apa itu MyCelebrity? Korang kenalah baca sampai habis.....


Untuk pengetahuan semua, MyCelebrity dibawakan oleh RIZQ Educare dengan matlamat memupuk bakat kanak-kanak sejak kecil lagi. Program ini ditubuhkan kerana percaya setiap kanak-kanak dilahirkan untuk menjadi bintang. Program MyCelebrity ini memfokuskan pembelajaran yang menyeluruh dalam 5 bidang asas iaitu Muzik, Coding, Animasi, Video Produksi dan juga Bahasa Mandarin. Menarik bukan? Korang boleh bayangkan tak daripada kecil dah dapat belajar muzik, coding dan sebagainya, dewasa kelak ada bakat yang dapat ditonjolkan dan mungkin menjadi seorang yang luar biasa.hehehe

Eh ada lagi taw, MyCelebrity juga menerapkan kelas 'Public Speaking' atau dalam bahasa Melayunya kelas pengucapan awam dimana ke 5 bidang asas ini akan diterapkan kelas public speaking. Sebagai contoh bagi kelas muzik, kanak-kanak akan belajar muzik selama 1 jam dan baki 1 jam lagi akan diajarkan pengucapan awam berkonsepkan muzik. Tujuan utama ialah untuk memupuk keberanian kanak-kanak berucap dihadapan orang ramai dan Faries rasa ini sangat bagus untuk menambahkan keyakinan diri setiap kanak-kanak.

Demo kelas muzik bersama tenaga pengajar berpengalaman.

Kelas demo bersama Cikgu Sakura dalam kelas coding


Untuk program ini, hanya dilakukan pada hari minggu samada Sabtu atau Ahad selama 2 jam. Ibu bapa boleh pilih waktu yang free untuk menghantar anak-anak mereka. Terdapat 5 modul+ 1 iaitu (Pengucapan awam). Kelas ini berlangsung selama 3 bulan sahaja. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun sahaja.

Jom kita lihat  pula dengan lebih dalam 5 program yang ditawarkan oleh MyCelebrity ini:

Kelas Muzik

Muzik merupakan salah satu alat untuk meningkatkan kekreatifan kanak-kanak. Pada waktu kecil ini adalah masa yang sangat sesuai untuk mereka belajar muzik. Mana tahu kelak, mereka boleh mencipta lagu, bermain alat-alat muzik dan sebagainya.

Kelas Coding

Didalam era teknologi 4.0 ini, teknologi bukanlah perkara asing lagi buat semua termasuk golongan kanak-kanak. Sistem coding diajar bagi melatih kanak-kanak mengenai sistem coding dan memberikan gambaran hidup sebagai seorang Programmer.

Kelas Animasi

Rasanya ini kelas paling diminati sebab kanak-kanak selalunya suka dengan karakter kartun. Dalam program MyCelebrity ini, kanak-kanak akan diajar memcipta karakter kartun, membuat skrip,pengcahayaan,muzik dan susan muzik latar bagi animasi. Fuhh menariknya.


Kelas Video Produksi

Seterusnya untuk kelas video produksi pun macam best. Dalam dunia kini video boleh menghasilkan duit. Sekiranya dipupuk daripada kecil dan bila dewasa sangat bermanfaat untuk kanak-kanak. Di dalam program ini, kanak-kanak akan diberi pendedahan dengan cara penulisan skrip, berlakon, mengarah, kamera dan mereka akan diajar menghasilkan filem pendek. Wow!Memang terbaik....

Kelas Bahasa Mandarin

Kini, bahasa ketiga merupakan salah satu aspek penting untuk seseorang mendapatkan tempat atau kelebihan lainnya. Kelas Mandarin yang dibawakan ini sangat bermanfaat untuk kanak-kanak menggunakan bahasa ketiganya iaitu bahasa mandarin didalam perbualan harian dengan kawan-kawan berbangsa cina dan juga apabila melancong dan sebagainya. Dulu pernah belajar cuma tak khatam dan itulah bagusnya belajar daripada kecil. Serius ini peluang terbaik untuk kanak-kanak mengusai bahasa ketiga selain penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris.

Harga?

Untuk program MyCelebrity ini, kanak-kanak akan diberikan 10 modul selama 3 bulan.Kanak-kanak juga akan dibekalkan dengan MYC Kit iaitu kelengkapan untuk digunakan di kelas-kelas yang dipilih. Harga yuran seperti dibawah:

Pendaftaran : RM 50
MYC Kit : RM 45
Yuran 10 Kelas: RM 550


Korang semua boleh tengok ada 50% diskaun sempena hari raya. Pendaftaran mestilah sebelum 5 June 2019. Memang berbaloi abis! Korang jangan lepaskan peluang ini. Anda penentu masa depan anak-anak anda. 

MYC Kit yang disediakan untuk pelajar

Berbaloi bukan? Jom apa tunggu lagi, serlahkan bakat dan minat anak anda. Kejayaan anak anda kelak merupakan kejayaan hasil didikan dan perancangan terbaik untuk anda. Daftar sekarang! Kelas pertama bagi program MyCelebrity ini akan bermula pada 16 June 2019. Cepat cepat!!!!

Bersama kanak-kanak di RIZQ Educare

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi

Bakri Imaan Adam

0183517357  
atau email ke
bakriadam@rizq.edu.my

21 comments:

Jueliza Jamani said...

Woww sangat dengan school ni.. tabik betul la pengasas sekolah ni. tengok la program yang ditawarkan sangat menarik minat student untuk join. yang nyanyi tu ehh best laaa

Maya said...

Selain akademik, rasanya memang bagus kalau mak bapak hantar anak-anak belajar kemahiran macam ni kan

Qeela said...

wahh menariknya My Celebrity punya programme ni! Wonder if dia akan buka lebih banyak cawangan di seluruh negara tak agaknya sebab bagus kalau ada bnyk pusat education tmbhn sebegini berdekatan dgn area rumah kan. as for mandarin lessons my kid mmg dh belajar di sekolah, but tertarik sgt dgn pembelajaran yg lain2 tu mcm muzik dan sebagainya.

Admin said...

Program yang menarik ni.. Boleh mencungkil bakat kanak_kanak.. Ibubapa sesuai hantar anak2 utk tambahkan kemahiran mereka.. Info yang bermanfaat

el said...

kita dulu mana ada kelas2 mcm ni..tp bertuahlah budak2 sekarang mcm2 kelas ada untuk bagi asah bakat yang ada dlm diri kanak2 tu..baguslah kelas ni..siap ada kelas coding n video tu..kecik2 dah pandai edit video alahaiiii

budakbandunglaici said...

tak la mahal sangat harga yuran. dari luar gah cantik betul bangunan tu. ceria je..ingatkan mahal la kalu hantar anak kat sini. wah kecil-kecil lagi dorang dah expose kelas coding. BBL berminat sangat nak belajar coding..boleh register tak?

Mouse Mommy Treats said...

Banyak program yang menarik ditawarkan, salah satu coding tu , nampak ramai budak2 belajar jugak.

MiaZain said...

Baguslah class macam ni. Memang complete pakej untuk anak-anak. Bukan belajar tentang muzik je, tapi boleh bina keyakinan anak-anak jugak. Kalau dekat, memang dah daftar dah ni...

AyuArjuna BiGoshh said...

bagus sebenarnya kelas hujung minggu macam ni..dapat melatih anak2 buat aktiviti yang bermanfaat.. tidak lah terlalu dengan gadget 24 jam kan..memang terbaik

Bonde Zaidalifah said...

Menariknye... Terima kasih diatas pperkongsian ini, nnt akak boleh kongsikan pada kawan-kawan juga, kebanyakkannya duduk area sini.. Kadang-kadang tak tahu nak bagi aktiviti apa utk anakkan! Lebih baik kita beri pendedahan yg berfaedah mcm ni

nikkhazami said...

menarik juga join kelas kelas macam ni. tidak terumpu kepada akademik sahaja. dalam masa sama anak2 boleh berhibur sambil belajar

Wai Yee aka Rane said...

I like this idea. Train the kids from young haha. Everyone can be a youtuber with the training like this since young yeah

Mimie said...

Eh nampak menariklah kelas macam nih kalau anak anak join. Confirm diorang enjoy. Harga yabg ditawarkan pun murah dan berpatutan. Pakej yangbditawarkan semua menarik. Boleh share mengenai kelas ni dengan kawan kawan. Mana tahu diorang juga berminat nak masukkan anak anak ke kelas ni kan.

Zharif Azis said...

menariklah program hujung minggu yg dianjurkan oleh rizq school nie. tak adalah budak2 tu buang masa dekat rumah tak buat apa2. at elast dorg boleh belajar something. modul program nie pon nampak best dan menyeronokkan. mesti budak2 suka

Tenshi Chn said...

It's important to let the kids try out everything. Then only we can truly let them improve their true talents!

saidila said...

menariklah kelas nih untuk anak2..paling tidak boleh bantu diorang cipta dan datangkan hobi baru dalam kehidupan mereka..

kelas ni juga dapat bantu mereka develope lagi skill yang memang mereka ada dengan lebih baik supaya dapat dimanfaatkan kemudian hari

CXopportunities said...

Cx pernah baca pasal kelas Rizq ni. Memang terbaik dan bagus sebab kita dapat kenalpasti bakat dan minat anak² kita. Atleast, dapatlah kita kembangkan bakat anak². Bagus sangat kelas macam ni. Anak² pon tentu suka dan tidak mudah bosan sebab dapat masuk kelas yang mereka suka. Memang hebat!

Rawlins GLAM said...

Bagusnya ada ruang sebegini untuk anak-anak explore potensi diri dan mengembangkannya dengan bantuan professional. Selain dari mengisi masa terluang, mereka dapat mempertingkat nilai diri.

Tengkubutang said...

Wahh.. aktiviti atau kelas macam ni bagus juga diadakan, masa ni la kita dapat cungkil bakat terpendam kanak-kanak kan.. Alaa.. kelas ni kjhas untuk kanak-kanak je ke? takde untuk dewasa ke.. teringin nak belajar coding gitar.. hehehe

Cik Puan Ena said...

Btol tu. Ena as parents kalau nampak bakat anak pon tapi kita tak berapa pakar nak mendalami apa yang betol2 die boleh serlahkan bakat. Setakat basic kita tahu lah. Bagus ye kelas ni. Dia betol2 explore semua bakat yang ada. Ada kelas mandarin pon bonus untuk anak. Then kelas pon hari minggu saje.

Nina Mirza said...

Menarik! Dari anak kecil kita dapat mengasah bakat dan minat anak ke arah yang lebih baik. Sekurangnya aktiviti yang bermanfaat untuk mereka. Yuran pun ok why not