Saturday, May 25, 2019

Momentum Internet Melancarkan Roket Pemasaran Momentum (RPM) 2019 Dengan Yuran Serendah RM1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ilmu perniagaan merupakan salah satu ilmu yang sangat penting bagi peniaga untuk terus maju dalam apapun perniagaan yang dijalankan. Mungkin sesetengah orang kata tanpa ilmu meniaga pun boleh je berjaya tapi ada baik dan buruknya juga. Dengan adanya ilmu, perniagaan akan jadi lebih mudah untuk para peniaga menyusun strategi perniagaan mereka. Baru-baru ini, Faries telah hadir ke majlis pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019- Nak Tarik Pelanggan bertempat di Hotel Villa Subang. Jom baca butirannya!


Sebelum kita pergi jauh jom kita lihat sendiri latar belakang Momentum Sdn Bhd yang merupakan syarikat yang ditubuhkan pada 2017. Penubuhan syarikat ini bertujuan membantu para usahawan dan bisnes menggunakan sepenuh potensi pemasaran online dengan hanya beberapa klik di internet. Jangan tak percaya pada zaman revolusi teknologi kini pun ada peniaga yang masih tidak tahu menggunakannya. Produk yang ditawarkan oleh syarikat Momentum terdiri daripada latihan, coaching, apps , pengurusan pelanggan dan penerbitan bahan-bahan online. Target mereka adalah ingin melahirkan ramai jutawan di Malaysia kelak. Hebat bukan?

Roket Pemasaran Momentum 2019- Nak Tarik Pelanggan

Program ini dilancarkan dan menyasarkan 50,000 usahawan akan menyertai RPM 2019- Nak Tarik Pelanggan kali ini sempena dengan ulang tahun ke 5 Momentum Internet Sdn Bhd. Misi kali ini lain dan tak bukan untuk membantu usahawan-usahawan didalam perniagaan mereka dengan tunjuk ajar daripada sifu pemasaran terkenal Najib Asaddok.

Program RPM 2019- Nak Tarik Pelanggan ini akan dijalankan pada bulan Julai tahun ini.


Yuran serendah RM 1 untuk peserta 1000 terawal

Teruja bukan dengan hanya berbekalan RM 1 korang boleh join program RPM ini. Nak tahu rahsia, tips, teknik perniagaan online yang merupakan senjata setiap perniagaan, korang kene join RPM kali ini dan ingat peserta 1000 terawal sahaja!

Nak daftar boleh terus klik link www.naktarikpelanggan.com

Kenali Najib Asaddok

Najib Asaddok nama diberi adalah seorang Usahawan Internet sejak tahun 2009, trainer dan penceramah, penulis Buku Roket Emel & terbaru Buku Roket Bisnes. Beliau merupakan CEO Momentum Internet Sdn Bhd syarikat yang beliau asaskan. Beliau berpengalaman dalam bidang sales sejak tahun 2005 lagi dan ilmu itu membantu beliau berjaya dalam perniagaan yang beliau ceburi. 

Najib Asaddok juga telah melatih puluhan ribu usahawan dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Beliau menjadi rujukan kepada usahawan yang melebarkan sayap melalui pemasaran online. Melalui skill & ilmu beliau, ramai usahawan berjaya mencapai jualan ribuan ringgit ke jutaan ringgit setiap tahun dengan formula yang mudah & senang dilakukan. 

Beliau pernah diundang untuk memberikan ceramah & perkongsian di beberapa badan kerajaan & Universiti seperti MARA, Perbadanan Usahawan Negeri Johor, MRSM, Kolej Komuniti, UPSI, UTM, KUIS dan banyak lagi. Selain itu beliau juga ditemuramah beberapa media seperti Harian Metro, Majalah Harmoni, Nasi Lemak Kopi O TV9, Selamat Pagi Malaysia, Astro, Sinar Harian & Majalah Remaja. 

Beliau juga banyak membantu usahawan melalui siri latihan online di Facebook, Youtube & siri emel kepada ramai usahawan. Beliau sangat percaya, hidup manusia boleh berubah jika ada ILMU, Kesungguhan & sifat berserah kepada Allah SWT. Tugas kita sebagai manusia hanya BUAT JER & konsisten capai kejayaan.


Nak tahu lebih lanjut, boleh terus layari 

2 comments:

Illya LeYa said...

Betul tu. Nak berniaga kena ada ilmu juga kan.. Bekalan hari tua org cakap..hehe.. Jangan berlagak sombong untuk menimba ilmu dengan cikgu / pakar walaupun kita dah berjaya. Ilmu tetap dituntut utk penambahbaikan diri

miao sai said...

agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
WA : +85587781483