Tuesday, May 14, 2019

Dookki, IOI City Mall, Putrajaya Menawarkan Pilihan Makanan Buffet Korea Terbaik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Makanan Korea dah bukan menjadi perkara asing lagi di Malaysia. Kalau korang perhatikan di kebanyakan pusat membeli-belah terdapat banyak kedai makanan yang menawarkan makanan Korea dengan pelbagai jenama. Faries pun dulu tak berapa minat makanan Korea tapi sekarang ni dah macam terminat pulak.hehehe. Rasanya nak pilih yang betul-betul kena dengan citarasa tu susah bukan? Faries nak kongsi satu tempat makanan Korea yang berbaloi iaitu Dooki  Malaysia yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya. Nak tahu apa yang bestnya dekat sini? Korang kene baca sampai habis....


Untuk pengetahuan korang semua, Dookki menawarkan makanan secara buffet. Jadi korang boleh tambah makanan mengikut kepuasan korang nak makan banyak mana. Jarang taw nak dapat makan makanan Korea buffet pada harga terendah. Bab harga nanti Faries cerita sekarang nak fokus cerita tentang menu apa yang wajib korang makan dekat sini.



Salah satu rice cake yang popular dekat Dokki ni ada perisa cheese, sweet potato, pumpkin dan ada beberapa lagi

1.Hotpot Topokki
Kat sini korang boleh hidangan utamanya ialah HOTPOT Topokki, jadi korang boleh ambik bahan-bahan mentah untuk korang pilih nak makan yang mana. Terdapat 5 jenis rice ball disediakan. Memang sedap weyh.


2.Chicken Fried Rice
Selapas korang dah makan hotpot korang boleh bersihkan kuali tu dan korang boleh ambik nasi dan bahan-bahan untuk buat Nasi Goreng pulak. Korang ambik bahan je nanti staff akan masakkan untuk korang


Chicken Fried Rice untuk kanak-kanak yang tak makan pedas

3. Sampingan
Korang akan disediakan dengan Freeflow Odeng, Ramen, Rice Ball, Makanan goreng-goreng seperti kentang goreng dan paling best ayam goreng spicy korea tu.Perghh. Pilihan air seperti Lemonade, Oren, Ice Lemon Tea juga disediakan






Rasanya lupa nak bagitaw yang korang boleh pilih tahap kepedasan yang korang nak untuk korang masukkan dan HotPot dan Nasi goreng tu nanti. Korang boleh rujuk gambar dibawah. Untuk Cheese Ring juga boleh minta tapi cas lain ya.



Harga?

Korang mesti nak tahu tentang harga kan. Biasanya harga untuk makanan korean agak mahal sikit. Tapi di Dookki serius tak tipu murah dan aku rasa sangat berbaloi!!!Siap ada diskaun untuk pelajar lagi. Fuh!!

Promosi 

Student: RM 27.80 nett
Lunch: RM 29.80 nett

90 minit makan ( Isnin hingga Jumaat sahaja) 
Bermula jam 11.30 pagi sehingga 4.30 petang


Istimewa Ramadhan!


Harga istimewa sempena sambutan bulan ramadan serendah RM 35.80 nett. Tiada cas tambahan. Korang boleh refill sebanyak mana yang korang nak.


Apa tunggu lagi? Jom ajak kawan-kawan semua berbuka di Dookki! 

Nak tahu lebih lanjut serta sebarang tempahan, sila layari:


Phone: 03-86854439

Dookki Malaysia IOI City Mall Putrajaya
L1-12B, IOI City Mall, Putrajaya

Waktu Beroperasi:
 11.30 pagi- 10.00 malam


4 comments:

Siti Awadah said...

suka menu korea sbb sedap sedap! done follow blog awak, ada masa jemput singgah ke blog saya juga

IRDINA said...

Dina baru je try makan sini. memang sedap!

https://ohhdina.blogspot.com/

Tasya Vennia said...

I love this blog so much it gives me so much inspirations.

Judi Tembak Ikan Online

bonus besar Sepak Bola

Bandar judi Sepak Bola

Judi Tembak Ikan Online

bonus besar Sepak Bola

Bandar judi Sepak Bola

game online uang asli indonesia

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators