Saturday, April 27, 2019

Restoran Mangkuk Ayam, Dpulze Cyberjaya Menawarkan Pilihan Makanan Popular Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Wah kalau bercakap pasal makanan popular Malaysia mesti korang semua dah boleh bayangkan pilihan makanan seperti rojak, mee udang, mee kari, nasi lemak, cendol, ABC dan pelbagai lagi. Ni Faries nak kongsi tempat makan yang menawarkan pilihan makanan Malaysia yang Faries boleh katakan sedap dan terbaik weh. Pernah dengar Restoran Mangkuk Ayam? Jom kita baca lagi kalau nak tahu apa yang istimewanya makanan dekat Restoran Mangkuk Ayam ini.

Untuk pengetahuan korang semua, Restoran Mangkuk Ayam terletak di Dpulze, Cyberjaya di tingkat 1, berhadapan dengan kedai MyNews. Memandangkan kedai ini berkonsepkan mangkuk ayam, hiasan dalaman pun mengikut tema dengan terdapat pelbagai pilihan mangkuk dan gambar-gambar ayam. Memang cantik! 




Jom kita tengok antara menu-menu yang ditawarkan dekat sini.

Pilihan berkuah seperti mee sup, mee kari dan laksa


-
Pilihan pelbagai jenis rojak

Aneka pilihan nasi lemak berlauk.

Nasi lemak bungkus daun pisang pun ada taw





Harga?


Memang nampak menarik bukan semua menu-menu yang dihidangkan. Faries paling suka dengan pilihan rojak la sebab kita memang hantu rojak. Rojak ayam is the best. Kalau korang mai ke Cyberjaya boleh singgah ke Restoran Mangkuk Ayam ni, Harga pun berbaloi dan yang penting korang puas hati.hehehe

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari terus ke

Restoran Mangkuk Ayam
P10, D'Pulze Shopping Centre
Cyberjaya


Waktu perniagaan bermula: 11 pagi hingga 10 malam


21 comments:

Sally Samsaiman said...

Sama! suka rojak d buah dia dengan pecal sayur...

Fadzi Razak said...

Kuah rojak die sedap! Kalau nak makan rojak sedap datang sini je. Rojak ayam, rojak sotong, rojak buah. Semua boleh rasa.

Tengkubutang said...

Bila tengok pada menu-menu dalam gambar teringin pulak rasa nak makan kat mangkuk ayam ni.. dapat rojak yang pelbagai boleh pilih, mee sup mee akri .. laksa pun ada.. adoi.. terliur hakak tauu.. sedap ni.. dah lama tak makan dalam mangkuk.. huhuhu..

Wai Yee aka Rane said...

wa I feel hungry now. The food look really delicious. Especially the curry noodle in the ayam bowl haha. so tempting

Mahamahu said...

Awas yer ayam sebelah awak tu tengok jer awak makan hehehehe... tapi kita suka sini sebab makanan banyak pilihan dan juga semua sedap-sedap belaka lah hehehe nak datang lagi awak belanja lak ok...

Mama Kembar Tiga said...

Terliur lah tengok makanan ni semua. Rojak ngan nasi lemak memang favourite lah. Leh bawak family try kat sini lah nnt

budakbandunglaici said...

suka betul datang makan kat restoren mangkuk ayam ni. kita ingat awak dah jadi duta kedai ni tadi..baru nak mintak sign. bila la kaki nak sampai kedai ni.craving pulak tengok gambar makanan tu

Nina Mirza said...

Fuhhhh.... Nasi lemak tu dok goda kita tau! Nape bikin kita terliur! Jahat tau...
Nanti nak datang sini bawak family laaa... Pelbagai pilihan menu yang ada, nampak menyelerakan

Zharif Azis said...

wahhh restoran mangkuk ayam !! pernah makan dekat sini beberapa kali memang sedap dan tidak mengecewakan. harga pon berpatutan standard harga kopitiam. suka laksa dengan rojak sotong dekat sini. best !

el said...

Sebut betul2 mangkuk ayam..kang tersalah sebut lain plak jadinya haha..tp kreatiflah owner dia pilih konsep mcm ni..deko dia pun comel2..semuanya ayam haha..menu2 dia pun jarang2 kita nk dpt..should try this one day

Nadia Johari said...

Banyaknya menu dia.. Semua nnampak sedap belaka.. Nama kedai pun unik.. Nasib hukanmangkuk ayun... Hehwhe.. Dekorasi sana aini ayam ye.. Hehehe

AyuArjuna BiGoshh said...

ya ampun makanan kat sini sedap2 belaka..suka tgk persekitaran dia canyik dan kemas..pingganmangkuk pun nampak klasik....ni yang nak terjah makan kat sini

yanmie said...

Takpernah lagi sampai sini. Kat cyberjaya ehh, boleh lah tey makan kat sini kalau pi area2 sebelah sana. Nampak menyelerakan banyak pilihan pula tu. nama restoran pun comel mangkuk ayam hahahha

yanmie
www.yanmieonline.com

Eiza GreenAppleKu said...

Cantik la mangkuk tu. Unik dan lain dari lain. Rojak dan pecal sayur sungguh mengoda. Mee kari memanggil-manggil untuk di nikmati.

Emi said...

Mangkuk Ayam ni tak nak buka outlet kat KL jugak ke? Jauh la nak ke Cyber. Sayang betul..sebab makanan dia semua sedap2 dan murah. Tapi jauhhh.

Cik Puan Ena said...

Besar betol mangkuk die ye. Puas hati kenyang makan. Semua nampak sedap. Favorite mee kari n mee udang. Kalau ada holiday boleh la plan ke sana nak rasa kesedapannya.

Syamimi Saad said...

Pagi pagi dah nampak macam macam makanan. Tergoda pulak tengoknya. Hehr
Kalau la mangkuk ayam ni ada bukak di JB ke, rasanya boleh jugak terjah.
Nak ke cyberjaya tu jauh nau.
Tapi teringin nak rasa.

AlongMurni said...

Nampak sedapnya menu2 di sini.. Nnti kalu singgah meeting d Cyberjaya, nak ajak boss cuba menu kat sini juga la..

AlongMurni said...

Nampak sedapnya menu2 di sini.. Nnti kalu singgah meeting d Cyberjaya, nak ajak boss cuba menu kat sini juga la..

AlongMurni said...

Nampak sedapnya menu2 di sini.. Nnti kalu singgah meeting d Cyberjaya, nak ajak boss cuba menu kat sini juga la..

Zandra Zane said...

Besar jugak kan portion dia. Bila tengok dari gambar first tu. Not bad lah tak mahal confirm kenyang. Tapi tu lah pernah pegi Dpulze baru bulan februari hari tu tak perasan ada kedai ni.