Thursday, April 25, 2019

Membeli-Belah Barangan Dapur Segar Dengan Harga Borong di Segi Fresh!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kalau bercakap pasal beli barangan dapur ni memang golongan yang dah berkeluarga nampaknya lebih ghairah. Eh kita yang golongan muda pun suka taw bab bab membeli barang dapur lagi-lagi barangan yang murah dan rasa berbaloi. Nak cerita sikit, minggu lepas Faries pergi ke Segi Fresh cawangan Balakong. Pergh memang terbaik betul baranganm-barangan dekat sini. Nak tahu apa yang terbaik sangat tu? Korang kenalah baca sampai habis......hehehe

Untuk pengetahuan semua, Segi Fresh merupakan salah sebuah pasar raya yang telah wujud di Malaysia hampir 20 tahun dan sudah mempunyai hampir 33 buah cawangan diseluruh Malaysia.Segi Fresh sendiri memfokuskan barangan mereka kepada golongan pemborong, para peniaga, untuk mereka yang ingin membeli untuk keperluan kenduri dan sebagainya. Untuk individu yang ingin membeli barangan keperluan harian pun tidak ada masalah. Lagi bagus yang penting murahhhh






Antara barang yang Faries fokuskan masa membeli tu kebanyakannnya barangan dapur. Apa ingat orang bujang tak masak ke? Hampir 300 ringgit juga hasil belian haritu. Penuh satu troli dan sempat sedekah separuh dekat kakak-kakak sebab tak abis pun. Macam-macam kita pilih taw antaranya ikan salmon, siakap sampai 6 ekor kite ambil sebab murah dan banyak lagi. Nak listkan mmg tak abis sampai besok rasanya

Ini suke je taw. Ada lagi tak masuk.hehehhe



Nak tahu apa yang bestnya lagi tentang Segi Fresh?

Menawarkan Harga Borong untuk Kesemua Produk
Barangan basah yang segar dan berkualiti 
Harga terendah sentiasa 

Dibawah merupakan senarai cawangan Pasar Raya Segi Fresh seluruh Malaysia:
  • Selayang
  • Cheras
  • Balakong
  • Subang
  • Telok Panglima Garang
  • Ampang
  • Kayu Ara
  • Pudu
  • Batu Caves
  • Bukit Beruntung
  • Saujana Utama
  • Jalan Kebun
  • Kuala Selangor
  • Sungai Udang
  • Taman Bukit Coral (SIKAMAT)
  • Puchong Denai
  • Slim River
  • Meru
  • Bandar Tasik Puteri
  • Tanjung Malim
  • Nilai (Bandar Enstek)
  • Semenyih
  • Batu Berendam
  • Sungai Besar
  • Batang Kali
  • Banting
  • Kuala Kangsar
  • Tanjong Karang
  • Bestari Jaya
  • Alor Gajah
  • Gombak
  • Taman Mas Puchong
  • Teluk Intan (Coming Soon)
  • Pandamaran (Coming Soon)


Secara keseluruhnya, Faries memang puas hati membeli-belah disini. Harga terbaik dan yang penting semuanya segar dan berkualiti tinggi. Korang sendiri boleh comparekan harga ye dengan tempat lain. Bukan nak cakap kosong. Walaupun Segi Fresh tak lah segah pasaraya lain yang ada di Malaysia tapi nilai dari segi harga memang tiada tandingan. Bulan puasa dah nak dekat, boleh bersedia bekalan untuk berbuka dan masa raya nanti pun boleh borong sakan. Eh barangan kering pun murah-murah jangan risau. Jadi tunggu apa lagi? Hello hello mak korang sekarang!heheh. Jom ke Segi Fresh berdekatan anda....

Terima Kasih Segi Fresh <3


Nak tahu lebih lanjut, boleh layari terus ke:



12 comments:

Rawlins GLAM said...

Wah. Dia pandai membeli barangan basah dan barangan dapur. Lepas nie mesti ramai yang nak mengisi borang untuk memohon menjadi suri hati. Hahaha.
Masak sket ye.

Wai Yee aka Rane said...

wa Segi Fresh ini looks best. People can shop almost everything there. I like that the products are fresh and reasonable priced there. Will check it out

Lia Hasty said...

Kan best pasaraya segi fresh ni ada cawangan kat Penang jugak. Jeles tengok korang shopping barang basah yang fresh2. Susunan barang pun teratur & harga pun murah.

Mimie said...

Memang segar segar barang basah dan aayur kat segi freah ni ya. Kalau ikan, udang, sotong, ayam yang segar segar ni memang akak auka. Kita nak pilih dan beli pun puas hati sebab segar kan. Dahlah segar murah pulak tu. Siapa yang tak suka. Nasib baik jauh dari kawasan akak tinggal. Kalau dekat memang dah terjah segi fresh ni

mrsliez said...

Seronoknya dapat shopping brg dapur klau murah dan segar mcm ni. Kak liez suka klau dpt shopping dekat segi. Dekat area batu caves pun ada segi fresh.. suka membeli seafood sbb jarang dpt mkn seafood so shopping seafood sekali sebulan.. pilihan sayur sayuran pun banyak dan segar. Kira semua boleh cari bawah satu bumbung

Fadzi Razak said...

Sedihnya tak ada dekat Shah Alam. Nak jugak shopping sakan macam ni. Not bad jugak boleh dapat banyak sekali shopping bajet banyak tu. Senang pulak tu banyak pilihan barang mentah

MaisarahSidi said...

Kat tempat saya pun ada juga Segi Fresh ni. Banyak barangan yang murah harganya. Beli banyak-banyak sekaligus memang untung. Ramai yang datang sini sebab berpatutan harganya

www.maisarahsidi.com

Thirteen said...

20 tahun dahhh? Awat kita xtauu. Bila check balik location, rupanya ada dekat sangat dengan kita. Hohohoho. Dua tempat dekat. Subang dan jalan kebun. Hahahahaha.

Tengkubutang said...

wahhh.. memang nampak segar semua barang basah dan barang lain yang dibeli.. TB pun suka tengok yang segar bugar macam ni.. tapi ada ke segi fresh ni dekat area setapak ek.. nak check sat.. hehehe

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

bestnya shopping di sini.

Izaramli said...

Barang basah dia banyak jugak and semua nampak fresh. Best ni shopping barang dapur kat sini. Tapi tak ada kat kuantan laaa. Kalau ada kat kuantan mesti Iza pun dah peegi jugak.

Mek Onie said...

Honestly, onie dah lama gila tak ke Pasar Segi ni. Barang dorang memang okay sebenarnya, cuma onie menapak ke Pasar Segi. Agak jauh dari umah, huwarrrr...tengok korang pakat pegi Pasar Segi rasa teringin gak nak pergi. Harga pun not bad :D