Sunday, April 7, 2019

Dapat Tajaan Perkahwinan Hampir 500 ribu- Tuah Siti Jamumall Selalu Live Di Media Sosial

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perkahwinan yang grand serta mewah dan mendapat tajaan penuh daripada syarikat perniagaan terkenal mahupun perniagaan kecil-kecilan  merupakan impian semua orang.Alhamdulillah dan rasa sangat berbesar hati kerana telah dijemput bagi memeriahkan majlis perkahwinan si gadis kecil molek bernama Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall yang merupakan promoter dan dan host bagi JamuMall.com


Jom kite ulas sedikit latar belakang Siti Jamumall untuk sesiapa yang masih belum mengenali beliau. Faries sendiri pun baru mengenali beliau setelah melihat sendiri ke website JamuMall.com dan juga akuan sosial media beliau. Terkejut dan rasa bangga bila mengetahui Siti merupakan seorang boleh dikatakan promoter online didalam media sosial Facebook dan hampir 100 buah perniagaan telah menggunakan khidmat beliau untuk meningkatkan hasil perniagaan dan memperkenalkan perniagaan kepada orang ramai. Fuh hebat betul gadis cilik berumur 19 tahun ini

Kalau korang nak tahu juga, ramai artis dan vendor-vendor telah menggunakan Jamumall.com sebagai platform untuk memperkenalkan produk-produk mereka. Nak tahu boleh terus ke JamuMall.Com atau Facebook: Jamumallcom

Sesi temubual bersama Siti dan Syafiq serta abangnya.
Untuk pengetahuan semua, perkahwinan Siti pada asalnya dirancang hanya secara kecil-kecilan tetapi tuah Siti dan kebaikannya yang telah membantu banyak peniaga-peniaga untuk menaikan hasil jualan syarikat beliau. Siti menerima tajaan perkahwinan daripada vendor-vendor yang ingin menaja perkahwinan sehingga hampir RM 500 000. Bertuahnya Siti ini=)

Ramai sungguh datang memeriahkan majis

Jom kita lihat antara para-penaja yang telah menaja perkahwinan Siti& Shafiq:

Wedding by Emma
Pelamin dan Hiasan Dewan
Dlia Jane Bridal Collection
Baju Pengantin
Mad About Cake
Grand Cake
Rumpun Selera
Vip Menu
Ana Zahra Beauty
Coffee Es-Cream
Seri Lady Empire Resources
Jamu
Gallery Bawal
Tudung Bridesmaids
IrahSukri
Kain Pasang Diamond
Pretty Aini
Telekung
Zactthira Navillioniza
Make Up Set
Mehrun
Scraft
Art Creation Printing
Printed Box
Luxe Essencia Resources
Perfume
Arwana Resort
Pakej Honeymoon

Antara vendor-vendor makanan yang menaja makanan pada majlis perkahwinan Siti ini:






Memang tak dinafikan majlis perkawinan Siti Jamumall ini memang grand weyh. Tak sabar pulak rasa nak kahwin.hehehe. Bab makanan jangan ceritalah sebab semua sedap-sedap macam satay, pasembur, otak-otak dan pelbagai pilihan aiskrim viral, Faries dah rasa semua memang sedap weyh. Yang penting pengantin cantik dan berseri-seri sungguh!
Tahniah Siti JamuMall Dan Syafiq. Semoga berkekalan ke anak cucu dan bahagia selalu <3

18 comments:

Tengkubutang said...

fuh. meriah betul majlis kahwin siti jamumall ni yea.. siapa sangka kan.. TB pun tahu pasal siti jamumall ni dah lama jugak sebab hubby TB selalu cerita jamumall ni view dia selalu tinggi.. kadang juta2 pun ada.. Tapi TB tak pernah la tengok lagi live dia.. Ni bila dia kahwin majlis siap di sponsor ni.. buat Tb tertarik nak tengok live siti jamumall ni lak.. hahahah

Zandra Siti said...

Rezeki dia murah sangat time kawen. Ye lah dia pun sungguh2 promote produk orang kan, orang pun suka kat dia. I nak try kot promote sungguh2 mana tau nanti I kawen kena taja pulak. eh.

el said...

kalau tak viral kisah wedding siti ni..iols pun tak tahu yang dia dapat sponsor kahwin RM500K. Bertuah badan..dari berinai sampailah bersanding tu dia dia punya grand teruk. Iols suka tengok gambar dia berinai pakai songket..lawa gilesss

Mimie said...

Memang meriah majlis perkahwinan kalau dapatbtajaan sehingga rm500k .banyak tu .macam macam boleh dapatkan .rezeki pengantin sebab dapat banyak tajaan daripada pelbagai sponsor .memang macam perkahwinan vvip dah kan .

Wai Yee aka Rane said...

Wa 500k is big money to be spent in one wedding haha. They are surely happy with the grand celebration. But I think if they can donate some to those who is in need is better haha.

Nisa Kay said...

cantiknya tuan punya badan. selalu nampak dia dekat facebook..
dah kahwin ye dia. muda lagi orang nya... syukur betul dapat rezeki sponsor macam ni kan. pelamin pun lawaaa

airah syahirah said...

seronoknya dapat sponsor macam ni.boleh buat majlis meriah mesti puas hati. baju pengantin pun cantik

xulhlmi said...

Jealousnya tengok siti dapat tajaan sampai 500k, dah lah cantik, rezeki luas pulak tu. Pasangan ni sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah empat terus. Hahaha

Cik Puan Ena said...

Rezeki siti dapat tajaan banyak sebab kesungguhan die membantu promot produk orang.sama cantik sama padan mereka. Viral btol die kat fb. Huhu

Nina Mirza said...

Perghh... Meriah nya! Leh jadi wedding of the year kot kann? Pengantin pun lawa! Memula tak kenal pun dia, dah ramai citer terus kenal Siti Jamumall. Beruntung, rezeki dia dapat sponsor.

Syamimi Saad said...

Tahniah buat pengantin. Beruntung sangat dia kan..
Rezeki dia melimpah ruah dengan tajaan.
Siapa nak sangka semua tu.
Apa pun, menu dia tu pun menarik semua..
Sedapnya kalau dapat makan nasi kenduri. Hehe

AyuArjuna BiGoshh said...

Rezeki dia perkahwinan di taja. Meriah dan seronok bila tgk org berpusu-pusu dtg. Faries jadilah popular nanti kahwin ada org taja kahkahkah

Fadzi Razak said...

Untung rezeki dia kan. Tapi orang cakap dia selalu tolong promote barang orang jugak. Die buat live fb kan. Tu la sebab die dapat banyak sponsor kot. selalu tolong orang dengan cara macam tu.

iffah208 said...

Bertuahnye badan seorang Siti Jamumall, dapat tajaan banyak utk majlis perkahwinannya. Moga kekal sampai syurga.

Nadia Johari said...

Nas tak kenl pun siapa dia, tapi lepas ramai post baru tau siapa. Tak pernh pun nmpk sia live.. Hehehe.. Muraj rezeki dia dapat tajaan swbanyak tu.. Selamat pwngantin bafu siti..

budakbandunglaici said...

wah bertuahnya siti dapat banyak sponser time wedding dia. Betul la orang cakap, tuah ayam nampak kat kaki, rezeki manusia siapa yang tahu. Semoaga berbahagia siti & pasangan syafiq sampai ke anak cucu

Rawlins GLAM said...

Inilah rezki kan. Bak kata orang-orang tua 'buat baik berpada' dan inilah contoh kebaikan dibalas, berlipat ganda plak tu. Alhamdulilah

Sunshine Kelly said...

OMG!!! memang terbeliak mata bila baca news dapat tajaan wedding for RM500k, boleh lah jadi wedding of the year kan. Semua tip top, terbaik la.