Sunday, March 3, 2019

PKNS Tawar Rumah Selangorku Di Bandar Pintar Cyberjaya Pada Harga Terbaik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila kita bercakap tentang pembelian rumah, rata-rata akan mengatakan harga rumah pada masa kini terlalu mahal dan tidak selari dengan pendapatan yang diperolehi. Keinginan untuk memiliki rumah ini terus menjadi mimpi terutama kepada golongan muda dimana rata-rata masih belum mempunyai rumah sendiri. Sejak kebelakangan ini, pihak kerajaan telah membawa inisiatif baru dalam menawarkan 'Rumah Mampu Milik'.

Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama PKNS telah melancar satu lagi projek perumahan mampu milik yang terletak di Bandar Pintar, Selangor Cyber Valley di Cyberjaya yang dinamakan sebagai Rumah Selangorku Pangsapuri Idaman Residensi. Menarik bukan? Rumah mampu bilik di tengah Bandar ICT yang sedang membangun. Faries percaya rata-rata pembaca pasti berminat. Projek ini telah dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor iaitu, YAB Tuan Amirudin Bin Shari.


Penyerahan Sijil Pembelian kepada pembeli terawal Rumah Selangorku ini

Sebelum kita pergi jauh, jom kita lihat serba sedikit latar belakang PKNS sendiri dimana telah ditubuhkan pada tahun 1964 dibawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri. Nama sebenar organisasi ini ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor berfungsi sebagai pemacu ekonomi di Negeri Selangor sendiri melalui pembangunan pusat baru,rumah perniagaan dan pelaburan. Kini PKNS merupakan salah satu pemaju terbesar yang menghasilkan rumah mampu milik di Negeri Selangor.

Nak tahu syarat-syarat layak adalah seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 Tahun Keatas
  • Pendapatan isi rumah sehingga RM10,000 sebulan mengikut pilihan jenis rumah atau hartanah rumah dibawah harga kawalan
  • Pemohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari perjanjian  jual beli daripada pihak negeri
  • Perlu berdaftar dibawah LPHS

Jom kita tengok pula ciri-ciri istimewa yang ada di Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi:

Pangsapuri ini dijangka siap pada tahun 2021 dan akan menerima sijil siap (CCC) pada pertengahan tahun 2021. Tak lama dah. Pejam celik pejam celik dan siap.


Jumlah Unit
 864 Unit Rumah Termasuk 4 Unit Rumah OKU
Keluasan
 1,000 kaki persegi
Jumlah Blok
6 Buah Blok
Blok A- 14 Tingkat
Blok B- 15 Tingkat
Kemudahan
Tadika, Surau, Dewan Seberguna, Parking Bertingkat, Taman Permainan, Bilik Pengurusan Jenazah dan Pondok Pengawal

Ruang tamu yang luas berserta ruangan balkoni kecil diluar

Ruangan dapur

Lorong diantara bilik

Bilik Utama sekali dengan Tandas

Bilik Kedua

Bilik Ketiga

Tandas

Ruangan Balkoni di dapur

Setiap unit rumah diberikan 2 parking kereta taw. Wah ini sangat menarik.hehehe.Eh korang bukan itu saja taw, kawasan perumahan ini berdekatan dengan banyak tempat menarik dan menghubungkan kepada banyak jalan-jalan utama seperti;

  • Lebuhraya NKVE,LDP,SKVE,ELITE dan juga Lebuhraya MEX dan jarak ke Putrajaya adalah sepanjang 17 KM dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA sejauh 29KM.
  • Selain itu, kawasan ini juga berdekatan dengan beberapa kemudahan seperti Pusat Membeli Belah Dpulze, Shaftburry Square dan juga Centrus Mall
  • Tempat pengajian juga sangat berdekatan seperti MMU, Lim Kok Wing University, Sekolah Antarabangsa Korea dan banyak lagi pusat pengajian yang terdapat di sekitarnya
Rasanya Faries belum sentuh tentang rumah mesra OKU yang akan dihasilkan sebanyak 4 unit, Faries dah tengok memang betul-betul mesra OKU dan pasti golongan ini walaupun merupakan golongan minoriti tetapi keutamaan tetap disediakan. Pintu sliding, tandas duduk untuk orang kurang upaya serta rungan yang luas. Jom kita tengok didalam rumah mesra OKU ini.

Betul-betul mesra OKU

Harga?

Eh rasanya macam lupa nak kongsi tentang harga. Bagi Faries sendiri harga yang ditawarkan untuk kediaman yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air dan kaki perseginya juga agak luas dan kawasan yang dibangunkan juga sangat mampu milik. Rasanya tak mudah pada masa sekarang untuk dapatkan harga yang murah seperti yang ditawarkan oleh PKNS ini. Tengok harga dibawah

RM 232,000 Seunit

Cara Mendaftar Untuk Membeli Rumah Selangorku Idaman Residensi seperti dibawah:

Apa yang korang kena buat mendaftar  dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) dan pastikan korang belum mempunyai sebuah rumah ye. hehehehe. Klik link dibawah:


Pendaftaran ini sangat penting dimana PKNS hanya akan menerima senarai nama pemohon yang telah berdaftar di LPHS sahaja atau kata mudahnya selagi tak daftar di LPHS korang tak boleh la nak beli rumah dibawah program Selangorku ini. Jadi apa tunggu lagi, jom daftar sekarang.

Secara keseluruhannya, Faries rasa usaha yang dibuat oleh kerajaan Negeri Selangor sangat murni untuk membantu golongan B40 dan M40 untuk mendapatkan rumah sendiri dibawah Skim Rumah Pertamaku tercapai seiring dengan rancangan kerajaan negeri untuk menghasilkan 1 juta mampu milik buat seluruh rakyat negeri Selangor.

Dan Faries rasa sangat bersemangat kerana sesiapa boleh memiliki rumah ini asalkan belum mempunyai rumah. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan keluasan ruangan rumah yang disediakan. Korang tunggu apa lagi. Jom daftar dan mohon sekarang!!!!

Berpusu-pusu orang daftar

Untuk maklumat serta pertanyaan lanjut mengenai rumah Selangorku ini, sila layari,



atau hubungi wakil Jualan

019-2139991/018-2051713/014-3361891/017-3634821

20 comments:

saidila said...

dah lama teringin nak beli rumah sendiri under PKNS sebab katanya harga murah dan rumah pun cantik dan kawasan startegik ...kalau takder yang war2kan memang tak tahulah pasal benda nih ....harap kali ni abang setuju nak beli sebijik rumah impian untuk duduk sendiri

Zandra Zane said...

Walaupun under PKNS ni mampu milik dan kurang strict, quite besar jugak lah saiz dia kan. Tapi macam jauh pulak. Rasanya ada highway and pembangunan baru tak akan dibina?

Tengkubutang said...

Wah.. bestnya kalau dapat beli sebuah rumah untuk keluarga kan.. tapi tu lah.. jauh pulak lokasinya dengan tempat kerja hubby.. nak pulak hubby dah nak berpindha ke Putrajaya.. alahai.. dapat tengok jelah rumah cantik dengan harga yang berbaloi ni..

Julia Mahir said...

Bagus lah ada rumah mampu milik PKNS ni. Skrg ni pendapatan RM10K sebulan seisi rumah pun xleh nak beli rumah mahal dah sbb harga barang menjadi2 naik nya. Lagi2 kalau ada anak2 tu.

nikkhazami said...

best kan kalau ada rumah sendiri ni..boleh buat dan hias macam maca. sekarang harga rumah melambung. langkah pkns buat mcm ni banyak bantu rkyat selangor

Murni Alysa said...

Wah murah juga harga tu..rumah pon selesa..beruntung rakyat selangor kalau dapat beli rumah mcm ni

Suria Amanda said...

Ramai yang apply Rumah Selangorku ni kan..ada yang mohonn tapi gagal bila sampai ke peringkat loan rumah..ada yang gagal kat situ..alhamdulillah adik sepupu akak dah sign agreement last 2 week...semoga mereka yang gagal dapat juga beli rumah nanti...

Zharif Azis said...

wow ! untuk keluasan sebegitu di kawasan urban dengan harga 232k seunit, itu adalah sangat berbaloi. nak beli jugaklah rumah selangorku, sangat berpatutan dan emmebri peluang utk semua orh memiliki rumah sendiri

Emme Marina said...

harga yang berpatutan bagi area bandar. Bukan mudah dah nak jumpa harga macam tu!

Mawardi yunus said...

Bestnya ada rumah sendiri. Teringin sangat. Kalau ada duit benda pertama nak buat nak setup rumah idaman sendiri. Doakan kita ya.

Ruby said...

Sekarang nak beli rumah memang mahal. Kalau dapat harga murah untuk kumpul harta why not kan. Walaupun di Cyberjaya. Sebab ramai yang bekerja dikawasan sana lg memerlukan. Suka tengok keluasan rumah contoh tu. Cuma bila residensi ni, kena ada security dan pengurusan baik. Takmolah nampak macam standard rumah flat aje kan. Nak suasana selamat untuk keluarga.

AlongMurni said...

Wah!! Harga mampu milik nie.. Dgn kemudahan fasiliti dan ruang kediaman yg luas nie.. Tgk pd kriteria.. Mcm AM boleh apply je nie..

Wawa Ashihara said...

Sekarang ni nak beli rumah org berfikir banyak kali sebab harga naik.. Tapi apa yg selangor tawarkan ni nmpk berbaloi la.. Standard 3bilik 2 blik air dgn harga sekian.. Kalau kat sini mmg mahal lagi... Design dalaman pon nmpk ok nice..

AyuArjuna BiGoshh said...

Bagus inisiatif yang diambil oleh phk kerajaan. Menyediakan rumah mampu milik. Apatah lokasinya dekat cyberjaya. Mmg hebat dan best. Hargapun sangat berpatutan. So utk nak beli rumah sgt disyorkan

Mek Onie said...

Cyberjaya best sebab kawasan tu tak berapa nak jem lagi buat masa sekarang. Rumah dia pun cantik. Sesuai la bagi mereka yang bekerja sekitar Cyberjaya yang nak beli rumah ni. Moga tidak melepaskan peluang ini :D

Tekkaus said...

Baiklah ada projek perumahan yang dikira murah ini. Boleh lar orang selangor yang berpendapatan tidak tinggi boleh memiliki rumah kediaman yang selesa. :D

Absolute Yana said...

Harga dah cukup murah dah ni...yana dah la suka duduk kat cyberjaya...sbb tak sesak dengan orang....tapi sayang....pasangan yana tak boleh pindah jauh2 :(

Mouse Mommy Treats said...

Ramai yang beratur untuk membuat pemohonan ni. Bagus untuk orang ramai yang belum membeli rumah pertama lagi. Ruangan rumag pun besar.

Alia Farhan said...

Cantik show house dia tu...
Untung lah org2 pkns...
Nampak spacious jugak

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators