Sunday, January 27, 2019

Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Seni Dan Budaya Kali Ke-8 Kuala Lumpur 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Faries telah menghadiri satu sidang media khas sempena dengan Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Seni Dan Budaya Kali Ke-8 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama International Federation of Arts Councils and Culture Agencies (IFACCA). Apa yang best tentang program ini ialah tentang kesenian dan budaya yang berlaku di negara kita dan seluruh dunia. Jom teruskan membaca.....

Tema bagi Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Seni Dan Budaya Kali Ke-8 ini adalah Minda Mudah Alih: Budaya, Pengetahuan dan Perubahan (Mobile Minds: Culture, Knowledge and Change.) Persidangan ini akan membincangkan tentang pandangan baharu bagaimana budaya dan seni berputar, menyesuaikan diri dan terus berkembang untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik bagi menjana dan memperkasa inovasi, kreativiti, pendidikan, proses digitalisasi dan kesan pemodenan terhadap perubahan masyarakat dan budaya.


Tempat dan Tarikh:

Lokasi: KL Performing Arts Centre (KL PAC) Sentul

Tarikh: 11 hingga 14 Mac 2019

Antara aktiviti yan bakal diadakan adalah seperti Keynote Speeches, Panel Discussions, Participatory Sessions dan Workshops yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang masing-masing yang terkenal di peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan kupasan sub-tema seperti Kesinambungan & Tekanan (Continuity & Tension), Penumpuan dan Perbezaan, (Convergence & Divergence) serta Mereka Masa Depan Semua (Creating Our Futures) akan menjadi antara topik terbaik dan hangat dalam sidang pada kali ini.

Seramai (93) orang penceramah, moderator dan penceramah utama (keynote speakers) akan membentangkan pelbagai isu dalam persidangan pada kali ini. Ucaptama persidangan akan disampaikan oleh YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 12 Mac 2019 jam 8.45 pagi. Antara pembentang utama ialah Prof Karima Bennoune - United Nation Special Rapporteur on Culture Rights, En. Ashkan Fardost (Sweden) - Global Speaker Swedish Speaker of The Year 2017 dan Technology and Digitalisation Expert and Founder of Oddball Ventures, En A.R. Hijjas Kasturi A.M (Malaysia)- Principal Director of Hijjas Kasturi Associates Sdn Bhd. Manakala lebih 70 buah negara akan turut serta dalam persidangan pada kali ini.

 Persembahan daripadaTunas Seni Cemerlang JKKN menyampaikan aksi menarik persembahan yang viral di media sosial melebihi 1 juta pengunjung yang berasaskan permainan rakyat – ‘Sep..Sep..Tom..Tom’.

Format sesi bagi persidangan ini sangat menarik dan unik dengan sesi seperti Ucaptama, sesi bersama panel berpengalaman dan bertauliah di peringkat antarabangsa, sesi perkongsian ilmu menerusi pembahagian perbincangan secara dalam kumpulan - sesi lepak ala kafe, sesi meja panjang (long table), bengkel dan pembentangan berdasarkan kajian kes yang akan dikendalikan secara professional.Orang ramai khususnya para pembuat dasar, penyelidik, pengurus dan pengamal seni budaya juga yang terlibat dalam industri kreatif dari sektor seni dan kebudayaan dijemput bagi menyertai sidang kemuncak ini. Penyertaan boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman sesawang

Sidang Kemuncak ini diharapkan dapat menemukan idea dan solusi baharu menerusi pandangan dan perkongsian ilmu oleh para karyawan, ilmuan, penyelidik, para pembuat dasar dan semua yang terlibat dalam sektor seni budaya dan teknologi di seluruh dunia dalam usaha merancakkan dan memacu sektor industri kreatif di negara kita di peringkat global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari,


info@motac.gov.my

FB: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia 
Instagram: mymotac 
 Twitter: mymotac

18 comments:

Nina Mirza said...

Baru tahu, rupanya dah tahun ke 8 event sebegini ya... Bagus acara sebegini di adakan akan memberi pendedahan pada kita tentang kesenian dari serata dunia.
Walau lambat lagi bulan March nanti, kita save the date!
Thanks sharing

AyuArjuna BiGoshh said...

Menarik ni. Patut kena war-warkan bagi semua masyarakat tahu. Seni ni sesuatu yg menarik dan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat

Hanny Abdullah said...

Buat peminat seni suka lah acara macam ni kan. Sis dulu2 minat gak seni dn kebudayaan ni..la ni dok tgok dr rumah je lee..hehehe. Bagus ada acara cam ni sekurang2nya kesenian dn kebudayaan kita tak lapok ditelan zaman

Bonda Chanteq said...

Seni dan budaya...salah satu cabang industri pelancongan...inisiatif MOTAC ini adalah baik utk mengekalakan seni kebudayaan di Malaysia agar tidak hilang ditelan arus kemodenan...syabazzz motac!!

Rawlins GLAM said...

Alhamdulilah ada acara sebegini mengangkat martabat kesenian di negara kita. Rawlins penggemar dan boleh dikatakan pengamal keseniaj tarian Malaysia - memang sesuai dengan jiwa aktiviti sebegini.

syiera firdaus said...

Minda mudah alih ye. Sounds interesting. Sebab seni kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Elok kita terapkan pada generasi akan datang. Syira first time tau pasal event ni. Dah 8 tahun rupanya

Mimi Azirah said...

Tak sangka dah kali ke 8 ya persidangan ni diadakan. Banyak jugak aktiviti menarik yang dianjurkan.Bagus juga diadakan program macam ni sekurang kurangnya memartabatkan seni kebudayaan yang ada di Malaysia ni.

Emilinda said...

Faries memang minat seni & kebudayaan ke? Hehe. Rajin betul join event macam ni.. Seni dan kebudayaan kat malaysia ni macam2 ada kan.

Julia Mahir said...

I used to love arts & performance. Mmg join aktiviti tarian traditional zman belajar dlu. Tapi skrg dah tak sgt. Kat KL byk lah teater & pertunjukan seni. Sejak pindah Penang dah kurang dah ambik tau. Huhu

Henry Tan said...

not very good about art and cultural, but this seems like a good event to promote art and culture, especially malaysia to overseas.

Nadia Johari said...

wah ade sidang kemuncak sen ye..bgusnya..s
masa ni la nak kembangkan pasal seni nak utarakan pendapat atau nak buat ekspo ye..bagus sangat mcm ni..dh ke 8 event dia ya

Mek Onie said...

Phewwww! Sidang Kemuncak berkenaan isu Seni Budaya ni lah kita kena kembangkan lagi supaya rakyat Malaysia tidak lupa asal usul seni budaya yang ada di Malaysia. Semoga ada penambahbaikan dimasa akan datang nanti .

mommyirra said...

Wow sidang kemuncak dunia. Hebat! Mesti lagi hebat bila satu dunia bertemu di Malaysia. Dah yang ke 8. Tahniah Motac!

Zharif Azis said...

Wow event besar-besaran nie. Yelah sehingga 70 buah megara turut serta untuk menjayakan event ini. Tak sabar raaanya nak menyaksikan event kebudayaan sebegini. Banyak kebudayaan yg kita boleh lihat daripada negara lain. Jom pergi sama2

Precious Cla said...

Culture, Knowledge and change ^^ I like the themed ! kalau dapat attend program ni memang beruntung la, dari dulu saya teringin nak join program ilmu seperti ni. Banyak info boleh kita kaut.

Muhammad Zulhilmi said...

Dah lama tak join program kebudayaan dengan JKKN. tahun ni nak aktif balik lah. Kene ajak kawan-kawan pergi lah. dekat je dengan rumah. SAVE THE DATE GUYS!!!

alia farhan Said said...

Best dpt join aktiviti2 mcm ni... Anak sedara akak sorg suka gika aktiviti2 kebudayaan ni.. Boleh la bgtau kat mak dia nnt

Kylie Cre8tone said...

Such a lovely event.. great to join this kind of program to know more and gain more knowledge...