Wednesday, January 23, 2019

Pulau Belitung-Pulau Laskar Pelangi Yang Wajib Dilawati!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dah masuk tahun 2019 dan rasanya dah beberapa minggu berlalu percutian Faries ke Pulau Belitung. Korang pernah dengar tentang Pulau Belitung? Kepada yang pernah menonton filem 'Laskar Pelangi' pasti tahu pulau ini. Pulau ini sangat sinonim dengan cerita Laskar Pelangi yang pernah popular di Indonesia pada tahun 2008 dan sehingga kini novel laskar pelangi sudah popular didunia. Nak tahu lagi mengenai Pulau Belitung? Teruskan membaca

Untuk pengetahuan semua, trip kali ini Faries telah pergi bersama MTNGateways. Percutian selama 4 hari 3 malam di Belitung, Indonesia diuruskan sepenuhnya oleh pihak MTNGateways. Syarikat ini berpangkalan di Singapura dan merupakan pilihan utama ramai orang terutamanya yang ingin ke Pulau Belitung.

MTNGateways menyediakan penerbangan terus daripada Singapura yang pastinya lebih dekat. Faries telah berangkat ke Singapura melalui penerbangan ke Johor, Bahru dan menaiki bas ke Singapura. Nak jimat kos sebab penerbangan terus ke Singapura agak mahal. Tapi ada keburukannya juga sebab biasanya di checkpoint untuk pengesahan imigresin di Woodlands akan terperangkap lama. (Tips- Gerak awal takut terlepas pula flight nanti).

Hari Pertama- 21 Disember 2018

Sampai ke Changi Airport Terminal 3 lebih kurang dalam pukul 3 lebih dan kapal boarding dalam pukul 5.15 Alhamdulillah sempat! Kepada sesiapa yang nak ke Singapura melalui pengangkutan darat sila pastikan datang awal untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.HAHAHA

Bagi penerbangan ke Pulau Belitung, Garuda merupakan salah satu penerbangan yang menyediakan penerbangan ke sana dan penerbangan ini cuma ada 4 kali di dalam seminggu. Singapura >Tg Pandan. Penerbangan mengambil masa hanya 1 jam sahaja. Dan kapal terbang yang Faries naiki merupakan jenis Bombardier, memang agak sempit dan ini juga kerana lapangan terbang disana sangat kecil. Alhamdulillah selamat sampai ke Tg Pandan lebih kurang jam 7 malam waktu Indonesia.

Batu besar yang menjadi salah satu simbol di Pekan Kecil Tg Pandan, Pulau Belitung ini

Setelah sampai kami sudah dijemput oleh team MTNGateways Indonesia menaiki bas mini dan sebuah van.. Maklumlah trip kali ini seramai hampir 40 orang. Hehehe. Setelah sampai kami terus ke tempat makan memandangkan perut masing2 dah berbunyi.


Raja Seafood Belitung

Jl. Sudirman No.12, Perawas, 
Tj. Pandan, Kabupaten Belitung, 
Kepulauan Bangka Belitung 33413,
 Indonesia


Raja Seafood merupakan salah satu restoran yang menawarkan pilihan makanan seafood yang agak popular dikalangan pengunjung dan juga penduduk tempatan. Memang udang dekat disini memang terbaik dan sedap weyh. Kat sini juga ditawarkan tempat untuk hiburan seperti berkaroake dan sebagainya.

Golden Tulip Hotel


Jl. Seroja No. A88 - A90,
 Tanjung Pandan, Tanjung Pendam, 
Parit, Tj. Pandan, Kabupaten Belitung, 
Kepulauan Bangka Belitung 33415, 
Indonesia



Memandang aktiviti hari pertama agak terhad, selepas menikmati makan malam. Kami terus dibawa ke Golden Tulip Hotel yang merupakan penginapan  kami selama 4 hari 3 Malam. Hotel ni memang agak selesa dan Faries suka konsep hiasan yang diguna pakai. Setiap tingkat hotel dihiasi dengan hiasan yang melambang masyarakat di Pulau Belitung. Makanan yang ditawarkan disini pun pelbagai taw. 

Hari Kedua- 22 Disember 2018

Aktiviti hari kedua ialah melawat ke kawasan east Belitung. Agak jauh dari kawasan Tj Pandan. Mengambil masa lebih kurang hampir 2 jam perjalanan kesana. Apa yang best sebab nak pergi ke Rumah Laskar Pelangi

Vihara Dewi Kwan Im Temple



Destinasi pertama setelah hampir 2 jam didalam bas. Kuil ini merupakan yang terbesar di Belitung dan menjadi salah satu tarikan para pelancong. Memang cantik kuil ni. Masuk percuma ya =)

Pantai Burung Mandi



Tak jauh daripada kuil Dewi Kwan Im. Kami terus ke pantai burung Mandi. Nak tahu kenapa kat sini dinamakan sebagai pantai burung mandi? Bot-bot penduduk tempatan disini mempunyai ukiran kepala burung dibahagian bot. Memang menarik! Kat sini juga merupakan tempat untuk beriadah dan mengambil udara segar.

RM Fega Restoran




Setelah penat mestilah lapar kan. Kami dibawa ke restoran Fega. Restoran ni memang cantik untuk korang bergambar memandangkan dekorasi dan kawasannya terletak bersebelahan tasik. Makanan dekat sini pun boleh tahan. Cumi-cumi tetap menjadi pilihan.

Muzium Kata




Selepas menjamu selera, kami terus ke muzium Kata yang merupakan tempat kelahiran penulis novel Laskar Pelangi iaitu Andrea Hirata. Cantik betul kawasan rumah ini. Penuh dengan lukisan dan kata-kata puitis. Kiteorang dapat buku kecil novel laskar pelangi taw. Eh kat sini masuk kena bayar. Dalam Rp 50,000 juta. Murah je! 

Kampung Ahok



Seterusnya kami dibawa ke Kampung Ahok yang merupakan salah sebuah rumah ahli politik Indonesia yang berasal daripada Belitung. Beliau merupakan chinese Indonesia dan telah ditangkap dan dipenjarakan. Korang nak tahu korang kene datang dan baca.hehehe

Rumah Replika Laskar Pelangi




Tempat terakhir sebelum pulang ke Tg Pandan dan menikmati makan malam ialah ke lokasi Rumah Replika Laskar Pelangi. Menurut pemandu pelancong, rumah replika dibina oleh pembesar daerah untuk tujuan pelancongan. Sebenarnya sekolah asli lakonan cerita laskar pelangi dan sekolah asli penulis novel laskar pelangi ada di tempat lain. Sekolahnya masih ada cuma dipindahkan. Memang cantik dan seronok merasai pengalaman berada di sekolah yang agak daif ini. Disini masuk percuma ye!

Restoran Belitung Timpo Duluk




Lokasi makan malam kami di restoran Timpo Duluk. Restoran ini memang cantik dan konsepnya sangat gratis. Gittew. Rumah kayu dua tingkat dan terdapat hiasan kereta lama dan lukisan-lukisan lama. Makanan di sini juga menyediakan makanan asli Pulau Belitung. Siap ada tradisi taw. Memang best kalau korang kesini. Air jeruk pun best letak ais.hehehe

Hari Ketiga- 23 Disember 2018

Hari ketiga merupakan hari yang dinanti, maklumlah sebelum datang dah tengok keindahan pulau belitung. Jadi memang tak sabar sangat nak buat aktiviti Island Hopping! Hari ni juga merupakan hari dilema dimana malam sebelumnya telah berlakunya tsunami diselat sunda. Cuaca pada hari tersebut pun agak mendung dan laut sangat bergelora. Tapi tetap pilih untuk buat aktiviti air ini.

Tanjung Tinggi Beach (Laskar Pelangi Beach)




Sebelum melakukan aktiviti island hopping. Kami singa ke Pantai Laskar Pelangi dimana salah satu babak dalam cerita tersebut telah dilakukan disini. Memang cantik! Airnya hijau kebiruan. Walaupun cuaca agak tak mengizikan tetapi sampai jugak kesini

Tanjung Kelayang Port (Island Hopping) 




Di pantai tanjung kelayang sebelum menuju keberapa pulau kecil antaranya Lengkuas Island Garuda Island Batu Berlayar dan Kepayang Islang. Banyak pulau-pulau kecil yang mempunyai keunikan sendiri. Pulau Lengkuas merupakan salah satu tarikan utama di sini diaman rumah Api yang telah ada sejak beratus2 tahun dan pemandangan laut yang sangat cantik. Aktiviti snorkeling kami lakukan berdekatan dengan Pantai Pulau Lengkuas. Memang cantik ikan-ikannya


Tempat ini dinamakan sebagai Puteri Mandi

Goa Kepayang

Hari Keempat- 24 Disember 2018

Danau Koalin


Salah satu tempat tercantik di Pulau Belitung. Danau Koalin merupakan tempat bekas kawasan perlombongan. Airnya memang semulajadi hijau. Cantik view dekat sini!

Mee Belitung di Hotel Hanggar 21



Salah satu makanan popular disini. Rasanya macam mee hailam kot. Not bad! Korang boleh try!

Sejujurnya, Pulau Belitung merupakan salah satu Pulau tercantik di Indonesia. Faries betul-betul terpesona dengan keindahan pulau laskar pelangi ini. Pulau yang penuh sejarah dan keunikan sendiri. Ada lagi beberapa pulau kecil yang belum sempat dijelajahi. Korang apa tunggu lagi? Faries jamin Pulau Belitung akan memberikan kepuasan kepada percutian korang!


Bye-Bye Belitung Island!

Untuk maklumat lanjut, sila layari:



admin@mtngetaways.com 
Phone +65 8531 3381





18 comments:

CikLily Putih said...

cantiknyer lah pulau belitung ni, tengok ko punya IGs rasa macam nak terbang terus je ke sana ek huahauhau. cantik sangat-sangat cantik lah. jelesss

Fadzi Razak said...

Serius muzium kata tu nampak sangat unik dan menarik. orang kata instagramable gitew. untung betul faries dapat peluang pergi tempat tempat cantik macam ni

Julia Mahir said...

Laskar Pelangi mmg best! Pulau belitung ni cantik sgt laa tgk gambar2 dia. Mst best tangkap gambar byk2 kat sana. Jeles! Nak masuk wishlist gak la camni. Huhu

Amanda Suria said...

Siyes cantik giler Pulau Belitung ni...rasa nak terbang jer pi ke sana,kena masukkan dalam wishlist jugak nanti ni...makanan pun semua buat akak terliur...Faries berapa ribu gambar amik kat sini

Illya LeYa said...

Cantik sangat pemandangan di Pulau Belitung ni. LeYa memang dah simpan wishlist nak pergi sini selepas tengok filem Laskar Pelangi lama dulu... Bestnyer... Mesti penuh memori camera kan sampai sini.. Hee...

Lily S. said...

cantik nyer tmpat ni... x pernah plak dengar about this island... and it doesn't sound easy nak pegi sane... but it must be really worth it.. food pun nmpk sedap giler!

Lin liena said...

untunglah dah sampai pulau belitung...cantik giler pemandangan kat sini...huwaaaa...teringinnya nak kesini..moga ada rezeki nnt

tenku butang said...

View kat pulau belitung ni cantik-cantik.. yang penting TB suka Pulau.. huhuhu.. kalau asal namanya je pulau.. mesti cantik je semua view dia.. tak pernah pi pulau belitung ni lagi, tapi tak tahu la ada rezeki pi sini ke tak

Annur Syuhadah said...

Subhanallah. Cantiknya air laut dia.
Ada 2 tone birunya. Alahai bila la I boleh sampai ni

Cindy Tong said...

nampak so relax dan view semua cantek...fishball tu pun macam sedap...can plan to belitung next time

budakbandunglaici said...

cantiknya view pantai macam tu. seronok dapat jalan-jalan negara orang. bak kata pepatah jauh berjalan luas pemandangan kan. teringin jugak nak pergi ni

CXopportunities said...

Bestnya dapat jalan2 ke negara orang. Dapat kenal tempat, budaya, sejarah dan makanan mereka. Dapat new knowledge. Bila kita alami sendiri di tempat itu, kita akan rasa feel for every each history. Nice trip amd sharing here. I have got a new knowledge also. Thanks!

Hanny Abdullah said...

Owhh ini le org dok kata pulau Laskar Pelangi tu ekk..cantik gak pemandangan tempat ni ya, harap satu hari nanti dapatlah sis kesini pulak.

Syafiera Yamin said...

wow cantiknya Pulau Belitung ni makanan pun nampak menyelerakan especially yang sotong tepung goreng tu... nak pergi lah sini nanti macam mana pula kos travel ke sini currency murah tak ? thanks for sharing !

Henry Tan said...

thanks for sharing, the photos are really attracting! pulau belitung seems like a nice place for beach and sun, as well as for island hopping!

Lia Hasty said...

Sukanya tengok gambar-gambar kat Pulau Belitung. Bila lah dapat pergi sana sebab memang dalam wishlist nak ke sana. Makanan pun nampak sedapnya. Kalau tengok filem tu memang nak sangat ke sana kan.

Halimah Muhiden said...

Seronoklah dpt pg belitong and tgk tempat Laskar Pelangi tu..cite laskar pelangi mmg best,hrp nti kak pun dpt pg situ.

Siti Yang Menaip said...

cantik2 gambar. suka tengok.. paling tertarik sotong goreng tepung tu ehhe..