Sunday, January 27, 2019

IJM Land Teruskan Tradisi Sambutan Perayaan Chap Goh Mei Bagi Tahun 2019!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perayaan Chap Goh Mei merupakan satu tradisi penting bagi masyarakat Cina. Sambutan ini biasanya akan dilakukan selepas 15 hari sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan Chap Goh Mei sama seperti perayaan Tahun Baru Cina dimana akan dipenuhi dengan hiasan berwarna merah dan kemeriahan bunga api. Baru-baru ini Faries telah menghadiri ke satu majlis sidang media bersama IJM Land di pejabat IJM Land terletak di Seremban 2. Tahun ini IJM Land meneruskan lagi majlis sambutan perayaan Chap Goh Mei buat kali ke 6. Nak tahu apa intipati sambutan kali ini bersama IJM Land? Teruskan membaca.....

Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini IJM Land akan  meneruskan tradisi sambutan bagi mendekatkan lagi dengan komuniti penduduk disekitar Seremban 2 yang berjumlah hampir 16 000 orang. Menurut Pengurus Besar IJM Land, Dato' Hoo Kim See, beliau berkata IJM Land bukan sahaja ini mendekatkan diri kepada komuniti sebagai pemaju perumahan tetapi lebih daripada itu dengan mengadakan sambutan tradisi perayaan kaum cina dan budaya untuk generasi akan datang


Antara aktiviti-aktivi yang terdapat pada kali ini antaranya ialah makanan tradisi, gerai games, persembahan tarian Naga daripada Persatuan Kesenian Gui Qing, Chinese Okestra dan permainan teka teki cina.

Tarikh dan Lokasi:

Tarikh: 16 Februari 2019

Waktu: 7.00 PM

Lokasi: Seremban 2 CityPark



Apa yang menariknya sambutan perayaan Chap Goh Mei tahun ini ialah IJM Land membawakan artis-artis daripada Astro Chinese. Antaranya ialah Jiang Han, Geraldine, Danny, Apple, Amy Juztin dan banyak lagi. Tema konsert pada hari tersebut ialah ' Symphony Of Love'


Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi! Jom ramai-ramai datang memeriahkan sambutan Perayaan Chap Goh Mei Bersama IJM Land pada tahun 2019 ini!

Nak tahu lebih lanjut, sila layari,

17 comments:

adianiez AIDA said...

ijm land memang selalu buat event. dulu time keje di s2, ada la join.
dgn sepahtu sinar la. menarik.
and event dia warna-warni. CNY plak kan, sure la meriah :)

Murni Alysa said...

best juga ada event macam ni. Kalau dekat2 boleh pi join sekali

Airah Syahirah said...

bestnya kalau pergi event macam ni. airah pun berminat tengok perayaan diaorang. macam2 decoration best ada

Julia Mahir said...

IJM ni semua perayaan pun dia buat sambutan. Bagus betul, menggalakkan rakyat Malaysia saling mengenali budaya satu sama lain. Kalau tak, bila lagi nak tau adat budaya bangsa lain kan.

Maha Mahu said...

Heii kamu pegang apa tu heheheh wakakakka.. best kan kita kat Malaysia meriah semua perayaan kita sambut dan juga dapat tengok pelbagai dekorasi yang cantik bagaikan bertandingkan....

Hanny Abdullah said...

Bagus IJM ni, selalu buat event besar-besar macam ni. Sanggup berabis untuk dekorasi yang cecantik. Syiok le siapa yang gi leh tangkap gambar cecantik masuk kat IG..hehehe

iffah hussin said...

Baguslah Event IJM land selalunya meriah sekali... Tahniah IJM untuk event yang meriah ni.. hari tu macam nak pergi tapi tak sempat sebab ada kerja ( he he he nak angpow boleh)

Cerita Huda said...

hehe..nasib piggy tu tiruan.. tak rela nak pegang. Huhu. Tak pernah join mana2 majlis keraian orang cina ni.. Tapi bagus juga kan kalau turut serta, meriahkan dan rapatkan persaudaraan berbilang kaum di Malaysia

Kayathre Kay said...

Happy chinese new year!! I enjoy attending this kind of events too.

sya mimie said...

Uikk.. Tahun baru cina belum mai lagi, dah ada tuk cap goh mei ehh..
Hehe.
Meriahh..
Selamat tahun baru cina buat blogger chinesse.

mommyirra said...

Jom ramai-ramai ke sambutan perayaan chap goh mei IJM land ..kat seromban je..mesti meriah.. banyak betul aktiviti

Bonda Chanteq said...

siapa yang tidak mengenali IJM land ni...developer perumahan tersohor di malaysia....projek perumahan nya cantik2 belaka...thanks fro info

Mouse Mommy Treats said...

Gong Xi Fa Cai! Mouse mommy pun tak sabar nak beraya dengan famili dan kawan2 skali! Ong mari ong!

Nadia Johari said...

mesti meriah kan..orang seremban bolehla pergi atau yang ebrdekatang..mesti banyak aktiviti menarik yang dibuat kat sana tu..menarik

JMR said...

Meriah CNY dengan adanya event event sebegini. Bagus PR IJM land ni..at least org ramai boleh lebih dekat dgn tim IJM land

Lia Hasty said...

Wah bila tengok gambar macam meriah je nnti IJM punya Chap Goh Mei. dah boleh imagine mesti akan happening nanti. Happy Chinese New Year 2019!

Tekkaus said...

Such event is really good to promote understanding between different cultures. Happy Chinese New Year 2019 to everyone who is celebrating directly or indirectly.